ahli sarcasm

Friday, April 20, 2012

AKU SUKA ENGKAU. AKU TAK SUKA ENGKAU.



Aku merenung di jendela. Ternampak kerdipan bintang-bintang di langit yang seperti tahu perasaan aku sekarang. 'Persahabatan' yang terukir dalam kamus hidup aku telah menjadikan ianya salah satu kenangan terindah dalam hidup aku. Namun, aku harus percaya, aku harus mengerti dengan apa yang berlaku pasti akan ada maksud tersirat di sebaliknya.



Aku hanya mengintai jika ada kerdipan bintang yang menyapa. Mungkin ada sebutir, dan mungkin tiada langsung. Tidak mengapa. Seperti orang lain cakap, bukan semua yang kita mahukan akan terjadi. Keredaan sebagai seorang insan memang menjadi kekuatan dalam menghadapi ombak yang membadai dalam kehidupan. Stay strong.



Aku hanya kenal engkau pada 6 tahun yang lalu tapi bukan engkau yang sekarang. Segalanya berubah dalam sekelip mata. Bila tiada depan mata, semua perkara yang baik mahupun tidak akan berlaku. Tidak mengapa. Aku tak salahkan keadaan. Dan aku juga untuk mendesak diri aku untuk tidak salahkan sesiapa. Semua perkara berlaku bukan kehendak kita. Semua perkara yang berlaku hanyalah ketentuan dariNya. Namun, mungkin bukan masanya lagi. Aku terpaksa lupakan engkau. Aku terpaksa hapuskan semua kenangan.





Bumi tidak berputar hanya pada satu paksi. Musim berubah mengikut kekuasaan tuhan. Begitu juga manusia. Manusia tidak selama-lamanya akan jadi baik, dan tidak selama-lamanya akan jadi jahat. Akan tiba pada satu keadaan bila mana akan ada satu perkara yang berlaku tanpa kita duga. Kita sendiri akan berubah mengikut arus masa kehidupan. Berubah kepada yang lebih baik atau lebih buruk? Pilihan itu di tangan kita. 



Terdetik satu ketika, hati aku diketuk oleh satu perasaan yang sudah lama aku tidak rasa. Perasaan yang membuka segala isi kehidupan yang mengajar aku untuk membuka hati dan menerima orang lain selepas kekecewaan dahulu. Apakah perasaan ini? 



Aku mula langkah. Aku mula mengikut isi hati untuk menerima orang lain. Tapi aku masih berhati-hati untuk tidak mengulangi kesilapan yang dahulu. Engkau. Engkau. Yup engkau yang sentiasa menjadi igauan setiap masa. Mengapa hati selalu berdegup kencang setiap kali aku nampak kelibat engkau? Apakah perasaan ini?



"Aku suka engkau.." Adakah engkau dapat mendengar? Mungkin tidak. Orang kata, kalau kita mahukan sesuatu, biarlah hanya berdiam diri. Hanya diri sendiri yang mengerti dan mengadu kepada Yang Maha Esa. Bila kita sendiri percaya kepada ketentuanNya, insyaAllah Dia sendiri yang akan tolong kita.  



USAHALAH DENGAN APA YANG TELAH TUHAN BERI, BUKAN FIKIRKAN APA YANG TUHAN AKAN BERI. JANGAN JADI NUJUM JODOH 
- Hilal Asyraf -





Kenangan lama? Sila hapus serta merta dari kamus hidup aku. Kenangan baru? Semoga ianya menjadi titik tolak dalam kehidupan aku untuk terus menjadikan aku matang dalam menjalani kehidupan seharian dan tahu menilai yang mana yang baik, dan yang mana yang buruk. Semoga ianya direstui olehNya.




ftnote: percubaan pertama buat cerpen pendek. cerpen kah? erkk. sangat mengharapkan respon daripada kalian:)

Monday, April 16, 2012

KOMITMEN #1

Assalamualaikum readers baru, readers lama, stalker, secret admirer dan semualah! Hye! Dah lama sebenar nye jugak aku tak berceloteh dekat dalam blog aku. Mungkin ada yang rindu, mungkin ada yang tertunggu. Repeat, aku cakap MUNGKIN. entah-entah, tade sesape pun yang tunggu entry aku. Blogger suam-suam kuku memang la cenggini.Cepat mengaku siapa rindu entry merapu aku? HAHA



First of all, aku sangat-sangat nak mintak maaf dekat followers sebab diorang follow aku sebab nak ikuti entry aku. Tapi ape yang aku bagi? Ouch! Serius, aku sangat-sangat mintak maaf. Bukan sengaja aku tak nak update entry. Kekadang ada je aku tekan butang 'New Post', tapi bila dah bukak, blank. blurr. Semakin tua, semakin kurang pulak sumber inspirasi. Mungkin kah aku sekarang sudah tak ada 'Sumber Inspirasi' tuh? tett!



Kalau sebut pasal komitmen, dulu aku sangat aktif blogging. Kadang-kadang 1 entry akan siap untuk 1 minggu. Dan kalau terlebih eksaited, 2 entry dalam sehari. Sekarang? 1 entry sebulan pun tak tentu =P Harap semua boleh la paham ye sebab sekarang aku sangat sibuk dengan study. Pejam celik, pejam celik... Dah nak final. Apakah? -_______-"  Masa sangat pantas berlalu. Sekarang pun aku curi-curi masa untuk update entry yang tak seberapa ni. Page aku? Hmm, entah ade ke edak yang sudi menjenguknyee.. Sekarang sesuke hati je Market Zuckerberg tu tukar page aku jadi timeline. Dah la aku ni buta IT. So aku bantai je letak header blog sebagai cover page. hahah. Ada lagi yang tak tahu link page fb aku? Sila lihat di sidebar kanan :)



Dalam masa aku tak ada idea untuk update entry, Alhamdulillah masih ada yang sudi follow blog aku yang tak seberapa ni. Alhamdulillah jugak dan terima kasih bebanyak kepada semua yang masih bertahan dan bersabar follow aku. Ceh, ayat aku macam ucapan untuk ABPBH hari tuh. Puihh!



Anyway, I have something for you guys. This is my own quote oke. Kepada sesiapa yang mahu copy mahupun ingin share sebagai status facebook, sila maklumkan terlebih dahulu. haha. Poyo.



 
"KALAU KITA PERCAYA PADA KEAJAIBAN DAN KEKUASAAN DARIPADA-NYA, INSYAALLAH KEAJABAIAN ITU AKAN BERLAKU DAN DI SITULAH TITIK TOLAK BAGI KITA UNTUK TERUS TUNDUK ATAS KEKUASAANNYA"




Assalamualaikum:)



notahatikumilikmu.ewahh! : Terfaktab ada buat satu contest tulis entry untuk cari penulis baru dan aku rasa aku sangat tak layak untuk masuk contest ituwww~ bye!

Wednesday, March 21, 2012

TO : GADIS MANIS BERBAJU KURUNG, BERTUDUNG BAWAL

......  

Kepada awak yang sentiasa manis berbaju kurung dan betudung bawal.


Hari ini awak berbaju kurung dan bertudung bawal.
Senyuman manis menjadi pelengkap kepada kekurangan.
Berkaca mata, itu sudah membuatkan awak telah mencuri hati saya.


Hari esok juga awak masih berbaju kurung dan bertudung bawal.
Tapi kali ini berbaju kurung hijau dan masih lagi sepadan dengan bertudung bawal hijau light.
Saya hanya memerhatikan dari jauh. 
Awak juga mungkin tidak perasan dengan kehadiran saya. 
Tape, saya sanggup jadi Mr X awak.





Hari lusa awak tidak berbaju kurung. 
Namun, bertudung bawal warna pink masih lagi menjadi pelengkap.
Zaman sekarang orang sudah kembali ke zaman dahulu. 
Hiasan shawl di kepala telah bertukar menjadi hiasan tudung bawal yang manis dipakai rapi.
Walau awak masih tidak berbaju kurung, tapi awak masih lagi manis bertudung bawal lepas.
Itu sudah cukup bagi saya.


Saya pasti hari-hari seterusnya juga, awak masih akan kekal dengan berbaju kurung dan bertudung bawal. Apa akan jadi kepada saya? 
Saya akan menjadi Mr X awak sehingga masa itu telah ditentukan.
Mungkin bukan sekarang, tapi pasti hari esok akan menjelma. 
Saya suka awak berbaju kurung dan bertudung bawal. 
Tampak manis sebagai seorang gadis Melayu:)



p/s : Adakah aku kembali menjadi hamba cinta? Tidak. Aku hanya hambaNya sahaja.

Wednesday, March 7, 2012

HAKIKAT DITIPU.

Aku sememangnya tak nafikan yang bukan semua orang boleh bahagia tanpa ada peneman di sisi. Benar, Allah menciptakan seseorang itu dengan pasangannya sendiri.
Aku juga tidak menafikan bukan semua orang boleh hidup tanpa pasangan hidup. Pasangan hidup untuk berkongsi suka duka. Tapi kenapa ada sahaja yang boleh terus mengembuskan nafas di dunia yang fana ini?


Konsep menerima dan memberi bukan sesuatu yang mudah untuk diambil ringan. Bukan semua orang sanggup menerima di samping memenuhi kehendak memberi. Hati semua bukan boleh dijaga dengan perfect. Hati orang juga bukan seperti air, yang sentiasa mengalir dalam masa yang sama juga sanggup menerima segala bahaya dan halangan di hadapan. Hati seperti penjara. Terkunci bila diperlukan. Terperangkap bila ingin dibebaskan.






Aku sendiri bukan jenis yang boleh hanya menerima pengalaman lama sebagai satu titik noktah untuk memulakan kehidupan yang baru. Ini bukan dendam. Ini bukan ego. Tipu kalau ada yang katakan jika tidak terkesan dengan pengalaman buruk yang berlaku pada masa lampau. Sebagai manusia biasa, aku sendiri membuat kilaf dengan makluk manusia itu sendiri. Aku memaafkan. Tapi bagi sesetengah perkara, aku maaf kerana sehingga sekarang aku masih lagi tidak boleh terima. Ditipu hidup-hidup selama beberapa tahun lamanya.


Nasihat terbaik yang boleh diberikan kepada seseorang adalah 'Sabar' . Yup, kita kena sabar. Tapi bukan semua orang boleh sabar. Bukan semua orang boleh menerima sesuatu and say, 'Let bygone be gone' . Pasti akan ada secoret calar di hati. Jangan risau, aku akan belajar untuk memaafkan dan akan terus memujuk hati dan melepaskan apa yang pergi.


Well, jangan hipokrit kalau hati katakan hakikat ditipu sememangnya pedih. Pedih bagi yang merasa, mungkin suka bagi yang melakukan. Tapi ingat, insan yang ditipu bukan semudah untuk melupakan. Tambahan apabila ianya bertahun lamanya. Namun, aku harus akui. Kita harus saling memaafkan tentang kilaf yang telah berlaku. Dan aku masih belajar tentang itu. Jangan gusar, aku masih pegang pada prinsip , 'Memaafkan itu lebih baik' .


Tapi buat masa sekarang, aku masih tidak boleh terima "kau" lagi. I am tired.


Till then,
Mr Right.


notakaki : cepat nak buat kuiz neh. siapakah 'kau' itu? jengjengjeng!!


Saturday, February 25, 2012

SABAR HADAPI KETENTUAN

Peace be upon you.


Duduk berseorangan, aku hanya memikirkan setiap nasib yang bakal tiba pada masa yang mendatang. Sebagai manusia yang kerdil, akal fikiran tidak dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku di kemudian hari. Tabah dan reda menjadi pegangan untuk memperoleh ketakwaan-Nya.


Aku sendiri tidak pernah merasa bagaimana kehilangan orang tersayang. Namun aku dapat merasakan bagaimana perasaan sahabat apabila kehilangan orang yang disayanginya. Seperti kebanyakan berkata, Berat lagi bahu memikul jika ingin dibandingkan dengan penderitaan batin yang kita lihat. Aku pasti, setiap manusia akan terus diuji oleh Penciptanya selagi ianya disayangi. Kekuatan diri menjadi titik tolak dalam menghadapi setiap ujian itu. Akal menjadi garis panduan bagi meneruskan peperangan hidup duniawi.


YANG PASTI, SETIAP MANUSIA AKAN MENJADI KUAT SETELAH DIUJI.



Rasulullah SAW pernah bersabda :

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah: 214)



Aku sendiri akui yang kita sebagai manusia yang kerdil tidak akan pernah lari ujian daripadaNya.Cakap senang, tapi hati yang akan menghadapi. Sabar menghadapi ujian sememangnya salah satu kekuatan yang hanya akan dibina oleh orang-orang yang mempunyai hati yang murni dan bersih. 



Dari Abu Malik al-Asy’ari RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Sabar adalah cahaya…” (HR Muslim)



Sifat sabar bukan hanya meniti di bibir sahaja. Begitu juga bukan hanya dengan menyatakan sabar apabila menghadapi ujian. Sabar merupakan suatu ketegasan yang mana membenarkan hati sekaligus reda dengan ketentuan daripadaNya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap hikmah pasti akan muncul tiba sama ada cepat mahupun lambat. Yang penting, kita harus kuat menghadapi segala musibah yang datang.


Till then, 
Mr Right.



p/s : Kepada readers, mohon agar sedekahkan Al Fatihah atas pemergian arwah ayah kepada sahabatku, Faiqah Mohamad kelmarin. Semoga arwah ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman, soleh dan solehah.