ahli sarcasm

Monday, January 24, 2011

Z.U.H.U.D



     Zahid beerti orang yang zuhud. Zuhud pula satu sifat hati yang tidak terikat dengan dunia dan apa yang ada padanya. Zuhud ialah persoalan hati. Ia tidak bermaksud orang yang zuhud itu miskin, memakai pakaian yang kotor dan berkoyak kerana penampilan yang baik dituntut oleh agama. Cuma hatinya tidak terikat dan bergantungan dengan dunia.


     Ketenangan hidup di dunia adalah dambaan setiap orang tetapi berapa ramai yang hidupnya gundah-gulana, kecemasan, ketakutan, kebencian terhadap orang lain dan keadaan yang tidak diingini. Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita suatu malam yang akan mendatangkan kecintaan Allah dan juga kecintaan manusia kepada kita.

     Dalam sebuah hadis Nabi daripada Abu Abbas Sahal bin Sa'd Sa'idi berkata : seorang laki-laki datang kepada Rasulullah SAW sambil bertanya, "Ya Rasulullah, tunjukkan kepadaku sebuah amal yang apabila aku mengejarkannya maka Allah dan manusia akan mencintaiku."

     Maka Rasulullah SAW menjawab: "Zuhudlah engkau di dunia ini nescaya Allah SWT akan mencintaimu terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mencintaimu."


     Rasulullah SAW menyuruh kita menjadi seperti orang yang dalam perjalanan, yang hatinya tidak terikat dan terpaut apatah lagi tamak dan haloba terhadap apa yang ada di sekelilingnya. Sabda Rasulullah SAW : "Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing dan perantau."

     Rasulullah SAW menegaskan lagi, "Sesungguhnya orang yang zuhud di dunia akan melegakan hatinya di dunia dan di akhirat. Dan orang yang mencintai dunia, hatinya akan susah dan letih di dunia dan akhirat." (Riwayat Thabrani dan Baihaqi daripada Abu Hurairah r.a)


     Al Imam Ghazali membahagikan zuhud kepada tiga peringkat iaitu yang pertama ialah tingkatan terendah di mana tingkatan ini menjauhkan dunia agar terhindar daripada hukuman di akhirat. Tingkatan kedua ialah mereka yang menjauhi dunia kerana ingin mendapatkan imbalan di akhirat. Tingkatan tertinggi ialah zuhud yang ditempuh bukan lagi kerana takut atau harap tetapi semata-mata kerana cinta kepada Allah SWT.

     Serendah-rendah zuhud ialah sifat zuhud seseorang yang di dalam hatinya masih ada rasa cinta kepada keduniaan, namun demikian dia bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu. Zuhud yang lebih baik dan lebih tinggi ialah zuhud orang yang hatinya sudah meninggalkan dunia, hatinya tidak lagi tertarik kepada dunia. Manakala zuhud yang tertinggi ialah zuhud golongan orang yang sudah benar-benar kenal Allah(ariffin). Bagi mereka, dunia dan segala isinya kini sudah tidak ada nilainya lagi sehingga segenap hati dan fikiran mereka sudah menghadap ke akhirat.

..hasil nurkilan pelajar usm..

p/s: mr right cuma berkongsi cerita.semoga kehidupan kita diredai olehNya.. InsyaAllah:)


8 25 SARCASM BERKATA-KATA:

nelly said...

nice info..thank you

..tapi bukan aku.. said...

@nelly...
u r welcome:)

the phantom kid said...

info yang m'narik..tq~

..tapi bukan aku.. said...

@the phantom kid..
sesame:)

FariehanIbrahim [LBC] said...

nice entry~! =)

..tapi bukan aku.. said...

@FariehanIbrahim [LBC]...
terime kaseh ye:)

EidaAz said...

betul.sangat bagus pasal zuhud ni.
susah nak mencari seseorang yang macam ni.

cuma mr right...kenapa dipotong perkataan zuhud tu :)?

..tapi bukan aku.. said...

@EidaAz..
kan3??
sekarang mmg susah. besa laa..
dunie da maju.
huu
kenape dpotong?
bukan potong~
cuma nak sume readers fokuskan ttg 'zuhud' tu jek.
hii