ahli sarcasm

Tuesday, March 29, 2011

biarkan aku menangis ...

entry ini panjang. bacalah kalo mahu (:




"Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah kusyuk".
(Isra' , 17 : 109)


"Kami keluar bersama Rasulullah s.a.w dalam sebuah peperangan dan aku mendengar Rasulullah bersabda (yang bermaksud). "Diharamkan nerakan bagi mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah".
(Riwayat Al-Hakim)


     Setiap orang daripada kita pasti pernah menangis. Paling tidak pun, kita akan menangis sebaik sejurus dilahirkan. Bahkan jika seseorang bayi tidak menangis sebaik dilahirkan, maka doktor akan mengesyaki sesuatu tidak kena dengan bayi tersebut. Oleh itu, doktor akan sedaya upaya akan membuatkan bayi tersebut untuk menangis. Manusia menangis bukanlah semata-mata kerana sedih, tetapi seseorang akan menangis kerana kebahagiaan, penyesalan dan sebagainya.


     Masyarakat secara umumnya menganggap menangis adalah tanda lemahnya emosi seseorang dan menunjukkan ia perbuatan kebudak-budakkan. Malah is dianggap mengaibkan apabila pihak yang menangis itu adalah seorang lelaki. Justeru itu, lelaki lebih cenderung untuk memendam rasa dan menahan airmata daripada berguguran. Tetapi hakikatnya, kita harus sedari bahawa lelaki juga adalah makhluk dan mempunyai perasaan sedih, gembira, sayang, bahagia dan sebagainya. Oleh itu, tangisan lelaki bukanlah menandakan kelemahan emosi tetapi ia merupakan fitrah manusia apabila mengahadapi tekanan jiwa. 


     Ramai yang tidak mengetahui bahawa menangis bukanlah sekadar mengeluarkan airmata semata-mata, tapi menangis mempunyai nilai perbuatan yang sangat tinggi terhadap tubuh badan. Menangis merupakan penawar yang sangat berkesan terhadap sebahagian penyakit yang berbahaya. Dengan menangis, banyak penyakit mata dapat dicegah dan ketenangan jiwa dapat diredakan. Malah dalam perbuatan, apabila seseorang menahan tangisannya dalam keadaan yang mengharuskan menangis, maka perbuatan sedemikian dianggap tidak elok.


     Seorang pakar daripada Pusat Kajian Mata dan Air Mata, Dr William Frey menjelaskan bahawa menangis adalah kaedah yang berkesan untuk membersihkan mata. Ia adalah jalan yang paling selamat untuk meredakan ketenangan jiwa. Dalam kajian beliau mendapati bahawa air mata yang disebabkan oleh ketenangan jiwa mengandungi pelbagai hormon dan cas yang tidak stabil dihasilkan yang boleh membahayakan tubuh badan. 


     Kajian mendapati 85% wanita dan 73% lelaki berasa lega selepas menangis. Dengan ini, ia memberi isyarat bahawa dengan menangis, ia dapat membebaskan tubuh badan daripada bahan kimia yang menyebabkan tekanan jiwa.Air mata yang keluar menjadi egen penyucian mata dan membuang kandungan racun yang terkumpul akibat ketenangan jiwa, urat saraf dan emosi. Menariknya racun-racun ini hanya dapat dibebaskan daripada tbuh badan hanya dengan tangisan.


     Antara kebaikan yang diperoleh melalui tangisan ialah;

  1. Menangis dapat menyingkirkan zat-zat berbahaya daripada tubuh badan yang dihasilkan sewaktu dalam ketakutan(:
  2. Tangisan menyebabkan degupan jantung meningkat dan ia dianggap sebagai latihan yang baik kepada rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung menurun dan ia menghasilkan satu perasaan yang aman dan tenteram(:
  3. Arthur Frannk, seorang ilmuan di Amerika Syarikat berkata; " Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur2 beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti membiarkan tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. "(:
  4. Secara fitrahnya, perempuan lebih kerap menangis berbanding lelaki. Oleh sebab itu, secara umumnya perempuan mempunyai umur yang lebih panjang daripada lelaki kerana secara relatifnya perempuan mengeluarkan lebih banyak racun daripada tubuh mereka(:
  5. Saintis dan pakar mata berpandangan terdapat sebahagian peratusan tertentu bahan beracun dalam tubuh badan manusia hanya dapat dikeluarkan melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang kerap menangis lebih bebas daripada racun tersebut(:
  6. Kajian mendapati air mata mengandungi 25% protein dan salah satu daripada juzuknya ialah unsur Magnesium. Magnesium adalah unsur yang tidak seimbang dan ia boleh bertindak sebagai racun kepada tubuh badan. Unsur Magnesium ini hanya dapat disingkirkan melalui tangisan(:

     Akhir sekali, tangisan merupakan salah satu medium untuk menguatkan jiwa. Orang yang selalu menangis dalam urusan akhirat selalunya mempunyai ketahanan jiwa yang unggul dan kental. Mereka sentiasa kelihatan tenang dan wajah mereka bercahaya dan dapat meredupkan mata yang memandang. Justeru itu, sebaik-baik tangisan adalah menangis kerana Tuhan. Menangislah di atas keterlanjuran maksiat yang dilakukan. Itulah tangisan yang paling bermakna bagi-Nya(:

sumber: Artikel Pusat Pengajian Sains Fizik USM

ftnote : hanya berkongsi..

     

6 25 SARCASM BERKATA-KATA:

Novelgurl said...

Salam..erm..kene nangis bnyk2 lg lah lepas nie ..

=)

mr_right said...

@Novelgurl..
nanges bagi kuarkan segale racun tuh.
hee

amny.. said...

lepas ni kena nangis banyak2 kali laa..:)

mr_right said...

@amny..
tapi nangis tu, jangan sampai banjir plak ye !
hee

vshnu narav said...

mr.rite: jom wt karnival menangis 1malaysia...nk ta??:)

mr_right said...

@vshnu narav..
HARUSLAH ! jom !! hee