ahli sarcasm

Wednesday, August 24, 2011

LAGU RAYA oh LAGU RAYA !!

Hello people .
korang sendiri mesti dengar kan macam mane girangnye kat stesen-stesen radio dan televisyen memasang lagu raya . memang time-time macam ni sangat meriahla kan nak dengar lagu raya ke ape.
tambah lagi kalau tengah duk pilih baju raya , pastu dengar lagu Balik Kampung by Arwahyarham Sudirman.
perghh ! masyukk kott><''
tapi mr right pernah dengar kalau kita pasang lagu raya awal-awal, penghuni kubur akan menangis.
betul ke tak tu, wallahu'alam..

Mr right pasti korang semua mesti ade lagu raya kegemaran kan. asal dengar lagu tu je, mesti semangat nak beraya !
tapi lagu-lagu raya yang evergreen je yang sedap didengar. walaupun mr right sendiri tak suka lagu lama-lama tapi kalau bab lagu raya, memang tak bole nak dinafikan an.
memang layan je kalau dengar. tapi kalau zaman era sekarang, lagu raya Dato' Siti memang sangat masyuk laa. mr right rasa lagu beliau je yang hit pun kalau ade punn.
mr right bukan ta cakap yang lagu raya orang lain tak best, cuma kalau kita dengar lagu Dato' Siti, agak lain sikit feel nye. hehe
tamau la kondem mana-mana retiss kan, takut nanti Azwan Ali datang blog mr right dan datang marah-marah macam kes..... tettt ~


Balik Kampung versi cover Matluthfi90 =P


Kadang-kadang mr right terpikir macam mana agaknye perasaan budak-budak yang sedang belajar kat oversea tu yang tak dapat balik beraya kat Malaysia.
asal rayer je, mesti ade page khas kat dalam surat khabar untuk ucapan-ucapan dari perantauan dari mereka.
dan kadang-kadang mr right sendiri teringin nak rasa macam mana diorang rasa. tak dapat balik Malaysia untuk beraya dengan keluarga terchenta. LOL ! gila punya olang !!

"berdendang mari berdendang.... " ewahh !


Lagu raya ni mesti jadi kegemaran korang kan kecuali kepada sesiape yang tak minat Dato' Siti la. haha
lagu ni antara lagu wajib rasanya. lagu wajib kalau aidilfitri menjelma. seronok !
kadang-kadang mr right pun karok sekali. ade kesah lagu perempuan ke lagu laki??! asalkan lagu raya ! haha




merah bibir Kak Pah ! hee


Ini memang nostalgik gila kann. itu la mr right da cakap yang lagu-lagu raya yang lama lagi cukup rencahnye dari lagu yang baru neh. lagu P Ramlee, Saloma pun sangat menusuk kalbu .
ade jugak lagu-lagu raya yang baru ni yang merapu. tah ke mana feel-nye ! heh. pandai je nak kritik lagu orang.

Mr right tak pasti kalau tahun ni ade lagu rayer sebab bukan senang lagu rayer yang berkualiti nak keluar kan.
mr right pasti lagu rayer yang paling diminati ramai mesti lagu rayer Anuar Zain & Ellina tu kan. comel je suara diorang mase kecik-kecik dulu. memang popular la kan. padahal lagu tu dah berkurun. Anuar Zain sampai sekarang masih lagi bujang trang tang tang ~ haha

BILA MR RIGHT NAK RELEASE SINGLE RAYA PULAK?

Hmm. macam tajuk dekat atas tuh, ni la soalan yang sering mr right dapat daripada peminat-peminat.
bak kata pepatah; Ditelan mati mak, diluah mati bapak.
asyik tanya bila nak release lagu raya. al maklumlah, baru lepas menang Anugerah Planet Pluto ritu. nak buat macam mane. terpaksa la layan kann... (dengan nada yang penuh riak)
DANGGG ! tetibe kena lempang sebab terlebih perasan. ahha
tade nye mr right nak buat lagu rayer. sampai bila-bila la kot mr right nak jadi retiss ke ape ke. peminat pon tadak !
suara ni kalau nak nyanyi, melalak sorang-sorang, boleh la. kalau nak bagi orang lain dengar, rasanye terkeluar darah jugak hidung diorang-diorang tuh.
MySpace


(tuned kepada mood baek)
Apa-apa pun, marilah kita muhasabah diri pulak. semakin dekat nak rayer, semakin hampir ramadhan nak tinggalkan kita. 
adakah kita berpeluang untuk menemui ramadhan pada tahun hadapan? banyak-banyak kan lah berdoa yep(:
semoga segala amalan kita sepanjang bulan ramadhan neh diterima olehNya kan.

Tetibe sekarang terngiang-ngiang nasi impit, lontong. wow ! itu sangat peberet di pagi rayer.
untuk kuih rayer pulak, yang mr right tahu cuma almond london, bahulu, cornflakes madu dan yang laen-laen cuma bantai masuk dalam mulut jek. yang penting sedap. banyak kuih rayer yang mr right ta tahu nama die. and again, yang pasti kuih yang sedap tu ialah kuih rayer yang evergreen ~









Ok la korang. sampai tu je nak merapu. 
dah lame sebenarnye mr right tak merapu dalam blog neh tapi insyaAllah bukan macam dulu.
insyaAllah mr right akan lebih matang dalam penulisan neh. ecewahhhh ! kalau korang nampak entry-entry mr right yang dulu kat LinkWithin bawah tu, jangan la klik. kalau klik, nescaya anda akan terkejut dengan entry yang tak tahu hala tuju tuh. haha. tapi kalau nak klik, mr right oke jek;)

till then, bye !


ftnote : dah bole dapat rasakan yang tahun ni tak akan dapat duit rayer ! haha. so, ape lagu rayer kegemaran korang pulak?? cer cite ! cer cite !







22 25 SARCASM BERKATA-KATA:

aremieroul said...

hu3..saya suka dato' siti sebab dia kakak saya..lalala..~ ha3..

cheqwa said...

i suka dengar lagu raya! xsabau nak raya!weeeheeee :D

SyuE said...

lagu raya CT plg best!! huhu..

daim said...

jom karaok edisi raye <3

ice lemon tea said...

mesti sadis bila blaja kat overseas,,tpi sweet tau,,
mcm my cousin,dye study kat UK,,
yg sweet giler,,family die beraya kat sana..!!

mr_right said...

@aremieroul

erk. jangan perasan ek. akim nak, dato' ct pon nak?? adoyyy ! hehe

mr_right said...

@cheqwa

kann cheqwa. bertambah2 semangat nye ! hehe

mr_right said...

@SyuE

kan2?? laen feel nye ! hehee

mr_right said...

@daim

hamboyy D ! mane satu neh? photography ke karok??! hahaha

mr_right said...

@ice lemon tea

wahh. seronoknye ! kalau ada duit, best lah. huu

nabila said...

Alamak TERHARUnya..
Trima kasih mr_right...
Saya suka lagu MAMAT KU POHON RESTU & ANUAR ELINA Suasana Hari Raya...

saya_arief said...

den suka semua lagu raya yang lama2.
yang baru2 xde feel sgt.
:D

mr_right said...

@nabila\

oh, my pleasure(:
best lagu tuh ! hehe

mr_right said...

@saya_arief

kan3?? laen aje feelnye. rase terus nak raya ! hahhaa

Syafiqa said...

Sy suka lagu raya Anuar Zainnnnnn : D salam ramadhan n selamat hari rayeee

amny said...

raya tahun ni cam xbest je...sebab bulan pose ni xmanafaat ngn btol..solat terawih xpenuh..huuhuh

mr_right said...

@Syafiqa

selamat hari rayer jugak syafiqa;)

mr_right said...

@amny

itu ler. da dapat rasekan yang kureng dapat duit rayer. haha. bole plak kann~

kunci locker said...

hehhe...ko nk wt lgu??jawabny kt tmpt ko tak rye sbb ujan...haha...gurau jek...thnk kerana mengingatkn..semoga kita semua sempat bertemu puasa tahun depan..amin..dan semoga semua amalan kita rye tahun ni diterima..amin...

mr_right said...

@kunci locker

haha. tunggu la single dari aku. hee. u r welkam;)

h A n Y S said...

apa2 pon, lagu2 raya evergreen lg sronok n menusuk kalbu sentiasa..hehe

mr_right said...

@h A n Y S

kann. le karok sekali kalau dengar ! hee