ahli sarcasm

Friday, September 16, 2011

APA YANG PALING KITA NAK, ITULAH YANG PALING KITA TAKKAN DAPAT

fuhh ! fuhhh ! sudah berhabuk blog mr right neh. sudah lame tidak disentuh, digodek, dimanja, digoda . tett ~
maap la kalian ek. mr right agak busy. baru minggu pertama masuk semester baru, dah busy. minggu-minggu akan datang?? entahla. 
mungkin busy lagi sampai tak boleh nak update blog kott.
persoalannya, ada ke yang menunggu entry mr right?? ><

APA YANG PALING KITA NAK, ITULAH YANG PALING KITA TAKKAN DAPAT

Korang pernah mengidam untuk dapat kereta Ferrari ? iphone56789#### ?? galaxy tab? rumah banglo tepi pantai yang setiap hari korang boleh dapat rasa angin laut yang nyaman?
bohong lah kalau tak pernah mengidam kan. kalau yang tak pernah tu, silalah berpijak di bumi yang nyata. 
tapi pernah korang terpikir untuk dapat semua itu dalam sekelip mata? 
well, contohnya cenggini; korang cakap dan tup tup ade selonggok duit depan mata? haa.. pernah? mesti dalam mimpi je kann.. angguk-angguk geleng-geleng cepat.
lain la kalau korang belajar ilmu hitam ke ape. for sure korang akan dapat benda-benda idaman tuh dan lain la korang punye mak bapak punye harta berjuta-juta-juta sampai boleh beli cincin sampai berjuta-juta-juta jugak kannn.. o0ps !

In real situation, it's true. tapi untuk mendapatkan semua itu dalam hanya sekelip mata tanpa berusaha keras, memang sesuatu yang mustahil lagi aneh lagi impossible la kann.

Pernah korang rasa macam bengang gila bile adik-adik korang yang tengah belajar berjalan sedang tergedek-gedek nak mainan yang berpuluh-puluh hinggit dan kadang-kadang sampai beratus-ratus hanya dapat semua itu dengan senangnye dari mak bapak korang. 
haa... mesti pernah kan. sebab dalam entry WAJAH RIANG HANYA PADA KANAK-KANAK SAHAJA? yang lepas, sebab tu mr right cakap kehendak kanak-kanak walaupun hanya sekadar mainan semata-mata tetapi boleh direalisasikan sebab orang dewasa nampak 'mainan' itu adalah suatu perkara keperluan bagi mereka.
so peeps , ape lagi? sila la buat undang-undang yang barang permainan diharamkan untuk dijual di negara ini instead of selling all the books for children . choii gila punya cadangan kan. haha

Tapi bila korang pikirkan balik dan secara logiknya, bukan semua benda yang kita nak, kita tak dapat kan..
just a simple example;
sekarang korang kat mana? universiti? kolej? politeknik? overseas? bukan itu ke yang korang impikan selama ni. masa kat sekolah dulu tu kemain berkobar-kobar semangat belajar rerajen semata-mata nak masuk universiti/kolej/politeknik/study kat overseas? 
kannn.. dan sekarang dah pun tercapai. syukur^^

dan sebab itulah wujudnya falsafah ini;

Allah datangkan kita kemarau supaya kita sedar nikmatnya setitik hujan. Allah datangkan kita hujan lebat supaya kita sedar ada pelangi di sebaliknya.  - sumber
Tipikal tak titpikal,  ungkapan ini; setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya memang ade maksudnye yang tersendiri and I'm pretty sure, it's really true. sebab let's say kalau korang fail dalam test, it doesn't mean yang korang akan fail jugak dalam final test/exam korang kann. maybe hikmahnye, Allah nak sedarkan korang yang korang kena betul-betul berusaha dan buat sehabis baik untuk final test/exam korang. tak gitu?
Walaupun bukan semua benda kat atas dunia ni kita boleh dapat, tapi apa-apa pun, kita kena lah bersyukur dengan apa yang kita ada. apa? korang nak jugak Ferrari? tape.. bersabar lah wahai sahabatku (cehh ayat cam nak man politik je kann) . mungkin esok / tulat/ minggu depan / bulan depan / tahun depan / 5tahun depan / 10tahun depan / 1## depan korang akan dapat jugak Ferrari tu kan.. mane la nak tahu, kot-kot korang masuk contest gores dan menang, tengok-tengok dapat Ferrari sebijik dengan duit sejuta ! itulah namanya rezekikan. Ferrari mainan dan sejuta rupiah. haha
Jadi kite kena engat, kalau kita berusaha & bersabar, mungkin perkara yang kita inginkan dan idamkan itu boleh menjadi kenyataan. insyaAllah. have a nice day and Happy Malaysia Day(:




choww !
 
 regards mr right.
JEMPUT LIKE KALAU SUKA ENTRY INI^^

18 25 SARCASM BERKATA-KATA:

.eypgonzales. said...

SELAMAT HARI MALAYSIA jugak .. agreed sesangat dgn en3 nieh ... :) like ..!

Nur Salsabilla said...

senasib betullah kita! haha. busy amat.
hari ni baru dapat hapdet blog & jalan2 kat blog orang!

Setuju entry ni..yg nak tu tak semu kita boleh dapat. yang penting bersyukur! ;)

eva said...

hehe nice entry!.. pendek kata, Allah bagi yang terbaik nanti.. kalau lambat mayb Allah nak bagi yang terbaik, takut kalau cepat sgt nak benda tu, benda tu jd menyusahkan pulak..

reyna said...

pertama kali dtg sini
jatuh cinta dgn entry ini

ainna baijan said...

slmt hari malaysi mr.right!

Fadzmie Mohamad said...

Kadang-kadang benda ni tak berkesan gak. The same goes to those yang taksub dengan The Law of Attraction. Hehe.

Btw, Selamat Hari Malaysia, bro! ^^

Cik Leen_Dewi Syifa said...

setuju mr.right..x semua yg kita idamkan mudah je nk dpt..n tak semua yg kita xnk..kita xkn dpt..

Zul Fattah said...

Slamat hari Malaysia.. huhu..
aku bersyukur r dgan apa yg aku ada.. haha

Pateh Adnan said...

waahh, baru dapat bw dengan jayanye. emm tu lah kan. ape yang taknak, tu lah yang dapat. maybe aku belum cukup usaha lagi kot. heemm, dugaan~

mr_right said...

@.eypgonzales.

selamat hari malaysia juge. terime kaseh^^

mr_right said...

@Nur Salsabilla

yup. kite kena bersyukur. kalau tak nanti tuhan tarik balik nikmat tu kannn(:

mr_right said...

@eva

yes ! setuju dengan anda pula. hee(:

mr_right said...

@reyna

hee. thanks reyna. terharu sangat-sangat(:

mr_right said...

@ainna baijan

selamat hari malaysia juge ainna(:

mr_right said...

@Fadzmie Mohamad

Law Of Attraction?? ni menurut Mr K or law physics?? hee

selamat juge(:

mr_right said...

@Cik Leen_Dewi Syifa

tape Cik Leen.. kalau kite berusaha dan bersabar, insyaAllah akan tercapai kan^^

mr_right said...

@Zul Fattah

huu. bagus2 ! bersyukur dengan apa yang kite ada ann..
selamat hari malaysia !!

mr_right said...

@Pateh Adnan

tape pateh. jom usaha dapat dekan sem ni !! hehe