ahli sarcasm

Saturday, September 24, 2011

JANGAN SUKA BERMAIN DENGAN KATA-KATA

Orang kata, terlanjur kata akan binasa diri. tapi sejauh mana orang zaman sekarang berani memberikan keyakinan tentang kata-kata tersebut?
selalu kita dengar tentang orang yang hanya pandai berkata-kata sahaja tanpa melakukan apa yang sepatutnya.
persoalannya, sejauh manakah kita boleh bermain dengan kata-kata? sejauh manakah kita boleh menafikan perkara ini?

JANGAN SUKA MEMBUAT ONAR KALAU MEMANG SUDAH SALAH SENDIRI

Kat atas dunia ni hanya ada dua jenis orang sahaja.
orang yang mengaku kesalahannya dan orang yang membuat alasan untuk menutup kesalahannya.
jenis yang pertama mungkin boleh ditoleransi lagi tapi jenis yang kedua? mereka ini tergolong dalam golongan-golongan yang suka membuat kecoh akan sesuatu perkara eventhough perkara itu sudah tentu-tentu kesalahan mereka sendiri dan bukan orang lain.
kadang-kadang mr right sendiri tak paham kenapa orang jenis sebegini suka untuk membuat onar, suka untuk memberikan alasan dan suka untuk mengelakkan diri daripada bertanggungjawab atas segala kesalahan yang telah dilakukan. 
sebagai contoh : orang sebegini update status fb-nya dengan ayat-ayat yang menunjukkan yang dia sememangnya di pihak yang 'benar'.
apabila orang luar baca, mungkin akan bersetuju dengan kenyataan tu dengan menganggap bahawa dialah bidadari/bidadara dari kayangan yang turun ke bumi. ( puihh !)
akhirnya kepada yang tak tahu apa-apa, menganggap perkara itu benar dan bukan salah dia.  kenapa orang-orang sebegini wujud dalam dunia ini?? adakah kerana ego dia yang akhirnya menutup segala kesalahan yang telah dilakukan olehnya? fikir-fikirkanlah.

JANGAN SUKA BERJANJI TAKUT NANTI TAK BOLEH DITUNAIKAN

Mr right pernah baca laa.. kalau kita suka berjanji, dan janji kita tu tak dapat dipenuhi means janji tu tak ditunaikan, maka kita akan tergolong dalam golongan-golongan yang munafik jika mengikut agama Islam. (correct me if i'm wrong)
mr right bukan lah bagus sangat nak bagi nasihat ke ape dan mr right sendiri akui yang mr right sendiri tak sempurna dan kadang-kadang janji yang telah dipateri tak dapat ditunaikan. but well, seboleh-boleh nya kita cuba lah untuk tidak memungkiri janji yang telah dijanjikan. orang memberi janji kepada kita kerana dia percaya kepada kita. kerana dia tahu yang kita boleh tunaikan janji tersebut. tapi kalau kita sendiri yang telah memungkiri janji, macam mana nak dapatkan kepercayaan yang penuh daripada semua orang?? 
jangan suka memungkiri janji, kelak akan memakan diri. fine, mungkin ada sebab kenapa janji tersebut terpaksa 'dimungkiri' tapi seelok-eloknya kalau dapat dielakkan, kita elakkan. utamakan apa yang penting dahulu. 
contoh paling annoying; jangan sebab kerana seorang perempuan, anda memungkiri janji dengan kawan anda. cuba fikir balik, siapa yang ada bersama anda selama ni? sewaktu senang dan susah?? kawan anda itu atau 'bakal' gf anda? jadi renungkanlah semula. 




Hati sendiri kena jaga tapi di samping itu hati orang pun kita kena jaga. tipikal tapi ade kebenarannya. kalau kita melukakan hati seseorang dengan kata-kata kita, mungkin kepercayaan dia terhadap kita akan hilang sedikit demi sedikit. kita hidup atas kepercayaan bukan atas dasar simpati or whatsoever lah><








till then.

regards,
mr right

JEMPUT 'LIKE' KALAU SUKA ENTRY INI(=

1 25 SARCASM BERKATA-KATA:

Juliana Rashid said...

Ha'ah kta pn ada bljar dlm cls agma and ustaz ckp org yg mgkir janji ni adalah ciri2 org munafik

julianarashid.blogspot.com