ahli sarcasm

Monday, September 19, 2011

PRICE TAG

Kalau ade sepuluhribanjutadollars korang nak buat ape? mesti nak beli kereta sport kann. tak pun nak melancong ke Paris, Itally, Korea, Bali etc. ke ade yang nak simpan?? ape? ade yang nak sedekah? alhamdulillah ~
kenapa korang pikir macam tu bila korang dah ade banyak-banyak-banyak duit? sebab korang materialistik ke? tak jugak kann. segalanya kerana korang rasa yang zaman / dunia sekarang sememangnya perlukan duit.
tak bermakna kalau korang taksub dengan duit, itu bermakna yang korang seorang materialistik.
everything depends on what we need. ianya keperluan bukannya berdasarkan nafsu semata-mata.
#ade kaitan dengan tajuk? HAHA

MATA DUITAN / KAKI KIKIS SELALU DIKAITKAN DENGAN KAUM PEREMPUAN.
BOLEH TERIME KE TEORI NI?

Kalau korang pun fikir benda yang sama seperti apa yang mr right pikirkan sekarang ni, sah yang korang pun kaki tengok movie macam mr right ! hahahah. kan cerita Melayu banyak pasal kisah perempuan mata duitan / kikis harta lelaki dan bla bla bla.. but well, its normal la kan kalau television itu sendiri telah jadi salah satu punca atau faktor utama dalam mempengaruhi mentaliti masyarakat zaman sekarang ni kann.
itu kisah tentang kaum perempuan yang mata duitan / kikis duit lelaki, tapi bagaimana pula dengan lelaki?
oke , menurut cerita Melayu yang mr right tengok juga , gelaran yang diberikan untuk golongan-golongan lelaki yang mengikis duit perempuan ni ialah Gigolo. oke, sangat tak manis di situ kan. tapi itu lah yang mr right tahu pun.
sangat tak gentlemen kalau kerja nya mengikis duit perempuan, suruh belanja makan, mengarah segala-galanya as if yang dia adalah ketua. 
guys, please shame on you.
tapi kalau sekali-sekala, tape.. kalau dah banyak kali, dah selalu, dah setiap masa?? sila jawab sendiri.

Kenyataan yang dunia sekarang perlukan duit memang betul. oke, cuba bayangkan kalau korang tade duit? macam mana korang nak hidup? kalau dulu boleh la dapat ubi kayu tapi zaman sekarang mana nak dapat ubi kayu?? tah-tah dah tak ade.
plus, kepada student especially yang study kat bandar-bandar besar. memang sangat sengsara la kan kalau tak ade duit. mana nye nak bayar sewa rumah, makanan etc..
tambah-tambah kalau scholarship yang tak bank-in lagi. 
(JPA akan dimasukkan ke dalam akaun anda pada bulan 10. omg !)
so now, can you see how important money to us nowadays ?

Bukan lah mr right nak ajar semua orang untuk menjadi mata duitan or whatsoever. tapi itulah hakikatnye.
hidup makin lama makin maju. jadi taraf hidup pun makin lama makin mahal dan meningkat la kann.
kalau parents banyak duit, tak apa. 
mungkin boleh pakat main mintak je kann..
kalau yang sederhana? 
mesti rasa serba salah nak mintak duit kat parents kann.

WHY IS EVERYBODY SO OBSESSED?
MONEY CAN'T BUY US HAPPINESS 

Apa-apa pun, kite kenalah berpijak pada bumi yang nyata yang hakikatnya duit bukan segala-galanya dan duit tidak boleh membeli kebahagiaan.
kalau duit boleh membeli dan memberikan kebahagiaan, kenapa perlu ada 'kerosakan' bila seseorang itu lupa diri apabila dikurniakan kekayaan kan. senang cerita, dia putih mata dengan segala kemewahan yang telah diberikan untuknya.

Apa-apa pun, kalau sudah rezeki, takkan ke mana kann. kalau sudah ditakdirkan untuk kite ada banyak rezeki, dah tak boleh nak buat apa la tapi kenalah ingat jugak kan lebih baek kalau harta tu dikongsi bersama dengan orang laen. bila kita berkongsi, mungkin rezeki kita akan berlipat-lipat ganda kan.





choww ! 




regards,
mr right.

JEMPUT 'LIKE' KALAU SUKA ENTRY INI^^

10 25 SARCASM BERKATA-KATA:

hAti iNtan said...

yes mr right mmg right..org kata no funds no fun kan..sbb tu kita kena ubah hidup..duit bkn segala2nya..segala2nya pakai duit..mmg best bila ade duit..snng je nk running life ni..

Pateh Adnan said...

kekeke, tetibe nak buat announcement jpa masuk bulan 10.

yup, aku setuju sangat, zaman sekarang ni semua bende nak guna duet kan. masuk toilet repair tudung je pon dah kene 20 sen. haisy! ni pulak bende lain, kite kene ubah mentaliti masyarakat kite semua. bukan materialistik, bukan kemahuan, tapi KEPERLUAN. waahh, panjang pulak aku bebel kaann. kekekeke ;)

lini hasnan said...

No money no talks, err betol ke?

imah said...

tapi kalo duit banyak pon dah susah hati ^^

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

betul3 weyh.. actually ramai aku tgk student nih tak berpijak dibumi yg nyata,, kalau dpat PT, pergh! njoy shopping tak beringat.. aku rela lah jeling dorang pakai BB, Ipad sume..tp aku tahu sume tuh pakai PT..aku tak heran..baik bersedekah drpd membazir..kankankan? :))

mr_right said...

@hAti iNtan

kannn.. sebab tu kena belajar rerajen ! huhuhu

mr_right said...

@Pateh Adnan

haha. aku memang suka orang komen panjang-panjang. hee.. betul tuh ! tapi bila duit nak masuk ni wehhh... kering ><

mr_right said...

@lini hasnan

haha. pon bole Lini.. hehe

mr_right said...

@imah

kannn.. agak tak tenteram la jugak hidup kott.. hehe

mr_right said...

@Fee Hafeezah ketuk keyboard

wah2 !! serius like kot statement kau ! mesti yang terasa tu rasa pedas gila kannn... HAHA