ahli sarcasm

Saturday, September 10, 2011

WAJAH RIANG HANYA PADA KANAK-KANAK SAHAJA?

Entah kenapa tetibe petang tadi mr right bersiar-siar menghirup udara segar dengan membonceng motosikal pusing taman sambil bawak anak jiran. sangat riang wajah die.
die sangat rapat dengan keluarga mr right sebab sejak die berusia 4 bulan, die sudah rapat dengan keluarga kami dan kini die sudah berusia 5 tahun. 
die ni kakak kepada si comel [ INI ] . heh


hye, nama saya Syamimi Balqis !


Mr right bawak die pergi jalan-jalan kat tempat landasan kereta api yang tak siap lagi. dan tempat tu antara jalan-jalan yang mr right pernah lalui masa sekolah dulu. naik basikal je pergi sekolah. lepas tu mr right tengok macam cantek gila tempat tu nak photoshoot segala kann. nak dijadikan cerita, kamera mr right tak bawak.

mr right : ala.. kamera tak bawak la balqis. cam mane nak tangkap gambar ni?
balqis : guna la hanset. kamera hanset kan ada.
mr right : erk. a'ah, betul-betul. (muka merah tahan malu)

Moral of the story, budak-budak memang sangat jujur. segala cerita/rahsia memang diorang akan bagitau straight to the point. mr right rindu nak jadi budak-budak balik. zaman tu sangat menyeronokkan.
kepala otak tak payah nak pikir segala masalah. hidup sentiasa happy. tak payah nak pikir masalah orang lain.

Tapi apabila berbalik kepada dunia realiti, perkara tu sudah lama berlalu. umur pun dah ** kan. so kena la terima kenyataan yang semua tu memang tak akan dapat balik.
mungkin lepas ni terus cuma tunggu ada anak sendiri baru le tengok betapa bahagianya budak-budak kann <<-- statement gatal gila !

Masa zaman persekolahan dulu, korang pernah main game digimon? pernah buat kad nama yang ade gambar retiss dan tertulis nama dan alamat kita?
pernah dapat arahan daripada guru-guru tak untuk kutip derma? siap ada buku rekod segala bagai tuww. mesti pernah kann. dulu mase sekolah mr right pernah pergi satu rumah ke satu rumah untuk kutip derma. pernah mr right dapat sampai beratus-ratus dan antara yang tertinggi dapat duit derma tuh.
mase tu innocent sangat. kalau tak, dah memang-memang mr right amik duit tu dan beli mainan ke, ape ke kann.. 
haha. jahat gila !
innocent budak-budak tak sama dengan innocent orang dewasa. diorang lebih jujur dengan apa yang diorang buat. tapi orang dewasa? kadang-kadang ada double meaning di sebalik perbuatan tuh^^




Semua orang sayang dan ambil berat dengan budak kecik. apa yang dia nak, semua akan dituruti. apa yang dia mahukan, pasti akan dapat. walaupun nak barang mainan yang mahal dan tak bawak sebarang faedah langsung, tapi orang sekelilingnya melihat perkara itu merupakan satu keperluan bagi dia.
tiada siapa yang dalam dunia ni yang sanggup marah budak kecik tanpa sebarang sebab kecuali kalau orang tu memang sewel dan anti dengan budak-budak. haha

Bila usia semakin meningkat dewasa, tiada siapa yang mahu ambil kesah sebab mereka-mereka fikir yang kita sudah boleh berdiri di atas kaki sendiri. tapi sejauh mana ungkapan berdikari berdiri kukuh dalam diri kita? apa-apa pun, kite kena lah berbalik kepada realiti yang sememangnya pada pandangan orang sekeliling, orang yang dewasa lebih berdikari daripada orang yang lebih muda darinya(:

KIDS WERE BORN TO BE HAPPY

Tak dinafikan. zaman kanak-kanak memang akan tersemat erat dalam sanubari kita. nak patah balik zaman tuh?? mana bole ~ kalau nak patah balik pon, kena panggil doraemon rasanya. baru lah bole benda-benda ajaib macam tu berlaku. hee
kepada yang sedang meningkat dewasa, zaman itu sudah tamat. percaya pada realiti, insyaAllah kita akan lihat wajah kegembiraan pada wajah anak-anak kita kelak.






regards,
mr right.



JEMPUT 'LIKE' KALAU SUKA ENTRY INI (:

14 25 SARCASM BERKATA-KATA:

cik kumbang said...

doraemonnnnn....
nak mesin masa....hehe~
best jadi kanak2 xya pikir byk masalh...main je kejanya...hihi
*alasan xle trima kenyataan da nak msk U smula hehe*

Kongsi Apa2 Aje said...

salam perkenalan...
sudah 4low kamu...4low kongsi plak yer

entry yang cukup menarik...zaman kanak2...zaman cukup indah...begitu juga zaman di "U"..tp nak bt cmane kan...mse msh ada mse kita x hargai pun time tu...tp bila dah berlalu kita rindui sangat2 time tu...walaupun hidup kena pndg dpn...tp x slh kn pndg "blkg" sekali sekala...

sangat suka entry kamu (^_^). mintak izin kongsi...jika izin sila paste link entry sini
http://kongsi-apa2-aje.blogspot.com/p/berkongsi-disini.html

mekasih :)

Si DauN CeRi said...

walaweii.. knape ni mr right? berhajat nak menimang cahaya mata ke? kikiki inshaAllah panjang umur, murah rezeki..ye tak?


zaman kecik2 mmg zaman yg paling marveles bg saya setakat ni. walaupon dulu kecik2 sy saiko sket. bahahaha

cik hati said...

zaman kanak2 memang best..tpi, bila pkir blik, masa kecik2 dlu banyak benda yang kita nak bila dewasa kan...tpi, bila dah dewasa kita nak plak jadi kanak2...hahaahaha

mr_right said...

@cik kumbang

kann.. jadi kanak2 tak payah nak pikir masalah orang laen.. aishh ! jom balik USM ! USM da memanggil .. haha

mr_right said...

@Kongsi Apa2 Aje

sure, i dun mind but please credit the entry to my blog oke;)

mr_right said...

@Si DauN CeRi

haha. mane ade.. lambat lagi nak nimang2 nehh. kiki.

kannn.. best jadi kanak2 tapi kena la sedar yang umur ni dah tua ! haha

mr_right said...

@cik hati

yeahh ! dats rite. jadi kanak2 lagi senang. semua orang sayang ! hee

Urzain Hussain said...

jadi kanak-kanak memang best..huhu~

mr_right said...

@Urzain Hussain

uhuh. betul tuh. duit rayer pon dapat ! heheh

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

anak2 kecil sekarang memang pnmdai bg komentar! yang tak tahannya kita pun kalah sometimes. kan???

i am S!L4H.. said...

budak2 selalu ohhhsemmmmm.

^^

mr_right said...

@FIFIEY LYCHEE MARATION

kannn.. pandai berkata-kata la kirenye.. hehe. setuju !

mr_right said...

@i am S!L4H..

ohsem camne tu silah??