ahli sarcasm

Wednesday, October 5, 2011

"AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA" - SETAHUN (=

Orang sekeliling asyik cerita tentang blog tapi aku sendiri blurr ape maksud di sebalik blog tuh. fine... 
nampak sangat 'kuno' kann tapi rasanye lebih baik mengaku 'tak tahu' daripada mengaku 'buat-buat tahu' kann. 
tak pernah dengar langsung dan sejujurnya, langsung tak pasti apa gunanya blog itu sendiri. yang aku tahu cuma tulis benda peribadi, merapu bukan-bukan dan bla bla bla. tapi yahh.. itu first impression aku terhadap dunia blog neh. bila lama-kelamaan sudah dalam dunia blogging, baru aku paham apa itu ertinya menjadi seorang blogger.

Orang luar mesti tertanya-tanya apa yang kita dapat sepanjang kita berblogging. aku akui yang kita takkan senang-lenang dapat income dari pak cik nuffnang, tapi apa-apa pun, niat tu kena betul dulu. kalau niat korang nak dapatkan income dengan blogging, sila lah tunggu hasilnya setelah 5 tahun berblogging. masa mula-mula aku blogging, aku sendiri tak paham apa sebenarnya aku nak buat dalam dunia maya neh. tapi setelah berkenalan dengan blogger lain, bertukar-tukar pendapat dan sebagainya, baru kita paham blogging ni juga satu 'aktiviti' yang agak menyeronokkan dan boleh dikatakan antara aktiviti yang boleh menambah ilmu. ada pernah aku buat entry pasal mane entah dan ada yang komen yang kata, " dengan blogging, kita tak payah nak beli buku, tak payah nak membazir duit segala untuk 'tambah' ilmu. hanya dengan blogwalking, sekali gus kita dapat ilmu baru dari blogger lain". totally agree.

Bukan senang sebenarnya nak jadi seorang blogger. jadi blogger kena ikhlas. jadi blogger yang dapat menyumbangkan 'sesuatu' kepada readers. bukan jadi blogger yang sioxxx sendiri. once 'karya' kita di-publish kepada umum, secara tak langsung ramai pihak yang akan baca dan perkara-perkara sensitif bagi sesetengah perkara haruslah ditapis terlebih dahulu. so tak ade sesiapa yang akan terasa dengan entry kite. see.. bukan senang kan nak jadi blogger. sape kata yang jadi blogger hanya merapu-meraban jek???

Hati aku mula-mula terbukak masa nak buat blog bila baca blog orang lain dan tetibe rasa yang seronok kalau kite ada blog sendiri. kalau dulu kite ada diari, tapi sekarang kite ada blog. but if you want to make blog as your diary, rasanya lebih elok di-privatekan sebab macam tak best la pulak kalau orang baca kann. pendapat aku, blog adalah medan untuk kite berkarya. berkarya untuk menajamkan dan mematangkan kita dalam berfikir sesuatu. sejujurnya, lama-kelamaan penulisan kita akan lebih matang. kalau korang tengok entry aku kat LinkWithin bawah tuh, jangan la tekan sebab kadang-kadang tu entry yang lama-lama dan aku sendiri pun agak malu jugak nak baca=P

"AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA"

Tanggal 5 Oktober sudah genap aku setahun blogging. bunyi macam singkat tapi sebenarnya banyak dah aku belajar sepanjang aku blogging. kalau anak kecil yang baru lahir, mungkin sekarang dah boleh berjalan. kalau ada antara korang yang kumpul duit selama setahun untuk beli kereta BMW, mungkin sekarang dah dapat. macam tu jugak aku. aku sendiri tak sangka yang bilangan followers aku boleh sampai 8++ . oke, mungkin ade yang rasa annoying dengan statement aku tuh sebab ade je yang blogging hanya sebulan, due bulan dah dapat followers seramai 1k kann.. aku yang setahun ni pun tak sampai-sampai setahun lagi. haha. memalukan >< tapi bila pikirkan balik, aku sendiri nak followers aku yang follow aku ikhlas dalam follow aku. bukan follow hanya sekadar 'follow'. buat apa kalau followers beriban tapi ruang komen zero?? serius aku cakap yang aku sangat suka followers yang suka komen entry aku dan dekat situ secara tak langsung kite dapat bertukar-tukar pendapat kann.. tak gitu?
btw, thanks kepada yang sudi follow blog aku ni ek.

Untuk itu, aku sangat-sangat berterima kasih kepada kawan aku yang tolong aku untuk buat account blogspot sebab kalau tak ada die, mungkin aku sekarang tak ada blog. mungkin aku bukan seorang blogger. dan kepada sifuku Faiqah yang banyak membantu masa mula-mula buat blog dulu. ecewahhh ! ayat tak boleh blah ann=P
Banyak benda yang aku belajar sejak jadi seorang blogger. aku belajar untuk jadi matang dalam penulisan, jangan cepat give up, menjadi kuat dan etc. honestly, sangat seronok jadi blogger. kepada sesiapa yang belum try jadi blogger, please sign up for your own account.  haha.

 HAPPY FIRST ANNIVERSARY MR RIGHT;)


regards,
mr right.


ftnote : entry ni saje guna 'aku' sebab special sikit. dan peserta untuk contest mr right, jangan risau.. nanti mr right umumkan oke. lately ni sibuk dengan kehidupan uni. tapi mr right pasti akan kotakan janji;)






JEMPUT 'LIKE' DAN KOMEN KALAU SUKA ENTRY INI(=

10 25 SARCASM BERKATA-KATA:

cik pieja hut said...

berblog ikut kemahuan sendiri , bukan pasal nak dapat duet je dari nuffnag tuh !

syahidahfouat said...

happy first anniversary mr right :)

takutake said...

Hohoh. Aku setuju dengan kata hang. Blogging dengan kemahuan diri. Tapi kalau tak promote blog, tak jadi jugak.

Aku tulis blog sebab aku suka meluahkan pendapat dan idea. Dan aku suka baca pendapat orang lain.

Tapi dah lebih 2 tahun aku blogging. Pengikut tak sampai 100 orang. Pft.

Conclusion, kena dapatkan feeder sebanyak mungkin. Bukan sebab nak dapat duit Nuffnang. Tapi sebab nak dapat feedback.

Anyway, ini first time aku komen entry kau. Aku ternanti-nanti jugak apa yang kau nak tulis next. Keep up the good work.

cik hati said...

tahniah ek dah stahun dh...aku pun bru berjinak dgn blog..thanz gak kongsi ilmu dgn aku spnjg ko berblog ^_^

Anis izyan Abd Rahman said...

hhaha . anis pon kdng2x tergelak sendiiri bace entry2x lame anis ~

mr_right said...

@cik pieja hut

itu setuju Pieja(=

mr_right said...

@syahidahfouat

ty syahidah^^

mr_right said...

@takutake

thanks bro. komen yang sangat berguna. yup, betulkan niat sebelum apa-apa(=

mr_right said...

@cik hati

no problem cik hati. sharing is caring.. berkongsi ilmu^^

mr_right said...

@Anis izyan Abd Rahman

kan anis.. entry-entry yang 'tak matang' tu sangat memalukan. hakhak