ahli sarcasm

Monday, October 24, 2011

MENGAPA ADA SANG HITAM BILA PUTIH MENYENANGKAN?

Aku tak tahu apa yang perlu aku ungkapkan tetapi jari ini masih giat menaip tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Aku musykil mengapa perlu ada orang ketiga dalam setiap perkara sedangkan berdua itu lebih baik.. tapi itulah realiti kehidupan. 
Langit tak selalunya cerah, dan hati tak selalunya gembira. Ikut kata hati, ikut peredaran kehidupan..



I LEARNED TO LIVE, HALF A LIFE


Aku tak pernah rasa apa itu cinta. Aku sendiri tertanya-tanya apakah sebenarnya cinta. Mungkin akan muncul kebahagiaan dalam perpisahan tapi jika berlakunya perpisahan, mana mungkin adanya kebahagiaan?
Mungkin, mungkin dan mungkin aku sendiri yang tak paham dengan bahasa-bahasa sastera. Mungkin aku tafsirkan sebegini, dan orang sastera tafsirkan sebegitu. #sigh


Kekadang aku merasakan cukuplah hidup sekadar untuk hidup sedangkan diri sendiri masih tidak cukup kuat untuk menghadapi masalah duniawi. 
tipikal ; semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku sendiri akui tentang perkara tersebut. Yup, aku perlu kuat untuk menghadapi semua yang telah ditentukan olehNya.


Sang hitam boleh memberikan impak yang positif jika kena pada tempatnya. Sang hitam itu sendiri yang akan menguatkan kita dalam menghadapi segala cabaran onak duri dalam kehidupan. Mengajar kita tabah dan terus berusaha dalam menggapai sesuatu impian yang telah diimpikan selama ini. Namun, sejauh mana kita boleh bertahan dan melawan segala anasir-anasir daripada sang hitam itu? Jawapannya ada pada diri kita sendiri.


Aku tak kesah apa yang orang lain kata. Aku langsung tak kesah andaian orang lain terhadap aku. Yang penting aku tahu aku di pihak mana. Yang penting aku sendiri tahu aku berada di paksi yang benar. Persepsi orang takkan kita boleh ubah sampai bila-bila. Aku adalah Aku.

Berazam, Kuat dan Tabah yang akan membezakan diri kita daripada orang lain(:




jar of hearts- shila amzah's cover








till then, regards.
mr_right

JEMPUT 'LIKE' DAN KOMEN(=

8 25 SARCASM BERKATA-KATA:

Rozuan Ismail said...

bila tengok tajuk,tetiba teringat satu lagu.tapi lupa tajuk lagu tu

ainna baijan said...

♥ “Allaah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with ALLAH. He will send her/him to you when you’re ready. It is only a matter of time.” ♥
~Sheikh Mamdouh
(i love Allah.com)

mr_right said...

@Rozuan Ismail

itu lirik lagu Berhenti Berharap by Sheila on7 . hehe

mr_right said...

@ainna baijan

nice one. thanks Ainna(:

fiQ'Ra said...

jangan la sedih sedih :) umo mr ringt brape? sy 20 tahun tapi sudah brtunang dan seronok dgn hidup yg sudah ada ikatan.. insyaAllah tahun depan pula, nikah..

kalau mr right rasa brcinta itu mnyusahkan, jgn buat kali ke 2 :)

mr_right said...

@fiQ'Ra

hehe. mr right same ngan fiq'ra laa.. 20 tahun; 1991 kan?

fiQ'Ra said...

haaa'aa 1991 :)

Pateh Adnan said...

waahh, gramatis habes! ko ready nak masuk terfaktab ke ape ni wehh? dah layak dah ni. hehee