ahli sarcasm

Friday, December 23, 2011

7 WARNA PELANGI KEHIDUPAN AKAN MUNCUL TIBA

Niat di hati tak mahu 'klik' langsung button New Post.. tapi nak buat macam mana, jari ni nak jugak tekan. Asyik bukak dashboard, lepas tu benda yang sama jugak yang keluar. Asyik tekan View Blog, juga benda yang sama juga keluar. Well, jadi malam ni aku dengan tergerak hatinya nak update blog. wehee><! Sila pasang fireworks yang berapi berwarna-warni ituww~ haha

Orang kata, pengalaman mengajar kita untuk jadi lebih matang. Orang jugak ada cakap, kalau ada banyak pengalaman, bermakna kita akan lebih tahu senario kehidupan kita sendiri. Tapi sejauh manakah pengalaman yang sering kita tempuhi itu dapat mengajar kita erti kehidupan? Dalam kehidupan ada dua jenis manusia. Orang yang gagal, dan orang yang berjaya. Tapi dari situ kita juga dapat melihat hikmahnya sama ada orang yang gagal itu akan memperbetulkan kegagalannya dan orang yang berjaya itu akan terus bersenang lenang dan berpuas hati dengan kejayaannya. Allah tidak akan menguji kita kalau kita sendiri tak mampu. Usaha selagi ada daya, ikhtiar selagi dikurniakan akal. 




Semua orang mengimpikan terlukis secebis senyuman dari air muka orang yang disayangi. Kalau tiada usaha, mana mungkin kejayaan itu dapat dicapai. 
Tipikalnya: setiap manusia telah ditentukan rezeki masing-masing.. Mungkin juga rezeki itu boleh berubah jika tiada usaha dan ikhtiar dari kita sendiri. Belon itu tidak akan terapung bebas di udara jika tiada bekalan yang menampungnya. Sama juga keadaannya dalam senario kehidupan kita sebagai manusia. Lepas usaha, baru tawakal. InsyaAllah, jika sudah rezeki kita, ianya akan tetap akan menjadi milik kita. Jika tidak, mungkin ada salah di mana-mana dan Allah simpan 'rezeki' kita itu untuk masa yang betul-betul sesuai. Allah Maha Mengetahui.


Mungkin aku tergerak hati untuk menulis entri yang berkonsepkan 'motivasi' ini sebab final exam just around the corner and all my juniors tengah down sebab course work diorang. Dan aku macam tak rasa juniors aku akan baca entri ini. Jangan risau, entri ini jugak untuk korang semua. Jom kita motivasi diri sendiri ! Well, what do you expect from university life? Inilah realiti kehidupan di universiti. Ada yang dapat straight A's masa SPM dan 4rata mungkin dalam STPM/Matrikulasi.. Tapi itu lain. Yes, sangat lain. Kehidupan di universiti banyak cabarannya. Kalau nak berdiri kukuh, kita kena ada pendirian. Kena ada jati diri supaya kita sendiri tak hanyut dek arus gelombang keseronokkan kejutan budaya itu. Yup, aku bukannya bagus sangat, dan aku bukannya pandai mana pun. Tapi mungkin dengan cara menulis entri ini, insyaAllah aku harap dapat menaikkan semangat enkorang semua yang tengah down mungkin. Sentiasa ingat untuk 'Menjadikan Hari Esok Lebih Baik Daripada Hari Ini' (=


motif aku letak gambar macarons ni 
sebab kempunan tak dapat merasa lagi benda alah neh:(


Apa yang perlu kita buat kalau kita tengah down? urm.. Cara yang paling senang ialah dengar muzik. Mungkin korang dah basi dengan cara yang macam ni tapi inilah cara yang paling mujarab untuk hilangkan stress. Muzik itu kan terapi. Oh yah! Sila karok kuat-kuat juga macam dunia ni engkau yang punya! hahahha. Kedua maybe kau kena cari seorang teman means kawan yang boleh ceritakan masalah kau orang neh. Sedikit demi sedikit, masalah itu akan kurang. Makan mungkin cara yang best sebab tak semestinya kau makan, kau akan jadi gemuk terus kan. Tak perlu la nak judge orang sampai macam tu sekali. Contohnya kalau seseorang ni tengah stress dan dia mengunyah keropok ker, coklat ker... dan tanggapan kau dalam sekelip mata dia akan jadi gemuk? erk, please open your mind. Takkan la setiap masa dia nak mengunyah kan. Takkan tiap-tiap hari dia nak stress. So berpada-pada la kan. Tapi kalau udah setiap masa mengunyah, memang teman edoklerrr boleh nolongnyee. heh


LANGIT KEHIDUPAN TAK SELALUNYA CERAH. SELEPAS HUJAN, 
PASTI AKAN MUNCUL PELANGI(=


Ayat ni tetiba aku terpikir bila lepas aku baca buku Meteorology aku. Taksub? Kadang-kadang buat ayat sendiri pun macam best jugak kan. hee. Memang betul pun. Jangan expect sesuatu yang tinggi dalam kehidupan kau sebab kau sendiri tak akan tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Contoh paling mudah, mungkin kau gagal hari ni tapi selepas itu kau terus dan terus berusaha and at the end, kau berjaya. haa.. Itulah yang dimaksudkan dengan 'Pelangi' tuh. 7 warna pelangi itulah yang sebenarnya menceriakan kehidupan seharian kita. Jangan khuatir, 7 warna pelangi itu akan mucul tiba suatu hari nanti^^


Erk, tetiba aku terasa macam panjang gila la pulak aku taip malam ni. Dah jadi ahli psikologi ke apa. Sila abaikan jika ada sebarang kecacatan kerana sesungguhnya, aku bukan ahli psikologi mahupun ahli motivasi. Hakhak. btw, fanpage facebook mr right akan ditutup buat sementara waktu. Jangan risau, nanti akan bukak balik ek. Bubye!


till then,
mr right.



notakakididalammulutmu : Usaha kita itu yang akan menentukan jurang perbezaan kejayaan antara kita dengan orang lain.

8 25 SARCASM BERKATA-KATA:

aimie amalina said...

^___________^

big smile for this
bile menulis motivasi ini,
sikit sebanyak buat kita sendiri ingin berubah jadi lbh baik kan.

ain.johari said...

kalo kite slalu diuji tu name Allah slalu ingtkan kite....kalo hidup kite sntiase senang je nt kite alpa...:)

.........cP~ said...

Memang pun. Tapi, tu lah, tak sabar nak menanti pelangi. Masih panas je sepanjang hari.

Azham Vosovic said...

serious I suka gambar2 kt blog ni....siap ada macaroons tu!

mr_right said...

@aimie amalina

Thanks Aimie. saya cuma tulis ape yang saya mampu saje:)

mr_right said...

@ain.johari

waheh. that's totally right ain:)

mr_right said...

@.........cP~

kadang-kadang panas tu yang mengajar kita erti kesabaran dalam menghadapi segala liku-liku hidup kan:)

mr_right said...

@Azham Vosovic

hee. thanks azham. blog ko ape kurangnye kann:)