ahli sarcasm

Saturday, December 31, 2011

SUKA DUKA 2011 DIJADIKAN TAULADAN DAN KENANGAN

Sekelip mata, 2011 berlalu terlalu pantas. Seperti orang kebanyakan, aku juga mengalami perkara yang sama. Segala perit, suka dan duka 2011 sememangnya akan terpahat rapi dalam kamus kenangan dalam hidup aku. Aku tidak biasa untuk menyimpan azam dan hasrat kerana aku sendiri takut kalau-kalau aku tidak dapat memenuhi impian itu. Cukuplah sekadar aku cuma yang tahu. Alhamdulillah, segala yang telah dilalui sepanjang tahun 2011 ini, aku berjaya menghadapinya satu per satu. 


Perlu ke azam? Jika ditanyakan pendapat aku, mungkin tidak dan mungkin perlu. Well, setiap perkara ada pro dan kontra-nya. Setiap perkara juga ada susah dan senangnya. Semua orang pun tahu kan, Allah swt tak akan menguji umatnya kalau umatnya itu tidak mampu untuk menghadapi ujian itu. Kalau kita diuji, jangan cepat melatah. Duduk dan berfikir sejenak kenapa dan apa maksud sebenar di sebalik semua ujian yang telah diturunkan kepada kita selama ini. Fikir sejenak, apakah sebenarnya hikmah itu dan mungkin secara tidak langsung dapat mengingatkan kita supaya tidak melakukan kesalahan yang sama berulang kali. 


JANGAN SESEKALI BERSANGKA BURUK DENGAN ALLAH


Itu penting. Sangat penting. Mungkin ada yang tidak sanggup untuk menghadapi ujian yang telah diberikan. Tapi kita kena ingat, semakin banyak kita diuji, semakin dekat amal menghampiri kita. Lumrah manusia untuk mengeluh. Tapi kalau hanya mengeluh sahaja tanpa inisiatif lain, tiada gunanya kan? Think.


random picture with my very the murah camera =P


Bukan semua orang bernasib baik, bukan semua orang juga selalu bernasib malang. Tapi kita kena ingat bahawa setiap nasib itu telah ditentukan oleh yang di atas sana. Terima dengan hati yang terbuka. Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah. Segala kesilapan dijadikan sempadan. Jadikannya sebagai titik tolak dalam setiap perbuatan kita dalam kehidupan. Goodbye 2011. 

:: Okey kanak-kanak, sila baca poem yang tah hape-hape kat bawah ni dengan penuh rasa syahdu tapi bersemangat oke. ready, set, go !


 
"2011 mengajar aku erti kesabaran.
2011 juga mengajar aku untuk menjadi seorang yang kuat.
Segala rintangan yang mendatang pasti ada hikmahnya tersendiri.
Aku akan terus maju untuk membuka hati menerima kedatangan 2012."


Welcome to papa, chubby 2012! ececehh~
bye.


regards,
mr right.



notakakikudidalammulutmu : kepada sesiapa yang sudi nak share entry-entry aku, silakan la ye! jemput 'like' jugak. tak kena bayar pun =P

10 25 SARCASM BERKATA-KATA:

Rozuan Ismail said...

happy new year 2012 !!

nasha sanza said...

selamat tahun baru jugaak! semoga berjaya selalu..

Asy Faro said...

selamat tahun baru ye=)

Emmet said...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

Azham Vosovic said...

Kadang2 saya suka mengeluh kalau ditimpa musibah....tak baik sebenarnya kan? mcm kita salahkan Allah pula...semoga lepas ni sy tak mengeluh lagi....

*bro, update la blog selalu ;)

mr_right said...

@Rozuan Ismail

happy new year jugak rozuan!

mr_right said...

@nasha sanza

insyaAllah, amenn.. terime kaseh nasha. happy new year jugak:)

mr_right said...

@Asy Faro

terima kaseh asy. selamat tahun baru jugak keh.

mr_right said...

@Emmet

thanks emmet.

mr_right said...

@Azham Vosovic

betul tuh. setiap yang berlaku ada maksud tersirat kann..

insyaAllah, saya akan update nanti oke. thanks for coming here:)