ahli sarcasm

Thursday, March 31, 2011

dinner oh dinner !





hello !!
mr right sesaje nak update status ni..
memandangkan mr right pon agak bz an..
nak akhir2 sem2 ni, banyak plak dinner yang ade.
dinner tu laa, dinner ni laa...
aishh ! kadang2 mr right kena tolak sebab jadual pack !
(cewah ! padahal tade duit nak g dinner. hee)
n sok (jumaat; 1/4/2011),
mr right ade dinner astronomi..
walopon mr right ta berape aktif ngan kelab astronomi, 
tapi g gak.
buat kan Restoran Pan Mutiara, Bukit Maung.
dengar2 tempat ni best !
lagipon, sebab sume kawan2 mr right, sumenye pergi..
mesti bes an ! riuh !!! hee
baju da beli semalam. 
akhirnye mr right dapat gak baju yang diidam2kan ~~ haha
n next week mr right ade dinner Majlis Penghuni Desasiswa.
memandangkan mr right pon exco, so kena la pergi.
baju pon da beli semalam..
walopon ta bape 'Arabic Fusion', tapi okey laa..
kena la ngan citarasa mr right gak sebab mr right pon agak cerewet ! hee
beli kat area2 komtar n Perangin Mall kat Penang ni jek.
trus g pas abeh kelas semalam. gile semangat an ! ahah
ta mampu nak beli yang mahal2. sob3
nak tengok baju??
ala.. tade kejutan la kalo camtuh.
insyaAllah, t mr right buat entry sal due2 dinner ni keh !
tunggu ye ! hee


hm, final mr right pon nak dekat.
so, mr right akan jarang la update blog nii.
tapi jangan risau....
kepade sesape yang mr right da folo n yang juge folo mr right, insyaAllah mr right akan bace blog korang bile korang update keh !
untuk sesape yang nak final da cam mr right, semoga berjaya ye !
mr right lama lagi kat USM ni.
ade la dalam 2 taun ++ lagii. hee


okey la, jumpe lagi ek !!
daa ~~~

cakap la ape nak cakap..



" aku ta kesah ape yang korang nak cakap.. korang nak cakap aku ni jahat ker.. aku ni suke saketkan hati orang ker. yang penting, aku tahu ape yang aku buat. aku cume jadi diri sendiri.. Allah Maha Mendengar. Allah tahu sape yang benar, n sape yang salah. sekian, terime kaseh (:"





Tuesday, March 29, 2011

biarkan aku menangis ...

entry ini panjang. bacalah kalo mahu (:




"Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah kusyuk".
(Isra' , 17 : 109)


"Kami keluar bersama Rasulullah s.a.w dalam sebuah peperangan dan aku mendengar Rasulullah bersabda (yang bermaksud). "Diharamkan nerakan bagi mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah".
(Riwayat Al-Hakim)


     Setiap orang daripada kita pasti pernah menangis. Paling tidak pun, kita akan menangis sebaik sejurus dilahirkan. Bahkan jika seseorang bayi tidak menangis sebaik dilahirkan, maka doktor akan mengesyaki sesuatu tidak kena dengan bayi tersebut. Oleh itu, doktor akan sedaya upaya akan membuatkan bayi tersebut untuk menangis. Manusia menangis bukanlah semata-mata kerana sedih, tetapi seseorang akan menangis kerana kebahagiaan, penyesalan dan sebagainya.


     Masyarakat secara umumnya menganggap menangis adalah tanda lemahnya emosi seseorang dan menunjukkan ia perbuatan kebudak-budakkan. Malah is dianggap mengaibkan apabila pihak yang menangis itu adalah seorang lelaki. Justeru itu, lelaki lebih cenderung untuk memendam rasa dan menahan airmata daripada berguguran. Tetapi hakikatnya, kita harus sedari bahawa lelaki juga adalah makhluk dan mempunyai perasaan sedih, gembira, sayang, bahagia dan sebagainya. Oleh itu, tangisan lelaki bukanlah menandakan kelemahan emosi tetapi ia merupakan fitrah manusia apabila mengahadapi tekanan jiwa. 


     Ramai yang tidak mengetahui bahawa menangis bukanlah sekadar mengeluarkan airmata semata-mata, tapi menangis mempunyai nilai perbuatan yang sangat tinggi terhadap tubuh badan. Menangis merupakan penawar yang sangat berkesan terhadap sebahagian penyakit yang berbahaya. Dengan menangis, banyak penyakit mata dapat dicegah dan ketenangan jiwa dapat diredakan. Malah dalam perbuatan, apabila seseorang menahan tangisannya dalam keadaan yang mengharuskan menangis, maka perbuatan sedemikian dianggap tidak elok.


     Seorang pakar daripada Pusat Kajian Mata dan Air Mata, Dr William Frey menjelaskan bahawa menangis adalah kaedah yang berkesan untuk membersihkan mata. Ia adalah jalan yang paling selamat untuk meredakan ketenangan jiwa. Dalam kajian beliau mendapati bahawa air mata yang disebabkan oleh ketenangan jiwa mengandungi pelbagai hormon dan cas yang tidak stabil dihasilkan yang boleh membahayakan tubuh badan. 


     Kajian mendapati 85% wanita dan 73% lelaki berasa lega selepas menangis. Dengan ini, ia memberi isyarat bahawa dengan menangis, ia dapat membebaskan tubuh badan daripada bahan kimia yang menyebabkan tekanan jiwa.Air mata yang keluar menjadi egen penyucian mata dan membuang kandungan racun yang terkumpul akibat ketenangan jiwa, urat saraf dan emosi. Menariknya racun-racun ini hanya dapat dibebaskan daripada tbuh badan hanya dengan tangisan.


     Antara kebaikan yang diperoleh melalui tangisan ialah;

  1. Menangis dapat menyingkirkan zat-zat berbahaya daripada tubuh badan yang dihasilkan sewaktu dalam ketakutan(:
  2. Tangisan menyebabkan degupan jantung meningkat dan ia dianggap sebagai latihan yang baik kepada rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung menurun dan ia menghasilkan satu perasaan yang aman dan tenteram(:
  3. Arthur Frannk, seorang ilmuan di Amerika Syarikat berkata; " Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur2 beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti membiarkan tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. "(:
  4. Secara fitrahnya, perempuan lebih kerap menangis berbanding lelaki. Oleh sebab itu, secara umumnya perempuan mempunyai umur yang lebih panjang daripada lelaki kerana secara relatifnya perempuan mengeluarkan lebih banyak racun daripada tubuh mereka(:
  5. Saintis dan pakar mata berpandangan terdapat sebahagian peratusan tertentu bahan beracun dalam tubuh badan manusia hanya dapat dikeluarkan melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang kerap menangis lebih bebas daripada racun tersebut(:
  6. Kajian mendapati air mata mengandungi 25% protein dan salah satu daripada juzuknya ialah unsur Magnesium. Magnesium adalah unsur yang tidak seimbang dan ia boleh bertindak sebagai racun kepada tubuh badan. Unsur Magnesium ini hanya dapat disingkirkan melalui tangisan(:

     Akhir sekali, tangisan merupakan salah satu medium untuk menguatkan jiwa. Orang yang selalu menangis dalam urusan akhirat selalunya mempunyai ketahanan jiwa yang unggul dan kental. Mereka sentiasa kelihatan tenang dan wajah mereka bercahaya dan dapat meredupkan mata yang memandang. Justeru itu, sebaik-baik tangisan adalah menangis kerana Tuhan. Menangislah di atas keterlanjuran maksiat yang dilakukan. Itulah tangisan yang paling bermakna bagi-Nya(:

sumber: Artikel Pusat Pengajian Sains Fizik USM

ftnote : hanya berkongsi..

     

Sunday, March 27, 2011

tanx for...

prince will love his princess forever

psst,, i'm just okey (:

Saturday, March 26, 2011

SALAM TEMAN DUNIA (':





hai teman, 
teguran kami ini bukan untuk meninggi,
sisipan kami pula bukannya memaki,
hanyalah untuk kesedaran diri??
bersama bangsa menginsafi..


hai teman,
susuri rintihan ini,
sebentar bersama muhasabah diri,
atas cinta kita hayati,
bukan sekadar untuk didengari..


wahai teman,
dengarlah apa yang teman lain katakan,
itu bukan sekadar rintihan,
untuk bangsa dibelas kasihan..


dengarlah apa yang teman lain katakan,
memang,
itu bukan sekadar rintihan,
percayalah,
ia bukan rintihan,
rasailah,
ia bukan sekadar atas nama rintihan..


di dunia maju,
temanku berjalan kesesatan,
di dunia mundur,
temanku bangkit kelaparan,
di dunia membangun,
bangun pula teman menuntut keadilan !


mana alas untuk perut?
mana air untuk disedut?
mana tempat berteduh jika kecut?
manalah tempat untuk berpaut?


persoal teman bangsa yang diragut,
namun jawapannya mungkin hanya maut..


ini dia alas untuk perut,
ini dia air untuk disedut,
ini tempat berteduh jika kecut,
inilah tempat untuk berpaut..


jawab pula kita bangsa menyahut,
namun,
jawapannya mungkin tetap maut..


pandanglah sini teman,
berpuisi kami tidak pandai,
namun,
kami bukan seekor keldai,
hanya memandang dunia tersidai,
dipelopori kekejaman bangsa bermahligai..


telinga hanya dengar?
mata pula ditutup?
mulut hanya tercengang?
bila bangsa dicekup..


kaki berdiri tegak,
tangan pula diterkup,
bila leher dipancung,
selepas kepala diserkup..


salam teman...


nak pegang senjata kami tak mahir,
nak berlawan tak terlawan zahir,
tapi ingatlah !
pesan kami yang terakhir,
keamanan di dunia bukan untuk dibazir..


teman.. teman.. dunia..
sukri yusof
...................





ni jangan salah paham..
ini partner mc mr right malam tuh :P



sajak ni mr right n kengkawan mr right baca mase ade Malam Seni Persembahan kat matriks dulu..
kitorang buat pentomen. huu

sangat seronok !
sangat rindu !
sangat memori !
sangat kenangan !

sukri, daus, sheeqal, faiz, zahid, zul, zaidi, fadhli, afiq, husna, farehah, diyana, wan fadhilah, syafiqah...
dan yang laen2..

sumenye 20 orang termasuk mr right.
10 lelaki, 10 perempuan (:


sampai situ je ye !
k la.
bye !
"SALAM TEMAN SEDUNIA" :')














Gratisan Musik

Friday, March 25, 2011

no title -_____-"



  • assignment geology
  • test geology
  • lab report geology
  • latihan bm
  • test wave,vibration & optics
  • assignment optics
  • quiz modern physics
  • IOP english
  • assignment english
  • protokol majlis makan malam ARENA
  • pendaftaran majlis makan malam ARENA
  • teks MC malam ARENA (sok malam nak draft)
  • nota final (wajib buat)
  • soalan past year (kena sentuh gak walopon sibuk. huu)
  • meeting ARENA (akan jadi setiap malam ade meeting)
  • meeting Persatuan Sains Fizik (senin pagi)

=.='

kebanyakannye kena hantar next week.





pengsan T_T


terime kaseh atas kepercayaan (:

assalamualaikum sume !
hye ! mr right baru abeh wat assignment.
tapi assignment laen ade lagi laa..
tadi mr right g AGM.
AGM tu ape?
AGM tu Annual Grand Meeting..
mr right g untuk skul mr right; Sains Fizik.
so tadi ade la perlantikan baru untuk jawatan2 dalam organisasi nii..


so, ni antara orang2 kuat dalam organisasi tuh.
tahniah kepada Faizal kerane dapat title 'YDP'..


(akhirnye, dapat gak ko title tu an!)
tabit YDP !!


tahniah juge kepade aman kerane pegang title exco untuk geophysics ye..


exco geophysics yang terbaru (:


n kepade rumet; Zul kerana kena pegang duit pasni (bendahari).


OKB>Orang Kaya Baru..

dan kepade yang laen2 juge, tahneah !
kite same2 berganding bahu untuk buat yang terbaek ek !


alhamdulillah, 
mr right diamanahkan untuk jadi setiausaha agung..
besar tanggungjawab nii..
insyaAllah, mr right akan cuba sebaek yang mungkin.
bloggers tolong doakan mr right keh !
terime kaseh (:
mr right budak baru belajar


ftnote: mule2 bile dapat jawatan ni, mr right tanye pade diri sendiri;
"ade cop yang ade tulis perkataan 'surat' ke kat dahi aku??" 
asyik kena deal ngan surat jekk... =.='


k la, bye !





Thursday, March 24, 2011

bile kami meroyan !

hello readers !
sehat sume nyee?? 
mr right cani laa..
ta jemu2 menghadap lappy n update blog nii. hee
baru balik kelas sebenar nyee..
skg mr right saje je nak share sal 'time meroyan' mr right n dak2 mpdr (Majlis Penghuni Desasiswa Restu).
hahah..
jangan terkejut plak tengok gambar2 nii..
tarik nafas dulu, n lepas ye ! huu
tadaa~~




























haha.. ni sume muke2 tension kat bilik meeting.
mase ni da nak dekat pukul 2pagi.
(patot la an)
n sok nye (hari ni) mr right ade test mandarin n mase ni, mr right ta bace hape pon lagi n kelas mr right pukul 8pagi.. 
sangat berani mati ! haha
seb baek bole la gak jawab tadi walopon ~~~ :P
n saje nak tegaskan,  segale yang terpapar di sini tade kena-mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia ~ ahx


k la guys !
jumpe lagi ngan gambar2 meroyan yang laen ek !!
hee..
tata !!!!
(:





Wednesday, March 23, 2011

saye dapat 10A ! yah0o ~~





assalamualaikum sume !
sengal tak tajuk entry ni? hee
ha !! rini kua result spm an??
mesti adik2 yang amik spm, risau gile sal result masing2 an??
'abg' mr right dulu pon camtu gak.. huu
memang malam sebelum tu tale tido la !
even pagi nak g amik result pon still ketaq.
orang kedah kata; ketaq lutut eh ! :P
tambah2 hari sebelom nak amik result, 
'abg' mr right baru balik dari plkn..
memang ta sempat nak rehat laa..
terpaksa la muhasabah diri jap before g amik result tuh.
engat balik ape yang telah jawab dalam exam dulu.. heh
sangat p0yos !


huu.. memang agak cuak la.
tapi 'abg' mr right pergi jela amik.
tade la dapat 20A1 ker..
result besa2 jaa.. heh
tapi agak kecewa la sebab ta capai target an..
tade rezeki kan..
well, cam orang selalu cakap laa..
"bukan semua benda yang kite nak, kite akan dapat kan"
pape pon, 'abg' mr right percaye akan takdir.
mungkin bukan rezeki 'abg' mr right mase tuh..
so, 'abg' mr right teruskan belajar ke matrikulasi (kmPk) n sampai sekarang nga sambung degree kat usm dalam geofizik.
alhamdulillah:)


"bukan senang untuk jadi senang"
segala kejayaan perlukan pengorbanan.
'abg' mr right engat lagi dulu mase spm,
teap2 ri 'abg' mr right menelaah buku addmath sebab ta paham mende ape yang cikgu addmath ajo !
buat banyak2 latihan pon ta paham gak. huu




same la jugak ngan kimia, fizik n naseb baek 'abg' mr right ta amik biologi ! hee
kalo tak, memang pitam la kat situ. haha
tapi sume tu menjadi kenangan terindah dalam hidup kite.
kenangan di sekolah bersama rakan-rakan amat berharga..
tale dapat kat mane2 .
kat sekolah la adik2 dapat rapat ngan cikgu2, rakan2..
mungkin adik2 juge akan jadi seperti 'abg' mr right yang akan merindui setiap detik kenangan di sekolah dulu2. huu
syukur, 'abg' mr right sambung dalam bidang sains fizik bile kat matriks sampai sekarang..
okey ! suda ! ta nak emo2 ye !! hee




anyway, kepade adik2 yang nak amik result spm rini, semoge berjaya ye !


kepade yang dapat result cemerlang, alhamdulillah dan tahniah n teruskan usaha itu ! usaha lagi bagi ibu bapa adik2 bangga lagi dengan setiap kejayaan adik2. perjalanan adik2 bukan terhenti di sini ye ! usaha keras lagi ! chaiy0k2 :)


n kepade yang kurang berjaya, jangan risau. perjalanan adik2 bukan terhenti di sini saje.. panjang lagi perjalanan adik2. usaha tu penting ! mungkin kali ni bukan rezeki adik2 n Allah akan balas di kemudian hari. sape tahu kan? jangan putus asa n cube yang lebih baek lagi pada masa akan datang. kuatkan diri untuk mengahadapi hari-hari yang mendatang(:


so, 'abg' mr right nak share sikit.
ni gambar2 'abg' mr right mase zaman sekolah (:










okey la !
cukup2 la tu an.. heh
'abg' mr right baru balik dari geology lab nii..
kepale pon still pusing2 ! haha
bye ! 


.:pesanan seorang abang kepade seorang adik:.



Monday, March 21, 2011

blogspot sepatotnye ade notification cam facebook -_____-"




assalamualaikum people !
apa khabar sume??
mr right baru balik kelas..
walopon baru balik, tapi tetap gak menghadap lappy nii.
update blog ~~ hee
ni mr right nak cite sal notification blogspot..

korang perasan tak kalo sesape komen entry korang,
mesti tade notification an??
memang ade kat ruang 'comment' tu, 
tapi kalo ta tergerak nak klik, tade laa.. huu
n kite sendiri yang kena alert mende2 cani. huu
kalo ta perasan, ta menjawab la komen blogger2 tuh..
sian diorang kan.. 
kadang2 mr right pon ta perasan.
kalo ade notification cam facebook kan senang.



at least bile kite da bukak dashboard masing2,
tau la sape yang da komen, sape yang baru jadi follower kite, bla bla bla ....
kan lebih senang kalo camtuh.
diorang yang da follow kite n komen entry2 kite, tade la rase cam 'keseorangan'.
at least bile kite da balas komen2 diorang, so secare ta langsung, diorang sume akan rase cam dihargai..
tade la kite wat ta tau je kan ngan komen diorang tuh..
tapi kepade sape ek kite nak wat aduan sal mende ni ek??
(cewah ! cam wakil rakyat plak an. hee)




same la gak ngan 'like' button tuh.
ta kire la sama ade kat dalam facebook ke or blog.
orang yang 'like' status or entry kite mesti bagi diorang,
status or entry blog tu maybe ade kaitan ngan kehidupan diorang..
tak pon, bagi diorang status n entry tu LAYAK untuk di'like' sebab bes !
hee.. secare ta langsung, orang yang buat status n entry tu akan rase die dhargai jugak..
cam cycle laaa.
kite memberi, orang merase :)


mr right ase memang patot la sistem 'notification' ni ade.
senang untuk kite bagi blogger n kepade sume yang follow kite.
kat sini mr right nak ucapkan terime kaseh banyak2 kepade yang sudi follow mr right ye !
mmmuuaahhhh !!!! 
cam ucapan menang grammy awards plak an. hee
=.='


p/s : lumrah manusia untuk rasa dihargai dan menghargai (:


bye !