ahli sarcasm

Wednesday, August 31, 2011

SEGMEN KIBARKAN JALUR GEMILANG DI BLOG ANDA ! [ INI STICKY POST ]

Assalamualaikum semua.
hye. pepagi buta ni mr right nak bagi tau orang kampung semua yang mr right akan buat satu segmen.
tapi bukan mr right sorang saje yang jadi penganjur tau ! ade lagi seorang kawan mr right yang turun padang sama. kawan mr right tu yang ni; Pateh Adnan.
segmen ni semata-mata untuk mengingati hari kemerdekaan kita nanti yep !
tak susah pon korang.. 

RULES :

1) Follow blog mr right /  Pateh Adnan kalau nak. kalau follow lebih senang untuk tahu update.
2) Buat entry pasal SEGMEN KIBARKAN JALUR GEMILANG DI BLOG ANDA !
3) Letakkan poster segmen ini di entry anda.

POSTER SEGMEN

4) Sambung ayat ini; "Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana ...... " (maksimum 50 patah perkataan)
5) Letakkan banner segmen ini di sidebar blog anda bagi menandakan anda telah join segmen ini.

BANNER SEGMEN

6) Tag kepada 3 bloggers.
7) Link-kan entry anda itu ke entry mr right ini.

#Penyertaan yang paling KREATIF (guna lukisan @ banner @ etc) akan memenangi satu kad raya eksklusif setiap daripada kami bertiga dan blog beliau akan di-review selama 3 hari.

Tarikh akhir segmen ini pada 31 Ogos 2011 jam 11.59 PM.

Haa.. tak susah kan? senang jek. jom pakat-pakat join ! ajak kengkawan semua oke ;)
Marilah kita semarakkan semangat kemerdekaan kita di samping memeriahkan Aidilfitri yang bakal menjelma.

bye ! 



ftnote : entry ni tade segmen review;)










NUFFNANG : 6 BLOG YANG MENARIK PERHATIAN MR RIGHT !

Hye. niat di hati nak berehat dari blogging sempena rayer tapi bile pikir balik, macam rugi plak kan mr right tak join event dari Nuffnang neh. bukan senang ye edak? 
Nuffnang ade buat event pasal 6th Blog Day sempena meraikan Blog Day !
mr right nak cerita pasal blog-blog yang mr right suka. kalau cerita pasal Terfaktab, The Other Khairul, abg Eqbal Zack, etc.. confirm korang kenal kan;)

NUFFNANG : 6 BLOG YANG MENARIK PERHATIAN MR RIGHT !

Kemain tajuk nak vogue segala kann. apedehall.. haha. 
oke, serius. ni blog yang menarik hati mr right sejak blogging^^
turutan di bawah bukan membawa makna apa-apa oke. 

**********

1) Bernafas Dalam Ego >> http://apihelnino.blogspot.com/  
     :: Serius mr right sangat suka belog neh. mr right ade tulis pasal belog ni dulu.. sebab ape? hurrmmm. maybe tulisan beliau lebih kurang macam Terfaktab kott. mr right suke Terfaktab. tulisan beliau ala-ala novel gituww.. jenis blog ni bukan blog peribadi. lebih kepada 'cerpen' pendek^^ 

2) D ~ >> http://daimhar.blogspot.com/
     :: Seriously, mr right bukan minat blog beliau sebab beliau kawan mr right tapi cara tulisan beliau. dan his drawing.. walaupun nampak 'simple' (lalalalala~) tapi sangat paham. jalan ceritenye. ade orang puji beliau kat blog mr right dulu. kembang la kan?? haha. baru-baru ni beliau ade buat cerite tau ! ala-ala cerite bersambung dan korang le pilih ape jawapan seterusnya untuk setiap episod. cool kan?? pergi la tengok;)

3) Pateh Adnan >> http://patehadnan.blogspot.com/
    :: Pemilik belog ni sangat meminati Harry Potter. cerite Harry Potter memang minat die. tanye la ape saje mesti tahu. hee.. belog ni ade jugak segmen beliau yang tersendiri. beliau buat segmen review dan segmen download. kalau mr right ta silap lah. cool kan? dats what we call IDENTITY. create something by your own n not copy from others. i like it !












4) Fqh.m >> http://foreverandalwayspage.blogspot.com/
    :: Ini sifu mr right. oke, da banyak kali mr right cakap kat beliau camni. harap beliau tak rimas laa.. haha. but yahh. betol. mr right start nak buat blog sebab beliau lah. photoshoot? memang bagi kat beliau tapi beliau kata da tak buat dah photoshoot sekarang neh. da malas katanye. huu. blog beliau lebih kepada isu semasa. seronok bace. pasal puasa, sentap, n bla bla bla.. nak bace?? cube klik link tuh !

5) Makmal Hana Foswana >> http://hanafoswana.blogspot.com/
    :: Budak ni kawan USM mr right. baru je buat belog, da ramai followers. hebat ! mr right ade jugak tanye ape tipsnye, beliau cakap beliau buat blog pasal isu semasa. means, skop penceritaan blog beliau bukan dalam skop yang kecil lah. beliau cerita pasal isu hipokrit, merdekaraya dan banyak lagi. dan yang paling menarik beliau mesti buat 'hipotesis' dekat akhir setiap entry beliau. sangat sains kan kau ~ tau la dak biology. hahahha

6) Blog Budak Kuat Perasan >> http://aremieroul.blogspot.com/
    :: Ini le katakan junior mr right tapi bukan junior dalam blogging sebab beliau lagi hebat. followers berduyun-duyun. junior dari segi umur sahaja. belog beliau jenis pendapat. I mean, beliau cari satu tajuk dan buat satu entry dengan pendapat beliau which is I think sangat ade potensi kann. lately ni banyak buat entry pasal keagamaan. mungkin sebab ramadhan kott. tett ~ lawak jek=P

**********

Fuh ! penat mr right taip satu-satu untuk segmen Nuffnang malam rayer neh. 
kepada bloggers yang mr right ta sebut dalam entry ni, jangan la sedih oke. Nuffnang bagi limit sampai 6 blog jek. kalau tak, nak je mr right tulis semua. hehe.
tapee.. jangan risau. anda semua tetap menjadi blog pilihan hati mr right. ecececeh ~ ayat nak power je kann. bukan bodek ek ! hee

Ahli Nuffnang sekalian nak join? cepat ! jap lagi nak tutup dah><

Oke la guys. nak pi sambung makan rendang ! wee ~~
saje gedik nak letak gambar rayer=P


gambar semangat di pagi rayer. cer teka mane satu mr right??
mesti korang nak cakap yang tengah kann. KAHKAH
(gedik gila nak suh teka-teka. haha)


bye ! Happy Blog Day & SHRMZB !!




ftnote : alhamdulillah, dapat duit rayer dari Nuffnang. ta banyak pon tapi boleh lah><





Sunday, August 28, 2011

UPDATE "SEGMEN KIBARKAN JALUR GEMILANG DI BLOG ANDA ! "

Assalamualaikum semua.
masa mr right tengah tulis tentang update SEGMEN KIBARKAN JALUR GEMILANG DI BLOG ANDA ! , maknanye tarikh tutup untuk contest ni makin dekat iaitu lebih kurang tiga hari sahaja lagi.
tarikh tutupnya adalah pada 31 Ogos 2011, 11.59 pm.

klik untuk join ek(:

Dalam entry ni mr right bukan nak bagitahu siapa pemenangnye, tetapi mr right nak update tentang senarai penyertaan yang sudah join segmen mr right ini(:

Senarai penyertaan adalah sepert berikut :
  
1) D~
12) Lyn 

    Itulah senarai peserta yang sud join segmen yang dianjurkan oleh due kawan mr right ;  MY WORL4 & Pateh Adnan dan mr right sendiri.
    walaupun segmen ni hanya mengambil masa lebih kurang dalam masa seminggu, bagi mr right yang maseh baru dalam dunia blogger ni, mr right pun sangat bersyukur sebab jumlah penyertaan melebihi 10 bloggers. sangat berterima kaseh kepada yang sudi join ek.

    Dan kepada sesiape yang masih belum join segmen ni, korang maseh sempat nak join. mr right pun tak sempat nak bw ke setiap blog nak jemput, jadi kepada yang terbaca entry ni, anda automatik dijemput ek !
    nak kad raya esklusif dan review blog dari mr right selama tiga hari ?? jangan risau, masih sempat lagi ni nak kibarkan jalur gemilang di blog anda. hee

    Keputusan mengenai segmen ini akan diumumkan dalam masa yang terdekat ye !

    Apa-apa pun, b'sederhanalah dalam menyiapkan persiapan raya oke;) 

    SELAMAT HARI RAYA, MZB !

    see yah !

















    Thursday, August 25, 2011

    SPONTANEOUS THURSDAY #1


    "Tatkala kita sedang sibuk menghitung hari untuk beraya, syaitan pula sedang menghitung hari untuk merdeka."


    FANPAGE FB ST : [ SINI ]



    Wednesday, August 24, 2011

    WORDLESS WEDNESDAY #7

    hyepeeps !
    terus mengidam ni lepas makan kat Sunway Piramid mase reunion rituh.
    just guess what is this? it's korean food^^v

    MySpace


    Maksud Wordless Wednesday : 
    Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :) 
    ::tapi mr right da letak hint kat atas tuh. haha


    bye !







    LAGU RAYA oh LAGU RAYA !!

    Hello people .
    korang sendiri mesti dengar kan macam mane girangnye kat stesen-stesen radio dan televisyen memasang lagu raya . memang time-time macam ni sangat meriahla kan nak dengar lagu raya ke ape.
    tambah lagi kalau tengah duk pilih baju raya , pastu dengar lagu Balik Kampung by Arwahyarham Sudirman.
    perghh ! masyukk kott><''
    tapi mr right pernah dengar kalau kita pasang lagu raya awal-awal, penghuni kubur akan menangis.
    betul ke tak tu, wallahu'alam..

    Mr right pasti korang semua mesti ade lagu raya kegemaran kan. asal dengar lagu tu je, mesti semangat nak beraya !
    tapi lagu-lagu raya yang evergreen je yang sedap didengar. walaupun mr right sendiri tak suka lagu lama-lama tapi kalau bab lagu raya, memang tak bole nak dinafikan an.
    memang layan je kalau dengar. tapi kalau zaman era sekarang, lagu raya Dato' Siti memang sangat masyuk laa. mr right rasa lagu beliau je yang hit pun kalau ade punn.
    mr right bukan ta cakap yang lagu raya orang lain tak best, cuma kalau kita dengar lagu Dato' Siti, agak lain sikit feel nye. hehe
    tamau la kondem mana-mana retiss kan, takut nanti Azwan Ali datang blog mr right dan datang marah-marah macam kes..... tettt ~


    Balik Kampung versi cover Matluthfi90 =P


    Kadang-kadang mr right terpikir macam mana agaknye perasaan budak-budak yang sedang belajar kat oversea tu yang tak dapat balik beraya kat Malaysia.
    asal rayer je, mesti ade page khas kat dalam surat khabar untuk ucapan-ucapan dari perantauan dari mereka.
    dan kadang-kadang mr right sendiri teringin nak rasa macam mana diorang rasa. tak dapat balik Malaysia untuk beraya dengan keluarga terchenta. LOL ! gila punya olang !!

    "berdendang mari berdendang.... " ewahh !


    Lagu raya ni mesti jadi kegemaran korang kan kecuali kepada sesiape yang tak minat Dato' Siti la. haha
    lagu ni antara lagu wajib rasanya. lagu wajib kalau aidilfitri menjelma. seronok !
    kadang-kadang mr right pun karok sekali. ade kesah lagu perempuan ke lagu laki??! asalkan lagu raya ! haha




    merah bibir Kak Pah ! hee


    Ini memang nostalgik gila kann. itu la mr right da cakap yang lagu-lagu raya yang lama lagi cukup rencahnye dari lagu yang baru neh. lagu P Ramlee, Saloma pun sangat menusuk kalbu .
    ade jugak lagu-lagu raya yang baru ni yang merapu. tah ke mana feel-nye ! heh. pandai je nak kritik lagu orang.

    Mr right tak pasti kalau tahun ni ade lagu rayer sebab bukan senang lagu rayer yang berkualiti nak keluar kan.
    mr right pasti lagu rayer yang paling diminati ramai mesti lagu rayer Anuar Zain & Ellina tu kan. comel je suara diorang mase kecik-kecik dulu. memang popular la kan. padahal lagu tu dah berkurun. Anuar Zain sampai sekarang masih lagi bujang trang tang tang ~ haha

    BILA MR RIGHT NAK RELEASE SINGLE RAYA PULAK?

    Hmm. macam tajuk dekat atas tuh, ni la soalan yang sering mr right dapat daripada peminat-peminat.
    bak kata pepatah; Ditelan mati mak, diluah mati bapak.
    asyik tanya bila nak release lagu raya. al maklumlah, baru lepas menang Anugerah Planet Pluto ritu. nak buat macam mane. terpaksa la layan kann... (dengan nada yang penuh riak)
    DANGGG ! tetibe kena lempang sebab terlebih perasan. ahha
    tade nye mr right nak buat lagu rayer. sampai bila-bila la kot mr right nak jadi retiss ke ape ke. peminat pon tadak !
    suara ni kalau nak nyanyi, melalak sorang-sorang, boleh la. kalau nak bagi orang lain dengar, rasanye terkeluar darah jugak hidung diorang-diorang tuh.
    MySpace


    (tuned kepada mood baek)
    Apa-apa pun, marilah kita muhasabah diri pulak. semakin dekat nak rayer, semakin hampir ramadhan nak tinggalkan kita. 
    adakah kita berpeluang untuk menemui ramadhan pada tahun hadapan? banyak-banyak kan lah berdoa yep(:
    semoga segala amalan kita sepanjang bulan ramadhan neh diterima olehNya kan.

    Tetibe sekarang terngiang-ngiang nasi impit, lontong. wow ! itu sangat peberet di pagi rayer.
    untuk kuih rayer pulak, yang mr right tahu cuma almond london, bahulu, cornflakes madu dan yang laen-laen cuma bantai masuk dalam mulut jek. yang penting sedap. banyak kuih rayer yang mr right ta tahu nama die. and again, yang pasti kuih yang sedap tu ialah kuih rayer yang evergreen ~









    Ok la korang. sampai tu je nak merapu. 
    dah lame sebenarnye mr right tak merapu dalam blog neh tapi insyaAllah bukan macam dulu.
    insyaAllah mr right akan lebih matang dalam penulisan neh. ecewahhhh ! kalau korang nampak entry-entry mr right yang dulu kat LinkWithin bawah tu, jangan la klik. kalau klik, nescaya anda akan terkejut dengan entry yang tak tahu hala tuju tuh. haha. tapi kalau nak klik, mr right oke jek;)

    till then, bye !


    ftnote : dah bole dapat rasakan yang tahun ni tak akan dapat duit rayer ! haha. so, ape lagu rayer kegemaran korang pulak?? cer cite ! cer cite !







    Tuesday, August 23, 2011

    SILA COUNTDOWN SEMESTER BARU INSTEAD OF COUNTDOWN UNTUK RAYER !

    Hye people ;)
    paham tajuk tuh? haa.. lepas raya ni mr right akan masuk semester baru. semester 3 kat USM. udah jadi senior second year dah pun. cepat ye masa berlalu.
    oke, segala macam perasaan da ade sekarang. cuak, sedih, gembira, sayu etc.
    itu lah. sapa suruh kementerian bagi cuti lama sangat. kan da liat nak start semester baru. huu

    Excited nak beraya tu memang la ade tapi cuma 12 sept nanti dah kena daftar semester baru pulak.
    adik-adik yang baru nak daftar, lagi la awal kena masuk kan. beraya kat uni la korang ! haha
    naseb baek mr right tak mintak jadi fasi ke ape sebab kalau jadi, kena datang uni awal-awal kan.
    ta mau lah ! nanti peningkan diri sendiri jek. orang sibuk bagi cuti, gediks nak buat kerja la , ape laa.. 
    nanti bila da masuk semester, mula lah tergediks-gediks nak balik rumah la kan. ops ! lazer ~
    tapi baguih jugak depa suma masuk jadi fasi. itu menandakan depa suma rajen untuk bantu junior-junior dan ta malas macam mr right ni kan. KAHKAH

    ni ramai bersetuju ta sabar nak start sem ke atau ramai yang liat nak start sem? haha

    Setelah satu semester tiade subjek yang ade empat unit, next semester mr right ade.
    omaigod ! gabra paper Physics Mechanics, calculus masa semester satu hari tu pun ta habis lagi dan sekarang trauma 4 unit da datang kembali. untuk subjek Complex Analysis and Differential Equation.
    hamboyy ! dengar title pun da buat mr right ketaqq lutut. heh
    anyway, ni subjek-subjek mr right untuk semester depan :

    1) Comples Analysis and Differential Eq (ZCT 210/4)
    2) Vector Analysis (ZCT 211/2)
    3) Meteorology I (ZGT 265/3)
    4) Solid Earth Geophysics I (ZGT 266/3)
    5) Exploration Geophysics I (ZGT 268/3)
    6) Geophysics Practical  (ZGT 295/#)
    7) Academic English (LSP 300/2)
    MySpace


    Untuk semester ni mr right da lari sikit dari physics and more to my major course ; Geophysics. 
    memang lega sebab makin lama makin da tak ade physics. hee. kengkawan yang still amik physics, jangan marah nah ! heheh
    tapi nak ta nak, memang kena harungi la kann. tape, insyaAllah mr right akan buat yang terbaik.

    Niat di hati sebenarnye tak sabar nak internship dan terus habis belajar. tapi bak kata senior-senior; "enjoy your life first" ..
    bile pikir-pikir balik, betol jugak kan. orang cakap kalau da habis belajar nanti, mula la teringat-teringat kisah-kisah silam masa belajar kan. pasal stress nak jawab kuiz, assignments , cinta monyet ~ HAHA

    Bila da lebih kurang setahun menempuhi alam universiti, sekarang rasanya mr right dah boleh adapt life kat uni kott. tambah-tambah nanti bila dah ade junior kan. takan la mase tu nak tunjuk yang kite terkedek-kedek ta reti camne lifestyle uni kan. oke, bunyi nye sangat ego di situ. haha
    kalau dulu masa first year, memang la agak tercari-cari macam mana sebenarnya lifestyle kat uni ni, tapi selepas dah dapat geng-geng yang boleh masuk, kire macam dah bole kawtimm=P

    Sebenarnya mr right memang tak ade mood nak update tapi itu lah. macam mr right bagitahu dalam entry yang lepas, bila mood malas tu mari, mase tu la jari ni sebok jek nak menaip kan. haha

    Untuk korang yang akan start semester baru jugak semester depan, good luck jugak ek !
    jangan makan lemang ketupat banyak sangat, nanti bertambah-tambah liat nak start semester baru. hee


    Nak tengok 'drama' bersiri versi doodle yang cool? klik [ SINI ]


    bye !

    SEGMEN REVIEW
    : Tiada Kepalsuan
    : Aku Tak Sakai










    ftnote : azam next semester, nak jadi pelajar biasa yang hanya fokus kepada study jek><


    - SAMBUT MERDEKA KE SAMBUT AIDILFITRI ?




    Monday, August 22, 2011

    SAMBUT MERDEKA KE SAMBUT AIDILFITRI ?

    Assalamualaikum semua. da hari ke 22 kan?
    insyaAllah mungkin aidilfitri kite akan jatuh pada 30 hb dan mungkin juga 31 hb. kite ta tahu tapi yang pasti, sambutan kemerdekaan kita pada 31 hb Ogos kann.
    kite sangat bertuah kerana tahun ini kite akan menyambut dua peristiwa yang paling besar maknanye dalam diri kite. macam ade kesinambungan plak kann.
    dari sudut pandang Islam, kite menyambut hari RAYA aidilfitri sebagai tanda keMERDEKAan bagi umat Islam setelah berpuasa selama sebulan kann. nice !

    Korang semua mesti da siap beli barang kan. baju raya, langsir raya, tukar duit rm1 sekeping-sekeping kat bank untuk bagi kat anak-anak buah nanti dan mesti ade juga yang tengah sibuk buat kuih raye kan.
    mr right ta berkesempatan nak rasa macam mana 'seronoknye' buat kuih raya memandangkan parents mr right pun bekerja kan. so, memang beli instant punye kuih raye lah.
    tapi kalau balik kampung, ade la jugak rasa macam mana seronoknye buat kuih sebab tengok mak saudara buat kuih cornflakes coklat. w0w ! peberet dehh. hee
    MySpace(sambil nyanyi lagu twinkle twinkle little star)

    Tapi yang pasti, alhamdulillah puasa kali ni sebulan cukup-cukup dapat berpuasa kat rumah sebab cuti sem. lepas raya dah nak kena masuk USM balik. malas je rase. itu la kann. siapa suruh bagi cuti lama sangat. hee
    memandangkan mr right pun tak duduk asrama dulu, so cuma dua tahun mase kat matriks dan kat USM first year yang lepas jela tak boleh puasa penuh fully kat rumah kann.

    SEMANGAT BERAYA SEMAKIN HAMBAR

    Betul. mr right sendiri rasa yang feel nak raya tuh da kurang. mungkin dah besar dan tak ade sesape nak bagi duit rayer kott. kalau dulu pusing satu kampung nak kutip duit raye ! kalau ta penuh poket, memang tak akan balik rumah opah. haha
    tapi itu dulu.. bila dah besar ni, tak kan lah nak pergi beraya rumah orang dan mintak duit rayer pulak kan. nanti orang cakap kite ni terencat plak. hee
    kalau dulu baju raya mesti kena berpasang-pasang.. tapi sekarang dah tak kisah pon. baju raya yang tiga tahun lepas pun elok lagi. masih boleh nak pakai. mungkin bagi lelaki jela rasa macam ni tapi bagi perempuan, memang tak sah la kalau beraya tanpa baju kurung, baju kebaya baru kan. *sigh



    Sekarang kompom semua tengah sibuk nak beli barang-barang kan. semalam mr right keluar serius ramai><
    memang sesak gile lah. iyela.. memandangkan hari sabtu dan staf kerajaan pun baru je dapat bonus, so mesti orang nak keluar beli barang kan. semangat beraya diorang neh !
    btw, tak ade feel la kalau beraya tanpa pasang pelita kan.
    tapi memang susah la nak nampak orang pasang pelita sekarang kecuali kat kampung-kampung.
    orang sekarang da gantikan pelita dengan lampu kelip-kelip tuh.
    itulah nama nye TRADISI vs MODEN . ala.. tak kesah la kan. asalkan meriah^^
    puasa tahun ni sangat cepat masa berjalan. mungkin faktor suasana. faktor umur?! hey !!

    Dalam sedang bersuka ria menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tuh, jangan pulak kite lupa nak sambut hari kemerdekaan kite pulak kan. tak bermakna kalau pasang bendera kat tiang rumah je, terus merdeka.
    merdeka bukan hanya pada zahir semata-mata tapi juga cara kita berpikir, mentaliti kita.
    yup. perkara ni sering kita dengar. 
    bebas dari penjajahan minda n bla bla bla..
    mr right tak nafikan sebab itu perkara benar. sebagai rakyat Malaysia, kite seharusnya bebas daripada penjajahan dari segi pemikiran. contoh paling mudah ialah judgemental & sifat suka menindas atas kelemahan orang laen dengan merasakan diri sendiri begitu sempurna daripada orang lain.

    Kalau mase sekolah dulu, teap-teap sambutan kemerdekaan mesti ade event. ade pertandingan melukis poster laa, teater, reka cipta, deklamasi sajak dan etc..
    tapi semua tu da lame dah mr right tinggal. 
    rindu jugak bile t'engat balik kan.
    sebab tu mr right pernah dengar yang musim persekolahan adalah masa atau tempoh yang paling menyeronokkan. mase tu kite innocent so tiade timbul isu dengki-mendengki, tikam belakang n etc macam ape yang kite alami mase dah meningkat dewasa neh. pengalaman hidup. tettt ~
    tapi bile da lepas alam persekolahan, semua tu dah tak akan kite rasa. memang payah. kadang-kadang sambutan kemerdekaan orang buat endah tak endah je kann.

    Oleh itu , disebabkan kite semua akan menyambut hari kemerdekaan dengan aidilfitri , so semangat tu kena la makin membuak-buak kan.
    kalau dicampurkan MERDEKA + RAYA = .... so ape jadi?
    MEREKARAYA? REKARAYA? ape-ape jela.. korang cube create ! 
    it should be fun ;) hee

    Okey lah korang. teruskan berjuang dalam menghabiskan puasa anda oke. tapi niat tu kena la betul. jangan niat nak habiskan puasa semata-mata tapi niat kerana Allah swt.
    kejap je lagii. dan kepada sesiape yang dah beli baju raya tuh, jangan tenung-tenung sangat ek. nanti 'timbuih' plak baju raya tuh=P
    bai people~

    SELAMAT BERPUASA, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !


    SEGMEN REVIEW
    #lets meet up, bloggers !
    ftnote : mr right ade sindrom bile malas nak tulis, tetibe jari ini menaip sampai berjela-jela panjangnye macam entry neh. maap kalau terlalu panjang untuk dibaca=="





     


    Saturday, August 20, 2011

    JAUH PERJALANAN, LUAS PENGETAHUAN .

    Hyepeeps ;)
    korang pernah pergi ke luar negara? ke mana?
    mr right ade la berpeluang sekali pergi tengok tempat orang. baru bulan 5 yang lepas.
    itu pun sebab ade rountable discussion dengan uni sana. tu pon kejap jek. pastu jalan sakan lah. HAHA
    kalau tak, memang mr right ta jejak la ke negara orang.
    mr right pergi Vietnam. walaupun bukan London (o0ps ! isu sensitip) , Paris ke tapi mr right seronok pergi sana.
    bukan macam kak Fatini Jaafar kite kan. merata-rata perginye. orang hebat la katekan.. hee

    Dulu mr right ade buat entry pasal trip neh. yang ini;

    ade banyak gambar-gambar kat sane dalam entry-entry neh.
    entry-entry ni mostly mr right sendiri update kat sane walaupun broadband mr right tale nak guna, tapi mr right guna wifi hotel jek. boleh la nak hapdet kann.
    seminggu jugak la mr right kat sane.
    ade jugak mr right update kat Malaysia sebab ta sempat nak hapdet kat sane.
    makin lame duduk sane, makin banyak la duit yang melabur kann. haha. kat Vietnam kitorang guna Dollar instead of using mata wang Dong. kalau guna Dong lagi pening.
    seronok sebenarnye bile kite pergi negara orang. banyak yang dapat kite belajar.
    budaya, adat resam, persekitaran, makanan etc..
    betol la orang cakap;

    JAUH PERJALANAN, LUAS PENGETAHUAN

    Tapi kalau korang nak shopping kat Vietnam , korang kena hati-hati lah.
    sebab peniaga-peniaga kat sana sangat agresif. diorang akan pujuk korang sampai lah korang beli mende tuh.
    unless kalau korang reti nak barging. memandangkan bab-bab ni mr right agak lemah, so mr right ekot kengkawan yang laen jela.
    sampai ade peniaga yang cakap kawan mr right , 'Mafia' semata-mata tak beli barang die. 
    haiiyya ~ MySpace






    Dan yang paling uniknye kat Vietnam ni, main transportation die adalah motosikal. memang payah la nak jumpe kereta kat sana sebab jalan memang sesak dengan motor.
    tips dari tour guide kitorang; kalau nak lintas, slow-slow n dun panic ~ haha
    so kepada yang ngidam nak ke Vietnam, sila la pakai rule ini ek. mr right ade try lintas jalan die, memang sangat menyeramkan ~



    dah-dah tamau cerita panjang-panjang sebab cerita ni pon da basi. hee

    Memang kalau dapat peluang, mr right nak sangat pergi negara orang lagi.
    berhijrah ke negara orang dapat membuka mata kita tentang apa yang terjadi dan berlaku di luar sana.
    bagaimana lifestyle diorangg..
    walaupun mr right terlepas peluang nak sambung study kat kuar negara, tapi tape. study kat mane-mane pon same kann. yang penting kita belajar. at least study kat 'over the sea' pon syukur alhamdulillah. hee
    insyaAllah kalau ade rezeki, mane la nak tahu ade rezeki kerja kat negara orang.
    tettt ~ ayat lupa diri. HAHA
    sape nak sponsor mr right??! =P

    So korang, jom share ngan mr right kalau-kalau ade pengalaman dan mungkin negara mana yang korang nak sangat pergi kann.
    just drop your comment oke;)
    ok lah. have a nice day ! mr right da dapat baju melayu. sebelom puasa lagi-_________-"

    bye !


    SEGMEN REVIEW








    Friday, August 19, 2011

    KEIKHLASAN ITU TAK PERLU DIHEBAHKAN .

    Assalamualaikum semua.
    baru pagi tadi mr right ade update tentang segmen mr right dengan due lagi kawan mr right.
    ade yang terlepas pandang? alaa.. kenapa macam tuh? kalau nak tengok entry pasal segmen tu, klik 
    [ SEGMEN KIBARKAN JALUR GEMILANG DI BLOG ANDA !
    dalam suka-suka nak join segmen , jangan lupe join contest mr right yang ni gak yek 
    [ CONTEST BERSAMA SI MANJA (MR_RIGHT)

    Oke, entry petang ni bukan mr right nak cakap pasal segmen dan contest mr right, tapi mr right nak cerita tentang keihklasan.
    korang mesti tahu ape itu IKHLAS kan? tapi macam mane plak dari sudut pandang Islam itu sendiri? mai mr right nak bagitahu.

    Firman Allah Taala :
    "Sesungguhnya Kami turunkan Kitab (Al-Quran) itu kepada engkau dengan kebenaran. Oleh sebab itu, sembahlah Allah dengan tulus-ikhlas beragama keranaNya semata-mata. 
    MySpace

    Dalam kita mengejar apa yang kehendaki dalam kehidupan seharian, namun ikhlas seharusnya menjadi titik tolak dan pucuk dalam segala tindak tanduk kita. ikhlas itu ialah suci-murni, tidak bercampur dengan yang lain. Menurut istilah Syari'ah (Islam), yang dimaksud dengan makna ikhlas itu ialah mengerjakan ibadah atau kebajikan kerana Allah semata-mata dan mengharapkan keredhaanNya. 

    Maka kita perlu ingat tentang segala yang kita lakukan dalam kehidupan seharian semuanya hendaklah bertunjangkan keihklasan semata-mata.
    semua ada facebook bukan? 
    tetapi kadang-kadang kite terlepas pandang akan apa yang kita selalu update untuk status kita. tidak perlu rasanya kalau setiap kebaikan perbuatan kita hendak update dalam status. mr right paham itu hak masing-masing tapi anda kena ingat yang mungkin ianya boleh disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak.






    Mr right tertarik dengan status kawan fb mr right yang ini;

    KEIKHLASAN KERANA ALLAH ITU AKAN TERSERLAH KEBERKATANNYA TANPA PERLU SENGAJA DITONJOLKAN OLEH SESEORANG ITU

    betul. mr right sangat setuju. mr right yakin kalau kita ikhlas, tak perlu nak canang satu dunia tentang kebaikan yang telah kita buat itu. lebih afdal kalau hanya kita sendiri dan Yang Maha Esa sahaja yang tahu.
    mungkin dari sudut pandang laen, ianya bertujuan untuk memberi ikhtibar dan peringatan kepada yang membaca tetapi biarlah mengikut landasan yang betul kann.

    Sebagai contoh, tak perlu rasanya nak update , " tadi aku pergi masjid" , " tadi aku tolong si polan si polan" , "tadi aku buat tarawikh sampai habis" ..
    no no no.. tak perlu ye kawan-kawan. ianya boleh menimbulkan sifat riak. seboleh-bolehnye biarlah hanya kita sahaja yang tahu. setidak-tidaknya, pahala kita tak berkurang kan.

    Mr right pun bukannya baik sangat nak beri nasihat atau ape tapi seboleh-bolehnya kita memberi peringatan antara satu sama lain kan;)

    sumber [ SINI ]

    okey lah. happy fasting people ! 
    wassalam

    SEGMEN REVIEW










    Thursday, August 18, 2011

    MR RIGHT DAH DAPAT STATUS GLITTERATI NUFFNANG SEMULA;)

    Hye peeps ! mr right tade pape nak update hari neh.
    korang ade baca entry mr right yang ini ?? kalau tak baca lagi, sila klik ek.
    cuma mr right nak gitau yang mr right nye status Glitterati nuffnang mr right da dapat balik.
    semuanye bila mr right da buat keputusan untuk pilih buang iklan advertlets instead guna nuffnang.
    yes. penggunaan iklan nuffnang masih lagi dalam tempoh percubaan mr right.
    ade satu bulan kann. kalau tade ape-ape perubahan, memang mr right akan tukar kepada advertlets neh. hee


    alhamdulillah^^

    Anyway, mr right nak berterime kaseh sangat-sangat kepada Teyn atas respon terhadap komen mr right dekat blog beliau.
    at least, mr right tahu camne nak manjakan nuffnang ni kann. nak tahu ape tips tu? klik [ SINI ]
    terime kaseh yep !

    Mr right mengalu-alukan para readers sekalian kalau ade idea atau cadangan tentang entry, boleh la bagitahu mr right dalam komen entry ni. tak pon kat page mr right yang 
    [ hafizilmi.blogspot.com(mr_right) ] .. tak pon boleh hantarkan email kepada mr right kat r_piz@yahoo.com ek.
    insyaAllah kalau ada idea macam entry ini , mr right boleh buatkan. ni pon cadangan daripada pengunjung page mr right.







    Oh yah, kalau korang ta tahu, mr right ade buat segmen review.
    mr right letakkan due link kat akhir setiap entry.. segmen ni untuk membantu blogger yang maseh baru lagi dalam dunia blogging ni kan. at least korang le pergi view blog diorang kann. tape.. kite saling sokong-menyokong ek.
    kalau ade sesiape yang nak mr right review blog die, le jugak bagitahu kat sini ek.

    bye !

    SEGMEN REVIEW




    Wednesday, August 17, 2011

    PLEASE PROUD TO BE A BLOGGER;)

    Assalamualaikum semua(:
    alhamdulillah dalam entry yang lepas berkaitan dengan Cik Anon sangat mendapat sambutan.
    ramai yang singgah dan komen serta memberi pendapat. ramai juge yang tak ketinggalan berkongsi cerita tentang blog diorang kena serang dengan cik anon neh.
    kadang-kadang bile baca komen Cik Anon dari entry blogger laen, memang agak menyeramkan tapi bukan semua Cik Anon ni jahat kann. ade jugak yang beri kite sokongan dan dorongan.
    so chill yah ! bukan semua perkara yang kita tulis dapat memberi kepuasan kepada semua orang kan.

    THE OTHER KHAIRUL TU SEBENARNYA PENDIAM KAT LUAR. BETUL KER?

    Okey, ini ape yang mr right pernah dengar. da lame rasanya mr right dengar tentang hal neh.
    mr right dengar yang The Other Khairul ni sebenarnye pendiam di luar. tah. correct me if im wrong.
    tapi kalau secara realitinya, memang agak logik. kadang-kadang orang yang bijak berkata-kata tak semestinya bijak dalam berkarya. dan kadang-kadang orang yang bijak berkarya tak semestinya bijak dalam berkata-kata.
    kalau lebih beruntung, pandai berkata-kata dan berkarya kan.
    eh, paham tak ayat mr right neh?
    agak berbelit-belit di situ.
    ala, korang kan pandai. mesti bole paham punye lah ! hee

    Korang pernah tengok cerita Impian Illyana dulu? yang Lydia Ibtisam berlakon tuhh. da lame dah Lydia ni tak berlakon.
    yang setiap hari rasenye ceritenye tapi tak lama pon, just 10 minit camtuh.
    haa... cerite tu la. mase tu mr right masih dalam alam persekolahan lagi. (wah. bunyi macam lame je kan. hee)
    Illyana ni gune blog dalam cerite tuh. tapi mase tu mr right tak terpikir pun yang die asyik menaip tu ialah blog.
    sebab mase tu masih kuno. ta tau ape yang berlaku di luar sana. hah

    gambar ni blurr sikit. amik dari mak senah google><


    seronok cerite neh sebab kat part-part hujung tu ade soalan. so, ianya membuatkan kite berpikir. 
    dalam cerita ni ade Wardina Safiyyah dan Tiz Zaqyah jugak.

    Mesti korang tertanya-tanya ape kaitan antara cerita The Other Khairul dan Impian Illyana ni kan?
    sebenarnye tade kaitan pon. haha. sebab mr right tetibe t'engat cerita Impian Illyana ni haa..
    dah lame tade. heh. jangan marah nahh..
    tapi yang The Other Khairul tu ade kaitan;)

    BLOGGING NI BUKAN DAPAT DUIT MACAM BINTANG YOUTUBE PUN. KALAU NUFFNANG TU, BERKURUN LA GAMAKNYE YOB !

    Tak dinafikan yang 'bintang' blog bukannye senang macam bintang youtube tuh.
    buat vlog sikit, sudah femes. buat cover lagu orang sikit, sudah dapat job. tetttt ~ 
    tapi korang kena tahu satu perkara. bukan senang nak jadi senang.
    korang cuba tanye blogger-blogger otai camne diorang susah dulu. i mean, camne diorang mula-mula untuk berjinak-jinak dalam dunia blogging ni dulu sampai la diorang capai ape yang diorang harapkan selama neh.
    which is not easy bro..

    Tapi korang semua tak rasa cool ke kalau ade blog? 
    ade page sendiri yang terpulang kepada kita untuk melalut sebanyak mana yang boleh.
    kalau dulu kite guna diari untuk tulis, tapi sekarang da ade blog.
    yahh.. itu lah yang specialnye blogging neh. tak kesah la kau guna blogspot ker, wordpress ker.. 
    asalkan masih dalam satu bidang yang sama. so, ta perlu rasanya timbul persoalan yang mane blogging ni hanya membuang masa dan sebagainya..
    MySpace


    Mr right selalu 'dihujani' dengan persoalan-persoalan macam ; "kau ni tade kerja ek? asyik blogging je 24/7" . tak pon , 
    " ehmm, dah addicted la tu dengan blog die" . atau mungkin kalau lepas pergi mana-mana , " hmm, kejap lagi update blog la tuh" ..

    mr right da lali dengan semua pertanyaan-pertanyaan macam tuh. kadang-kadang mr right jawab, dan kadang-kadang mr right buat tak tahu jek.
    oke, satu je tips. korang tak perlu risau dengan pertanyaan-pertanyaan seperti tu kalau korang rasa yang blogging ni satu gaya hidup yang sehat. sehat? kenapa mr right cakap macam tu sedangkan bukannya kita jogging ker , pergi gym ker.. kan?
    maksud mr right kat sini ialah kalau korang bw, takan korang bw sesaje je kan?
    mesti korang baca. yah ! at least korang akan baca.
    orang selalu cakap yang membaca itu jambatan ilmu. jadi secara tidak langsung korang akan tambah ilmu korang dan serta merta korang akan dapat tahu banyak perkara. mr right selalu jugak bw, dan mr right dapat banyak benda dari situ. ade blog yang suka bagi tips, ade blog yang suka bagi tutorial...
    plus at least kalau korang mengahadap blog 24/7 sekalipun, at least korang tak buang masa dengan melepak, merempit sana sini kann.
    so , kepada yang cakap blogging ni satu perkara yang buang masa, ianya memang salah sama sekali;)

    : SPEND MORE TIME ON WHAT MAKES YOU HAPPYMySpace

    Nasihat daripada blogger yang setahun jagung ni; korang jangan cepat down kalau ade orang especially kenalan rapat yang cakap anda sedemikian.
    diorang cakap macam tu sebab diorang tak tahu yang betapa feelnye blogging ni kann. kalau diorang ade blog sendiri, mesti diorang pon akan merasa benda yang sama.
    no worries lah ! hee
    ape-ape pon, face book sekarang makin membosankan. disebabkan mr right ni buta IT sikit, so tak berapa nak reti maen twitter lah. last-last dengan blog jugak la jadi peneman. hee

    Anyway, mr right nak ucapkan Salam Nuzul Quran kepada semua ye. semoga amalan kita dalam bulan Ramadhan ni diterime olehNya(:

    saje nak share neh;

    sumber : [ SINI ]

    bye !