ahli sarcasm

Friday, September 30, 2011

CONTEST BERSAMA SI MANJA (MR_RIGHT) -INI STICKY POST-

assalamualaikum semua.
untuk pertama kalinye, mr right dengan rendah hati ingin menganjurkan satu contest.
memandangkan tempoh mr right blogging ni nak dekat setahun bulan 10 nanti, jadi mr right rase da bole kot nak buat contest.
harap-harap anda semua bole memberi sokongan yang padu kepade mr right la yep !
ini peraturan contest ini..

header contest(:

RULES:
1) follow blog mr right supaya nanti senang untuk tahu update
2) buat entry tentang "CONTEST BERSAMA SI MANJA (MR_RIGHT)"
3) letakkan header contest di entry atas pada entry anda
4) hanya satu gambar anda bersama si manja yang diperlukan. gambar boleh di-edit mengikut kreativiti masing-masing(:
5) link-kan entry contest anda ke entry ini
6) gambar tersebut akan dipostkan ke page mr right  [ PAGE MR_RIGHT ] juga untuk di-'like' kerana pemilihan akan dikira berdasarkan 50% pilihan juri dan 50% like dari peminat anda
7) tag sekurang-kurangnya kepada 3 orang


*tarikh tutup contest ini 30 Sept 2011(:
HADIAH
tempat pertama : rm30 top up
tempat kedua : rm20 top up
tempat ketiga : rm10 top up

sokong mr right ye. hee

*si manja di sini bukan bermaksud anak-anak anda tetapi juga bermaksud bersama anak jiran, anak saudara etc.. asalkan masih budak kecik*

ftnote : contest ini akan dimansuhkan secara serta-merta jika bilangan contestant kurang daripada 30 orang. sekian(:


assalamualaikum(:

( penerangan mengenai contest ada di SINI )










Monday, September 26, 2011

VIRUS MALWARE MENYERANG BLOGGER ! (CONTOH TUTORIAL BUANG MALWARE)

Hye ! taip entry ni cepat-cepat sebab penat gila baru balik dari kelas.
semalam nak dijadikan cerita, blog mr right diserang virus. oke, honestly I really don't know yang ade virus dalam blog. kalau virus kat PC / lappy tu, pernah la dengar kann. dan yang pasti, bukan mr right seorang sahaja yang kena virus tu, blogger-blogger lain pun dapat nasib yang sama. memang tak boleh nak duduk diam laa.. 
then try search google apa maksud Malware tuh dan google bagitahu yang Malware tu adalah sejenis virus. demm ! memang agak panik jugak la mula-mula..
apa yang mr right tahu blog kita dapat virus ni bila kita pergi blog orang lain. means, virus tu bukan datang dari blog kita sendiri. btw, ini print screen nye;


 thanks to CK sebab bagitahu dan print screen ini.


Masa pagi tu kawan mr right ada cakap pasal virus ni sebab die tak boleh bukak blog mr right. mr right pun macam agak tak percaya lah sebab bila mr right bukak guna safari dan mozilla, boleh je view blog mr right tuh.. so buat endah tak endah jek. 
masa tengah hari, tetibe blog mr right hang. tak boleh bukak. oke, masa ni memang mr right panik tahap nak menjerit, meroyan dan macam-macam lagi lahh! sampai terlupa makan tengah hari=.= 
sebab first thing yang ada dalam pikiran mr right ialah followers dan contest mr right yang tak habis-habis lagi tarikh penyertaannya. takut lah nanti contestant cakap mr right larikan diri pulak ann.
berejam jugak la mr right duduk depan lappy ni dan buat apa yang patut. search google n bla bla bla.. dan mr right terpikir kalau betul tak boleh bukak dah blog ni, memang mr right takkan buat blog dah. hoho. alhamdulillah, lepas balik dari main squash petang semalam, blog mr right dah boleh view(:


So mr right ade la tanye kawan-kawan blogger dalam group blogger kat fb dan thanks sebab ade yang sudi tolong. kalau nak ikutkan mr right, serius mr right sendiri tak berapa pandai bab-bab komputer neh. nak tutorial tuh? boleh. mr right sudi nak kongsi dan kredit-kan kepada empunya blog tu sendiri.



First of all, korang jangan panik sebab google sendiri ada bagi step macam mana nak buang virus tuh. dalam blog tu juge ade link blogger lain yang suruh korang download untuk buang / bersihkan PC korang. kalau dah buat, jangan risau insyaAllah blog korang akan selamat^^

special thanks to these bloggers for helping me yesterday :
- CK


till then, bye !

regards,
mr right

JEMPUT KOMEN DAN 'LIKE' KALAU SUKA ENTRY INI (=

Saturday, September 24, 2011

JANGAN SUKA BERMAIN DENGAN KATA-KATA

Orang kata, terlanjur kata akan binasa diri. tapi sejauh mana orang zaman sekarang berani memberikan keyakinan tentang kata-kata tersebut?
selalu kita dengar tentang orang yang hanya pandai berkata-kata sahaja tanpa melakukan apa yang sepatutnya.
persoalannya, sejauh manakah kita boleh bermain dengan kata-kata? sejauh manakah kita boleh menafikan perkara ini?

JANGAN SUKA MEMBUAT ONAR KALAU MEMANG SUDAH SALAH SENDIRI

Kat atas dunia ni hanya ada dua jenis orang sahaja.
orang yang mengaku kesalahannya dan orang yang membuat alasan untuk menutup kesalahannya.
jenis yang pertama mungkin boleh ditoleransi lagi tapi jenis yang kedua? mereka ini tergolong dalam golongan-golongan yang suka membuat kecoh akan sesuatu perkara eventhough perkara itu sudah tentu-tentu kesalahan mereka sendiri dan bukan orang lain.
kadang-kadang mr right sendiri tak paham kenapa orang jenis sebegini suka untuk membuat onar, suka untuk memberikan alasan dan suka untuk mengelakkan diri daripada bertanggungjawab atas segala kesalahan yang telah dilakukan. 
sebagai contoh : orang sebegini update status fb-nya dengan ayat-ayat yang menunjukkan yang dia sememangnya di pihak yang 'benar'.
apabila orang luar baca, mungkin akan bersetuju dengan kenyataan tu dengan menganggap bahawa dialah bidadari/bidadara dari kayangan yang turun ke bumi. ( puihh !)
akhirnya kepada yang tak tahu apa-apa, menganggap perkara itu benar dan bukan salah dia.  kenapa orang-orang sebegini wujud dalam dunia ini?? adakah kerana ego dia yang akhirnya menutup segala kesalahan yang telah dilakukan olehnya? fikir-fikirkanlah.

JANGAN SUKA BERJANJI TAKUT NANTI TAK BOLEH DITUNAIKAN

Mr right pernah baca laa.. kalau kita suka berjanji, dan janji kita tu tak dapat dipenuhi means janji tu tak ditunaikan, maka kita akan tergolong dalam golongan-golongan yang munafik jika mengikut agama Islam. (correct me if i'm wrong)
mr right bukan lah bagus sangat nak bagi nasihat ke ape dan mr right sendiri akui yang mr right sendiri tak sempurna dan kadang-kadang janji yang telah dipateri tak dapat ditunaikan. but well, seboleh-boleh nya kita cuba lah untuk tidak memungkiri janji yang telah dijanjikan. orang memberi janji kepada kita kerana dia percaya kepada kita. kerana dia tahu yang kita boleh tunaikan janji tersebut. tapi kalau kita sendiri yang telah memungkiri janji, macam mana nak dapatkan kepercayaan yang penuh daripada semua orang?? 
jangan suka memungkiri janji, kelak akan memakan diri. fine, mungkin ada sebab kenapa janji tersebut terpaksa 'dimungkiri' tapi seelok-eloknya kalau dapat dielakkan, kita elakkan. utamakan apa yang penting dahulu. 
contoh paling annoying; jangan sebab kerana seorang perempuan, anda memungkiri janji dengan kawan anda. cuba fikir balik, siapa yang ada bersama anda selama ni? sewaktu senang dan susah?? kawan anda itu atau 'bakal' gf anda? jadi renungkanlah semula. 




Hati sendiri kena jaga tapi di samping itu hati orang pun kita kena jaga. tipikal tapi ade kebenarannya. kalau kita melukakan hati seseorang dengan kata-kata kita, mungkin kepercayaan dia terhadap kita akan hilang sedikit demi sedikit. kita hidup atas kepercayaan bukan atas dasar simpati or whatsoever lah><








till then.

regards,
mr right

JEMPUT 'LIKE' KALAU SUKA ENTRY INI(=

Wednesday, September 21, 2011

PENGUMUMAN PEMENANG SEGMEN KIBARKAN JALUR GEMILANG DI BLOG ANDA ! [ INI STICKY POST SELAMA 3 HARI ]

Hello orang kampung ! 
engat lagi segmen ini??




Alang-alang tahun ni tarikh kite beraya sama dengan tarikh kite sambut merdeka, so kami buat segmen ni.
alhamdulillah, ada juga yang sudi join walaupun lebih kurang hanya seminggu sahaja tempohnya.
jadi dengan itu, nak tahu siapa yang bakal mendapat kad raya istimewa dan review blog di blog mr right ni??
here we go. 

THE WINNER GOES TO
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

BERDEBAR-DEBAR?? SABAR~ 
SCROLL LAGI !

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Yes ! beliau adalah pemenangnye. 
ape? kenapa mr right pilih beliau?
korang boleh ke entry segmen beliau yang [ INI ]
mr right sangat kagum dengan 'kegigihan' beliau join segmen mr right. kan dalam entry segmen mr right ade cakap pilihan pemenang akan dikira dari segi kreativiti . jadi beliau sudah buat poster MerdekaRaya khas untuk segmen mr right. terime kaseh(:

So, entry ini akan dibiarkan selama 3 hari oke. dan cik hati diminta untuk menghantar details (nama penuh dan alamat semasa) kepada email mr right ; r_piz@yahoo.com untuk urusan hadiah.

Kepada yang tak bernasib baek, harap jangan bersedih oke. kalau mr right ade buat segmen lagi, jangan lupe join la ek. 

Akhir sekali, JUTAAN TERIMA KASIH kepada yang sudi join segmen mr right ek !
dan jangan lupe join contest mr right yang sedang berlangsung sekarang oke. tinggal lagi beberapa hari je lagi contest sulung mr right ni nak tutup;)




regards,
mr right.



JEMPUT 'LIKE' KALAU SUKA ENTRY INI EK !

WORDLESS WEDNESDAY #9

adeorangjualmacaronsdekattapakkonvokesyenusm !!


pok cik scholarship, tolong la cepat masuk .. kering sudah ><


ade yang pernah makan tak?? sedap? cer cite !
teringin gila mr right nak makan. erk.


regards 
mr right.




JEMPUT 'LIKE' KALAU SUKA ENTRY INI(=

Monday, September 19, 2011

PRICE TAG

Kalau ade sepuluhribanjutadollars korang nak buat ape? mesti nak beli kereta sport kann. tak pun nak melancong ke Paris, Itally, Korea, Bali etc. ke ade yang nak simpan?? ape? ade yang nak sedekah? alhamdulillah ~
kenapa korang pikir macam tu bila korang dah ade banyak-banyak-banyak duit? sebab korang materialistik ke? tak jugak kann. segalanya kerana korang rasa yang zaman / dunia sekarang sememangnya perlukan duit.
tak bermakna kalau korang taksub dengan duit, itu bermakna yang korang seorang materialistik.
everything depends on what we need. ianya keperluan bukannya berdasarkan nafsu semata-mata.
#ade kaitan dengan tajuk? HAHA

MATA DUITAN / KAKI KIKIS SELALU DIKAITKAN DENGAN KAUM PEREMPUAN.
BOLEH TERIME KE TEORI NI?

Kalau korang pun fikir benda yang sama seperti apa yang mr right pikirkan sekarang ni, sah yang korang pun kaki tengok movie macam mr right ! hahahah. kan cerita Melayu banyak pasal kisah perempuan mata duitan / kikis harta lelaki dan bla bla bla.. but well, its normal la kan kalau television itu sendiri telah jadi salah satu punca atau faktor utama dalam mempengaruhi mentaliti masyarakat zaman sekarang ni kann.
itu kisah tentang kaum perempuan yang mata duitan / kikis duit lelaki, tapi bagaimana pula dengan lelaki?
oke , menurut cerita Melayu yang mr right tengok juga , gelaran yang diberikan untuk golongan-golongan lelaki yang mengikis duit perempuan ni ialah Gigolo. oke, sangat tak manis di situ kan. tapi itu lah yang mr right tahu pun.
sangat tak gentlemen kalau kerja nya mengikis duit perempuan, suruh belanja makan, mengarah segala-galanya as if yang dia adalah ketua. 
guys, please shame on you.
tapi kalau sekali-sekala, tape.. kalau dah banyak kali, dah selalu, dah setiap masa?? sila jawab sendiri.

Kenyataan yang dunia sekarang perlukan duit memang betul. oke, cuba bayangkan kalau korang tade duit? macam mana korang nak hidup? kalau dulu boleh la dapat ubi kayu tapi zaman sekarang mana nak dapat ubi kayu?? tah-tah dah tak ade.
plus, kepada student especially yang study kat bandar-bandar besar. memang sangat sengsara la kan kalau tak ade duit. mana nye nak bayar sewa rumah, makanan etc..
tambah-tambah kalau scholarship yang tak bank-in lagi. 
(JPA akan dimasukkan ke dalam akaun anda pada bulan 10. omg !)
so now, can you see how important money to us nowadays ?

Bukan lah mr right nak ajar semua orang untuk menjadi mata duitan or whatsoever. tapi itulah hakikatnye.
hidup makin lama makin maju. jadi taraf hidup pun makin lama makin mahal dan meningkat la kann.
kalau parents banyak duit, tak apa. 
mungkin boleh pakat main mintak je kann..
kalau yang sederhana? 
mesti rasa serba salah nak mintak duit kat parents kann.

WHY IS EVERYBODY SO OBSESSED?
MONEY CAN'T BUY US HAPPINESS 

Apa-apa pun, kite kenalah berpijak pada bumi yang nyata yang hakikatnya duit bukan segala-galanya dan duit tidak boleh membeli kebahagiaan.
kalau duit boleh membeli dan memberikan kebahagiaan, kenapa perlu ada 'kerosakan' bila seseorang itu lupa diri apabila dikurniakan kekayaan kan. senang cerita, dia putih mata dengan segala kemewahan yang telah diberikan untuknya.

Apa-apa pun, kalau sudah rezeki, takkan ke mana kann. kalau sudah ditakdirkan untuk kite ada banyak rezeki, dah tak boleh nak buat apa la tapi kenalah ingat jugak kan lebih baek kalau harta tu dikongsi bersama dengan orang laen. bila kita berkongsi, mungkin rezeki kita akan berlipat-lipat ganda kan.





choww ! 




regards,
mr right.

JEMPUT 'LIKE' KALAU SUKA ENTRY INI^^

Friday, September 16, 2011

APA YANG PALING KITA NAK, ITULAH YANG PALING KITA TAKKAN DAPAT

fuhh ! fuhhh ! sudah berhabuk blog mr right neh. sudah lame tidak disentuh, digodek, dimanja, digoda . tett ~
maap la kalian ek. mr right agak busy. baru minggu pertama masuk semester baru, dah busy. minggu-minggu akan datang?? entahla. 
mungkin busy lagi sampai tak boleh nak update blog kott.
persoalannya, ada ke yang menunggu entry mr right?? ><

APA YANG PALING KITA NAK, ITULAH YANG PALING KITA TAKKAN DAPAT

Korang pernah mengidam untuk dapat kereta Ferrari ? iphone56789#### ?? galaxy tab? rumah banglo tepi pantai yang setiap hari korang boleh dapat rasa angin laut yang nyaman?
bohong lah kalau tak pernah mengidam kan. kalau yang tak pernah tu, silalah berpijak di bumi yang nyata. 
tapi pernah korang terpikir untuk dapat semua itu dalam sekelip mata? 
well, contohnya cenggini; korang cakap dan tup tup ade selonggok duit depan mata? haa.. pernah? mesti dalam mimpi je kann.. angguk-angguk geleng-geleng cepat.
lain la kalau korang belajar ilmu hitam ke ape. for sure korang akan dapat benda-benda idaman tuh dan lain la korang punye mak bapak punye harta berjuta-juta-juta sampai boleh beli cincin sampai berjuta-juta-juta jugak kannn.. o0ps !

In real situation, it's true. tapi untuk mendapatkan semua itu dalam hanya sekelip mata tanpa berusaha keras, memang sesuatu yang mustahil lagi aneh lagi impossible la kann.

Pernah korang rasa macam bengang gila bile adik-adik korang yang tengah belajar berjalan sedang tergedek-gedek nak mainan yang berpuluh-puluh hinggit dan kadang-kadang sampai beratus-ratus hanya dapat semua itu dengan senangnye dari mak bapak korang. 
haa... mesti pernah kan. sebab dalam entry WAJAH RIANG HANYA PADA KANAK-KANAK SAHAJA? yang lepas, sebab tu mr right cakap kehendak kanak-kanak walaupun hanya sekadar mainan semata-mata tetapi boleh direalisasikan sebab orang dewasa nampak 'mainan' itu adalah suatu perkara keperluan bagi mereka.
so peeps , ape lagi? sila la buat undang-undang yang barang permainan diharamkan untuk dijual di negara ini instead of selling all the books for children . choii gila punya cadangan kan. haha

Tapi bila korang pikirkan balik dan secara logiknya, bukan semua benda yang kita nak, kita tak dapat kan..
just a simple example;
sekarang korang kat mana? universiti? kolej? politeknik? overseas? bukan itu ke yang korang impikan selama ni. masa kat sekolah dulu tu kemain berkobar-kobar semangat belajar rerajen semata-mata nak masuk universiti/kolej/politeknik/study kat overseas? 
kannn.. dan sekarang dah pun tercapai. syukur^^

dan sebab itulah wujudnya falsafah ini;

Allah datangkan kita kemarau supaya kita sedar nikmatnya setitik hujan. Allah datangkan kita hujan lebat supaya kita sedar ada pelangi di sebaliknya.  - sumber
Tipikal tak titpikal,  ungkapan ini; setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya memang ade maksudnye yang tersendiri and I'm pretty sure, it's really true. sebab let's say kalau korang fail dalam test, it doesn't mean yang korang akan fail jugak dalam final test/exam korang kann. maybe hikmahnye, Allah nak sedarkan korang yang korang kena betul-betul berusaha dan buat sehabis baik untuk final test/exam korang. tak gitu?
Walaupun bukan semua benda kat atas dunia ni kita boleh dapat, tapi apa-apa pun, kita kena lah bersyukur dengan apa yang kita ada. apa? korang nak jugak Ferrari? tape.. bersabar lah wahai sahabatku (cehh ayat cam nak man politik je kann) . mungkin esok / tulat/ minggu depan / bulan depan / tahun depan / 5tahun depan / 10tahun depan / 1## depan korang akan dapat jugak Ferrari tu kan.. mane la nak tahu, kot-kot korang masuk contest gores dan menang, tengok-tengok dapat Ferrari sebijik dengan duit sejuta ! itulah namanya rezekikan. Ferrari mainan dan sejuta rupiah. haha
Jadi kite kena engat, kalau kita berusaha & bersabar, mungkin perkara yang kita inginkan dan idamkan itu boleh menjadi kenyataan. insyaAllah. have a nice day and Happy Malaysia Day(:




choww !
 
 regards mr right.
JEMPUT LIKE KALAU SUKA ENTRY INI^^

Thursday, September 15, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #2

ST#2


SANGAT BUSY SAMPAI TAK SEMPAT NAK UPDATE BLOG. UNTUK PEMENANG SEGMEN KIBARKAN JALUR GEMILANG DI BLOG ANDA, NANTI MR RIGHT AKAN UMUMKAN OKE;) HADIAH PUN DAH BELI CUMA TUNGGU NAK POST SIAPA PEMENANGNYE SAHAJA.
MAAF KALIAN ><

Sunday, September 11, 2011

TUTORIAL :: MOBILE VIEW

Kalau zaman dahulu, mana ade orang guna handphone untuk meng-onlinekan diri kann.
tapi zaman sekarang semuanye ade. lagi bagus applikasinya, lagi mahal la herge handphone tu kann. hee.
mr right nye handphone cikai jekk. online pun gune lappy je pun^^
BLOG MOBILE VIEW

Mr right dah buat sedikit 'upgrade' untuk blog mr right neh. semuanya atas cadangan pembaca yang ade post kat blog mr right. ni print screen nye :

 haruslah diconteng sebegitu rupa untuk mengambil langkah awal 
kalau sesuatu yang tak baek berlaku kann^^


Jadi dengan bantuan  cik kumbang , mr right telah dapat upgrade untuk readers yang online gune handphone sahaja. so kepada yang online just guna handphone dan bukan lappy pasni, le la baca jugak entry-entry mr right through your phone kann. haa? nak tutorial? bole sahaja ;)
 

TUTORIAL 





1) Korang buka dashboard masing-masing lepas tu klik 'Settings' .





2) Setting > klik pada 'Email & Mobile'

3) Email & Mobile > tick kat 'Yes. Show mobile template on mobile devices'

4) Choose mobile template . yang ni korang le pilih ekot korang suka.. mr right pilih yang hitam. hee. lepas dah decide pilih yang mana, Preview it first. kalau dah rasa-rasa sesuai, klik SAVE.

5) Suruh rakan anda yang menggunakan handphone untuk online bagi memastikan ianya berjaya. 

Ha ! senang kan?? tak susah mane sangat ponn. mula-mula mr right pun tak tahu tapi naseb baek la ade readers yang tegur dan bagi suggestion kann.
so kepada sesiapa yang online guna handphone lepas ni, still bole baca entry-entry mr right oke.








till then, bye !

regards ,
mr right.



ftnote : ini entry autopost dan sekarang mr right sudah ada di uni setelah cuti sem empat bulan. lepas ni akan jarang update ><




JEMPUT 'LIKE' KALAU SUKA ENTRY INI(:

Saturday, September 10, 2011

WAJAH RIANG HANYA PADA KANAK-KANAK SAHAJA?

Entah kenapa tetibe petang tadi mr right bersiar-siar menghirup udara segar dengan membonceng motosikal pusing taman sambil bawak anak jiran. sangat riang wajah die.
die sangat rapat dengan keluarga mr right sebab sejak die berusia 4 bulan, die sudah rapat dengan keluarga kami dan kini die sudah berusia 5 tahun. 
die ni kakak kepada si comel [ INI ] . heh


hye, nama saya Syamimi Balqis !


Mr right bawak die pergi jalan-jalan kat tempat landasan kereta api yang tak siap lagi. dan tempat tu antara jalan-jalan yang mr right pernah lalui masa sekolah dulu. naik basikal je pergi sekolah. lepas tu mr right tengok macam cantek gila tempat tu nak photoshoot segala kann. nak dijadikan cerita, kamera mr right tak bawak.

mr right : ala.. kamera tak bawak la balqis. cam mane nak tangkap gambar ni?
balqis : guna la hanset. kamera hanset kan ada.
mr right : erk. a'ah, betul-betul. (muka merah tahan malu)

Moral of the story, budak-budak memang sangat jujur. segala cerita/rahsia memang diorang akan bagitau straight to the point. mr right rindu nak jadi budak-budak balik. zaman tu sangat menyeronokkan.
kepala otak tak payah nak pikir segala masalah. hidup sentiasa happy. tak payah nak pikir masalah orang lain.

Tapi apabila berbalik kepada dunia realiti, perkara tu sudah lama berlalu. umur pun dah ** kan. so kena la terima kenyataan yang semua tu memang tak akan dapat balik.
mungkin lepas ni terus cuma tunggu ada anak sendiri baru le tengok betapa bahagianya budak-budak kann <<-- statement gatal gila !

Masa zaman persekolahan dulu, korang pernah main game digimon? pernah buat kad nama yang ade gambar retiss dan tertulis nama dan alamat kita?
pernah dapat arahan daripada guru-guru tak untuk kutip derma? siap ada buku rekod segala bagai tuww. mesti pernah kann. dulu mase sekolah mr right pernah pergi satu rumah ke satu rumah untuk kutip derma. pernah mr right dapat sampai beratus-ratus dan antara yang tertinggi dapat duit derma tuh.
mase tu innocent sangat. kalau tak, dah memang-memang mr right amik duit tu dan beli mainan ke, ape ke kann.. 
haha. jahat gila !
innocent budak-budak tak sama dengan innocent orang dewasa. diorang lebih jujur dengan apa yang diorang buat. tapi orang dewasa? kadang-kadang ada double meaning di sebalik perbuatan tuh^^




Semua orang sayang dan ambil berat dengan budak kecik. apa yang dia nak, semua akan dituruti. apa yang dia mahukan, pasti akan dapat. walaupun nak barang mainan yang mahal dan tak bawak sebarang faedah langsung, tapi orang sekelilingnya melihat perkara itu merupakan satu keperluan bagi dia.
tiada siapa yang dalam dunia ni yang sanggup marah budak kecik tanpa sebarang sebab kecuali kalau orang tu memang sewel dan anti dengan budak-budak. haha

Bila usia semakin meningkat dewasa, tiada siapa yang mahu ambil kesah sebab mereka-mereka fikir yang kita sudah boleh berdiri di atas kaki sendiri. tapi sejauh mana ungkapan berdikari berdiri kukuh dalam diri kita? apa-apa pun, kite kena lah berbalik kepada realiti yang sememangnya pada pandangan orang sekeliling, orang yang dewasa lebih berdikari daripada orang yang lebih muda darinya(:

KIDS WERE BORN TO BE HAPPY

Tak dinafikan. zaman kanak-kanak memang akan tersemat erat dalam sanubari kita. nak patah balik zaman tuh?? mana bole ~ kalau nak patah balik pon, kena panggil doraemon rasanya. baru lah bole benda-benda ajaib macam tu berlaku. hee
kepada yang sedang meningkat dewasa, zaman itu sudah tamat. percaya pada realiti, insyaAllah kita akan lihat wajah kegembiraan pada wajah anak-anak kita kelak.






regards,
mr right.



JEMPUT 'LIKE' KALAU SUKA ENTRY INI (:

Friday, September 9, 2011

PERLU KE SEMUA INI? TAK SEMENA-MENA PREPAID TOP UP NAIK 6%.

Mungkin perkara ni semua orang dah maklum. tapi ade jugak yang sudi post kat wall page mr right suruh hapdet tentang ni. 
syukur kerana masih ada yang sudi post dan bagi cadangan(:
walaupun ta tengok berita, semalam news feed kat facebook ramai yang sudah naek hangin dengan berita ini. tak semena-mena tetibe top up naik harga. kalau kaya tape.. tapi kalau student yang miskin macam mr right ni, apedehal???

tak nampak? sila tekan kiri kuat-kuat^^


Ade lah sebab kenapa hal macam ni naik cukainye. itu mr right tak pasti tapi cuba bayangkan kalau top-up rm10 , dah kena tambah rm 0.60 .. 
kalau top up rm100, dah kena tambah rm 6.00 .
sangat besar jumlah perbezaan tu oke..

Peliknye, kenapa bab rokok ni pulak diorang tak mau pulak naek. lantak lah naek sampai berhinggit pun. so that perokok-perokok ni le pikir due kali ke, tiga kali mahupun empat kali untuk membeli seputung rokok kann.. tapi rasanya kalau naek harga rokok sekalipun, orang akan still beli atau tak ek??

Btw, no wonder lately ni mr right pandang sebelah mata je kat handphone mr right. 
lantak la kat mane letak pun dah tak kesah.. rupa-rupanye harga top up da nak naek ~ naseb baek tak beli handphone baru ke ape. kalau tak, rugi w0o !
mungkin lepas ni semua orang akan giat mengumpul duit syiling dan kembali seperti dahulu menggunakan public phone sampai kena beratur panjang-_________________-"

Apa-apa pun, nanti mr right dah nak masuk semester baru so akan jarang update la kann. jangan lah korang nak rindu-rindu plak keh ! *bluerrrkkk
mungkin kalau tension atau bosan sangat tu, jari ni akan terus berkarya. ecewaahh !






bye.

regards,
mr right.


LIKE KALAU SUKA ENTRY INI EK !




DON'T BREAK MY HEART !

Have you watch this video??
sangat bermakna.. selama 3 minit tu sangat banyak pengajaran yang kite boleh dapat.
kalau tak tengok lagi, boleh tengok video kat bawah neh. klik play oke. the duration just 3 minutes;)


sila fokuskan dekat minit 2:39 . 
the mother said ; "don't break my heart" .. sangat tacing !


Iklan ni mase mula-mula mr right tengok dekat iklan tv3. sangat menyentuh jiwa jantung kalbu semua lah ! hee
sangat bagus iklan neh sebab at least, bole menyedarkan orang ramai kann. tapi persoalannye, ade ke yang nak sedar?? -_____________________-"


Si perokok salahkan kerajaan sebab kenapa still jual rokok. ini sangat tak paham. kenapa nak salahkan orang laen dengan kesilapan sendiri? ape yang 'sedapnye' rokok tu sampai berbatang-batang boleh dihisap dalam satu hari.
fine, mungkin ade yang cakap mr right kolot dengan berpikiran sebegini. tapi itulah realiti.
hisap mende alah tu bagaikan anda membakar duit anda sendiri oke. tade paedah pun mr right tengok.
mr right ta tahu berapa batang satu putung rokok.
so, lets do our math ! (walaupun dah 4 bulan tak buat><)

seputung rokok = rm 0.70
sehari 3 putung = rm 0.70 x 3 = rm 2.10

seminggu ; 7 hari = rm2.10 x 7 = rm14.70
sebulan ; 4 minggu = rm 14.70 x 4 = rm 58.80
setahun ; 12 bulan = rm58.80 x 12 = rm 705.60

roughly for 3 years = rm 705.60 x 3 = rm 2116.80
pssttt, tah betol ke edak kiraan mr right neh. hee

Oke, can you see how much have you burnt your money? sesenang macam tu je korang semua habiskan duit. hisap sekali lepas tu buang. omg ~ tolong la sedar. kan bagus kalau korang derma kat anak-anak yatim ker, bagi mak bapak korang ker.. lagi ade paedah daripada hisap rokok pastu dapat penyakit=="
 


TAK BOLE NAK BERHENTI LA BRO ! 
CAKAP MEMANG LA SENANG..

Fine. mr right akui yang cakap memang la senang. mr right paham kalau kite buat sesuatu dan telah menjadi rutin kite, memang perkara susah nak berhenti. tapi kenapa ayah mr right bole je berhenti? kenapa ade je orang yang bole berhenti lepas bertahun hisap mende alah tuh? plus, sekarang ade je ubat nak hilangkan ketagihan merokok. ade iklan kat tv tu kann..
terlupe plak ape nama ubat tuh.
semuanya bergantung pada niat dan azam kite bro. kalau kite nak berhenti, mesti boleh berhenti kann.

simple example :

niat = Ali nak beli handphone Samsung Galaxy SII
azam = Ali nak dapatkan Samsung Galaxy SII dalam masa 3 bulan
langkah = Ali kumpul duit gaji selama 3 bulan sampai cukup
hasil = Ali berjaya dapat Samsung Galaxy SII dalam masa 3 bulan setelah kumpul gaji selama tempoh tersebut.

Same goes to this problem. kan senang kalau dah letak niat dan azam tu. nak buat ape pun senang jek.
again, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
korang si perokok kena engat kalau korang merokok, asap rokok tu sape yang hidu jugak? orang sekeliling anda jugak kann.. percentage maut bagi penghidu lebih tinggi daripada si perokok oke. lets say kalau bapak/mak/gf anda yang hidu, tak ke merbahaya? kata sayang diorang ~

Mr right bukan nak tunjuk pandai ke ape, cuma ingin mengingatkan saje yang merokok bukanlah sesuatu yang sihat.
Kementerian Kesihatan sudah banyak memperuntukkan satu jumlah kewangan yang besar untuk memulihkan dan merawati pesakit-pesakit yang berpunca daripada seputung rokok.
tepuk dada, tanya selera ek. peace y0w !




till then, bye.

regards,
mr right.




ftnote : rasa sangat rimas kalau ade orang hisap rokok kat sebelah. rasa cam nak bagi pelempang jek==" + top up dikenakan cukai sebanyak 6% . apakah??



LIKE KALAU SUKA ENTRY INI. hee