ahli sarcasm

Saturday, October 29, 2011

WHO DO YOU THINK YOU ARE?

Kalau orang yang tak pernah merasa, mungkin tak akan paham.
Kalau orang yang tak pernah alami, mungkin tak akan pernah peduli. Mulut senang untuk berkata-kata tapi hati ini siapa yang tahu. Aku akui aku bukan yang terbaik namun aku tetap akan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Siapa yang akan menilai?
Hanya manusia yang punya hati dan bukan sekadar mata pinjaman Illahi.

Pedih dikecewakan bukan sekadar untuk dipulih. Bukannya hanya untuk pulih buat sementara. Hati yang punya perasaan yang merasa.Dunia sekarang hanya fikirkan benda yang 'sempurna' sahaja. Tapi adakah kita sendiri cukup sempurna untuk memiliki sesuatu yang sempurna? Sempurna itu datang dari peribadi, bukan hanya fizikal semata-mata.



 [ sumber ]



tipikal ; orang sekarang hanya pandang benda yang cantik, cun, hensem etc sahaja. Habis tu, kalau semua benda nak cantik, nak cun, nak hensem... yang tak cantik, tak cun dan tak hensem nak campak mane? Takkan nak dibiarkan terpinggir begitu sahaja? Kau ingat kau Prince William yang mahu memiliki segala-galanya?? Mereka juga punya hati dan perasaan. Bukan engkau sahaja. Cantik tak akan kekal lama. Hensem jugak tak akan kekal lama. Jangan terlalu pandang fizikal semata-mata. Mungkin cantik hati, hensem peribadi yang akan kekal cun sampai bila-bila..

Jangan pernah sakitkan hati orang, nanti orang akan sakitkan hati kite. Jangan pernah kecewakan orang, nanti kite pula yang akan dikecewakan. Tapi manusia selalu melakukan kesilapan. Manusia selalu tersalah langkah dalam mengatur setiap apa yang patut dilakukan dalam hidup. Aku terima semua itu dengan prinsip; Manusia insan yang lemah yang selalu melakukan kesalahan. Tapi jangan ganggu aku lagi setelah engkau sudah ada pengganti.

Begitu mudah masa sekarang orang bertukar-tukar pasangan. Macam beli baju kat bundle atau shawl dekat masjid India. Tak suka shawl ini, boleh beli shawl yang itu. Tak suka yang itu, boleh beli dekat tempat lain. Orang macam ini ada perasaan belas kasihan dan perikemanusiaan ke tak? Hanya mementingkan perasaan sendiri tanpa menghiraukan orang lain. Hanya mementingkan 'keperluan' sendiri tanpa memikirkan 'keperluan' orang lain. Inikah jenis orang yang kita perlukan? ohyeahhh, terlupa.. kita perlu berikan mereka peluang untuk terus hidup dan berubah(= #sigh

Susah sebenarnya nak predict hati orang lain. Semua orang bukan sama kan? Ada yang baik, dan ada jugak yang jahat. Well, tak semestinya yang baik tu 'memang' baik dan tak semestinya yang jahat tu memang tersangatlah jahat macam sya**** kan. Siapalah kita untuk menjudge orang. Kita bukan sesiapa dan juga bukan apa-apa.

Apa yang penting, aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Jangan cari aku lagi jika kau jatuh tersungkur sekali lagi. Aku serik dan aku malas.

WHO DO YOU THINK YOU ARE?




regards,
mr right.


notakakikudidalammulutmu : tulis berdasarkan pengalaman kenalan terdekat^^


JEMPUT 'LIKE' DAN KOMEN(=

Monday, October 24, 2011

MENGAPA ADA SANG HITAM BILA PUTIH MENYENANGKAN?

Aku tak tahu apa yang perlu aku ungkapkan tetapi jari ini masih giat menaip tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Aku musykil mengapa perlu ada orang ketiga dalam setiap perkara sedangkan berdua itu lebih baik.. tapi itulah realiti kehidupan. 
Langit tak selalunya cerah, dan hati tak selalunya gembira. Ikut kata hati, ikut peredaran kehidupan..



I LEARNED TO LIVE, HALF A LIFE


Aku tak pernah rasa apa itu cinta. Aku sendiri tertanya-tanya apakah sebenarnya cinta. Mungkin akan muncul kebahagiaan dalam perpisahan tapi jika berlakunya perpisahan, mana mungkin adanya kebahagiaan?
Mungkin, mungkin dan mungkin aku sendiri yang tak paham dengan bahasa-bahasa sastera. Mungkin aku tafsirkan sebegini, dan orang sastera tafsirkan sebegitu. #sigh


Kekadang aku merasakan cukuplah hidup sekadar untuk hidup sedangkan diri sendiri masih tidak cukup kuat untuk menghadapi masalah duniawi. 
tipikal ; semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku sendiri akui tentang perkara tersebut. Yup, aku perlu kuat untuk menghadapi semua yang telah ditentukan olehNya.


Sang hitam boleh memberikan impak yang positif jika kena pada tempatnya. Sang hitam itu sendiri yang akan menguatkan kita dalam menghadapi segala cabaran onak duri dalam kehidupan. Mengajar kita tabah dan terus berusaha dalam menggapai sesuatu impian yang telah diimpikan selama ini. Namun, sejauh mana kita boleh bertahan dan melawan segala anasir-anasir daripada sang hitam itu? Jawapannya ada pada diri kita sendiri.


Aku tak kesah apa yang orang lain kata. Aku langsung tak kesah andaian orang lain terhadap aku. Yang penting aku tahu aku di pihak mana. Yang penting aku sendiri tahu aku berada di paksi yang benar. Persepsi orang takkan kita boleh ubah sampai bila-bila. Aku adalah Aku.

Berazam, Kuat dan Tabah yang akan membezakan diri kita daripada orang lain(:




jar of hearts- shila amzah's cover








till then, regards.
mr_right

JEMPUT 'LIKE' DAN KOMEN(=

Wednesday, October 19, 2011

JANGAN PERNAH TERSUNGKUR KECEWA SELEPAS DIKECEWAKAN

Tipikal tak tipikal ; hidup ini selalu dikaitkan dengan roda. kadang-kadang kita gah di atas dan kadang-kadang kita jatuh tersungkur tanpa sesiapa menghulurkan secebis bantuan kepada kita. kawan seribu tapi yang datang tolong mungkin seorang dan mungkin tiada. pada ketika ini, siapa yang harus disalahkan? diri sendiri atau orang lain?


I WANNA BE THE ONE YOU LOOK FOR IN THE CROWD

Pengalaman sebenarnya mengajar kita untuk menjadi matang. aku pasti dalam kalangan kalian semua, pasti sudah pernah bercinta. tapi adakah semuanya menemui kebahagiaan dalam setiap onak duri, riang bahagia setelah apa yang telah kalian lalui? aku sendiri tak tahu apa 'rasa'nya cinta><
bercinta bukannya sesuatu perkara yang senang dan bercinta juga bukannya sesuatu perkara yang ringan yang boleh diambil ringan. 
bagi sang lelaki, anda patut fikirkan si perempuan jika anda betul-betul pikirkan masa depan dan betul-betul sayangkan dia. orang pernah cakap yang kalau si lelaki sayangkan perempuan, silalah bertemu dengan bakal mertua anda. tapi macam mana nak bertemu jika anda sendiri masih di bawah tanggungan parents anda sendiri? 
#pentingkan apa yang perlu dipentingkan dahulu

Lumrah alam jika kecewa dalam bercinta. kecewa tak bermakna kita harus berputus asa.. dan juga tak bermakna kita harus putus harapan. mungkin ada hikmah. yahhh, again, the VERY typical quote from me. setiap yang berlaku pasti ada hikmah. kalau mungkin Allah selalu turunkan hujan dan suatu hari Allah bagi pelangi dekat kita, rasanya itu sudah memadai. kenapa ade je yang temui kebahagiaan selepas kecewa dalam percintaan? kenapa ade je yang boleh gelak ketawa setelah nangis berduka? semua nye bergantung kepada kita untuk terima sesuatu dengan seadanya dan sabar, tabah dalam menghadapi segala onak duri kehidupan(=

LELAKI SEPERTI AKU - aliff satar

Tak salah untuk mencuba dan tak salah untuk menerima kenyataan dengan hati yang terluka. tapi kita kena engat dan berpegang prinsip hidup; Tuhan menjadikan manusia berpasang-pasangan. mungkin pada mulanya belum tiba masa untuk kite mempunyai pasangan dan pada ketika itu, masih ada si adam/si hawa yang menanti anda untuk mengisi ruang kosong dalam hidupnya. 


do not give up, the beginning is always the hardest;)











regards, 
mr right.


ftnote : twitter @encikkanan



JEMPUT 'LIKE' DAN KOMEN(=

Wednesday, October 5, 2011

"AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA" - SETAHUN (=

Orang sekeliling asyik cerita tentang blog tapi aku sendiri blurr ape maksud di sebalik blog tuh. fine... 
nampak sangat 'kuno' kann tapi rasanye lebih baik mengaku 'tak tahu' daripada mengaku 'buat-buat tahu' kann. 
tak pernah dengar langsung dan sejujurnya, langsung tak pasti apa gunanya blog itu sendiri. yang aku tahu cuma tulis benda peribadi, merapu bukan-bukan dan bla bla bla. tapi yahh.. itu first impression aku terhadap dunia blog neh. bila lama-kelamaan sudah dalam dunia blogging, baru aku paham apa itu ertinya menjadi seorang blogger.

Orang luar mesti tertanya-tanya apa yang kita dapat sepanjang kita berblogging. aku akui yang kita takkan senang-lenang dapat income dari pak cik nuffnang, tapi apa-apa pun, niat tu kena betul dulu. kalau niat korang nak dapatkan income dengan blogging, sila lah tunggu hasilnya setelah 5 tahun berblogging. masa mula-mula aku blogging, aku sendiri tak paham apa sebenarnya aku nak buat dalam dunia maya neh. tapi setelah berkenalan dengan blogger lain, bertukar-tukar pendapat dan sebagainya, baru kita paham blogging ni juga satu 'aktiviti' yang agak menyeronokkan dan boleh dikatakan antara aktiviti yang boleh menambah ilmu. ada pernah aku buat entry pasal mane entah dan ada yang komen yang kata, " dengan blogging, kita tak payah nak beli buku, tak payah nak membazir duit segala untuk 'tambah' ilmu. hanya dengan blogwalking, sekali gus kita dapat ilmu baru dari blogger lain". totally agree.

Bukan senang sebenarnya nak jadi seorang blogger. jadi blogger kena ikhlas. jadi blogger yang dapat menyumbangkan 'sesuatu' kepada readers. bukan jadi blogger yang sioxxx sendiri. once 'karya' kita di-publish kepada umum, secara tak langsung ramai pihak yang akan baca dan perkara-perkara sensitif bagi sesetengah perkara haruslah ditapis terlebih dahulu. so tak ade sesiapa yang akan terasa dengan entry kite. see.. bukan senang kan nak jadi blogger. sape kata yang jadi blogger hanya merapu-meraban jek???

Hati aku mula-mula terbukak masa nak buat blog bila baca blog orang lain dan tetibe rasa yang seronok kalau kite ada blog sendiri. kalau dulu kite ada diari, tapi sekarang kite ada blog. but if you want to make blog as your diary, rasanya lebih elok di-privatekan sebab macam tak best la pulak kalau orang baca kann. pendapat aku, blog adalah medan untuk kite berkarya. berkarya untuk menajamkan dan mematangkan kita dalam berfikir sesuatu. sejujurnya, lama-kelamaan penulisan kita akan lebih matang. kalau korang tengok entry aku kat LinkWithin bawah tuh, jangan la tekan sebab kadang-kadang tu entry yang lama-lama dan aku sendiri pun agak malu jugak nak baca=P

"AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA"

Tanggal 5 Oktober sudah genap aku setahun blogging. bunyi macam singkat tapi sebenarnya banyak dah aku belajar sepanjang aku blogging. kalau anak kecil yang baru lahir, mungkin sekarang dah boleh berjalan. kalau ada antara korang yang kumpul duit selama setahun untuk beli kereta BMW, mungkin sekarang dah dapat. macam tu jugak aku. aku sendiri tak sangka yang bilangan followers aku boleh sampai 8++ . oke, mungkin ade yang rasa annoying dengan statement aku tuh sebab ade je yang blogging hanya sebulan, due bulan dah dapat followers seramai 1k kann.. aku yang setahun ni pun tak sampai-sampai setahun lagi. haha. memalukan >< tapi bila pikirkan balik, aku sendiri nak followers aku yang follow aku ikhlas dalam follow aku. bukan follow hanya sekadar 'follow'. buat apa kalau followers beriban tapi ruang komen zero?? serius aku cakap yang aku sangat suka followers yang suka komen entry aku dan dekat situ secara tak langsung kite dapat bertukar-tukar pendapat kann.. tak gitu?
btw, thanks kepada yang sudi follow blog aku ni ek.

Untuk itu, aku sangat-sangat berterima kasih kepada kawan aku yang tolong aku untuk buat account blogspot sebab kalau tak ada die, mungkin aku sekarang tak ada blog. mungkin aku bukan seorang blogger. dan kepada sifuku Faiqah yang banyak membantu masa mula-mula buat blog dulu. ecewahhh ! ayat tak boleh blah ann=P
Banyak benda yang aku belajar sejak jadi seorang blogger. aku belajar untuk jadi matang dalam penulisan, jangan cepat give up, menjadi kuat dan etc. honestly, sangat seronok jadi blogger. kepada sesiapa yang belum try jadi blogger, please sign up for your own account.  haha.

 HAPPY FIRST ANNIVERSARY MR RIGHT;)


regards,
mr right.


ftnote : entry ni saje guna 'aku' sebab special sikit. dan peserta untuk contest mr right, jangan risau.. nanti mr right umumkan oke. lately ni sibuk dengan kehidupan uni. tapi mr right pasti akan kotakan janji;)






JEMPUT 'LIKE' DAN KOMEN KALAU SUKA ENTRY INI(=