ahli sarcasm

Friday, November 25, 2011

APAKAH MAKNA SEBENAR 'KESEMPURNAAN' HIDUP?

Kalau nak kira berapa jumlah wang yang ada dalam bank, 
mungkin itu tak cukup.
Kalau nak dihitung bilangan waktu yang diberi, mungkin itu tidak menepati.
Jadi, apa sebenarnya yang menjadi titik tolak kepada sesuatu perhitungan dalam mencari 'kesempurnaan' hidup?

Aku inginkan sebuah kereta BMW ##series. tapi dengan apa yang aku perlukan untuk memiliki kereta semewah itu? 
Aku mengidamkan sebuah rumah yang bertingkat-tingkat dekat atas gunung himalaya contohnya. tapi adakah dengan sekelip mata aku akan dapat sebuah rumah yang diidamkan dengan hanya bergoyang kaki dan tanpa sebarang kerahan tenaga?

Tipulah kalau tiada manusia yang menginginkan semua tuh. Fitrah manusia untuk mencintai benda-benda yang cantik mata memandang. tapi adakah dengan kemewahan dari segi material itu dapat menjaminkan 'kesempurnaan' hidup? Mungkin akan ada suara-suara sumbang yang akan berkata; "Yaa.. bagi aku itulah yang dipanggil kesempurnaan hidup. Harta ada, duit ada, jadi apa lagi yang perlu risau !"
Tapi pernahkah kau terfikir yang duit yang engkau agung-agungkan itu boleh hanya lesap dalam hanya sekelip mata? Materialistik penting. Honestly, aku juga mata duitan tapi berpada-pada lah kawan ~ 

Aku mahu girlfriend secantik Lisa Surirumahtangga. tapi bila aku dah dapat girlfriend secantik Lisa Surirumahtangga, adakah hidup aku sudah cukup sempurna? tapi yang paling penting, sudah 'cukup' sempurnakah aku nak memiliki sekeping hati perempuan secantik Lisa Surirumahtangga?? just think about it.

Kadang-kadang sampai satu tahap kita mungkin terlupa asal usul kita. Mungkin kita terlupa siapa sebenarnya tempat kita bergantung. Siapa sebenarnya yang kite perlukan dan kita diperlukan. The concept is simple; Just go back to the basic. Fikirkan semula apakah tujuan kita dalam melakukan sesuatu kerja. Contoh yang paling senang; sebagai student di unibersiti, apakah tujuan engkau orang mari unibersiti? Haruslah nak belajar kann.. tapi kenapa masih ada yang masih terhegeh-hegeh nak mencari 'kapel' di unibersiti ni konon-kononye yang si laki/si perempuan itu akan setia dengan die forever and ever. What the fishmen?! hello~ Tak payang nak bercintun sangat laa. Well, mesti ade yang bertentangan pendapat dengan luahan sarkastik aku ni. Fine, jawapan aku mudah jek. tipikal: lumrah manusia la nak rasa disayangi dan menyayangi. tapi kalau 'kapel' tu sampai memudaratkan diri sendiri, baik engkau #foreveralone. Tak payah nak kusut masai nak pikir semua tuh (bercakap melalui pengalaman kah? tettt !) .. tapi bagi yang sedang berbahagia menjalani 'kehidupan berkapel' , harap 'kapel' aw0ok-awo0k tu tak memudaratkan aw0o-awo0k la yep. Asalkan pandai membahagi masa. Just that simple. tapi apa-apa pun, kena pikir n back to the basic jugak. Adakah dengan cara engkau orang berkapel di unibersiti itu akan menjadikan engkau orang sebagai seorang yang sudah mencapai 'kesempurnaan' hidup? atau membahagiakan ibubapak anda dengan segulung ijazah?? tepuk dada, tanya hati^^


GOD WON'T GIVE YOU ANYTHING YOU CAN'T HANDLE. HAVE FAITH ! GET BORED WITH YOUR PAST, AND FIGHT FOR YOUR FUTURE !!

Mungkin akan ada yang kurang senang dengan contoh aku di atas. But well, semua orang ade pendapat masing-masing. Aku bukan nak men-judge sesiapa dan aku pun bukannya baik sangat pun kan. Siapalah kita nak men-judge orang kan. Aku sendiri pun banyak kekurangan. Kadang-kadang semua masalah itu sengaja datang sekali gus untuk uji kita sama ada kita sanggup dan boleh ke tak tempuhi semua tuh. By the way, untuk mencapai 'kesempurnaan' hidup is simple. Kita ada Allah sebagai tempat untuk kita mengadu dan memohon pertolongan. Kita juga ada ibu bapa untuk kita membahagiakan mereka. Utamakan apa yang perlu dahulu. Kadang-kadang kita sendiri lalai untuk utamakan apa yang penting. But yahh.. again, kita manusia yang sering melakukan kesilapan dan tak lari dari melakukan kesilapan(=
#cumamemberipendapat


till then,
mr right.



notakakikudidalammulutmu : kalau engkau orang rasa dengan block orang kat facebook boleh membuatkan engkau orang mencapai 'kesempurnaan' hidup tuh, just go ahead ;)


JEMPUT BERI PENDAPAT ENGKAU ORANG DAN 'LIKE' (=