ahli sarcasm

Saturday, December 31, 2011

SUKA DUKA 2011 DIJADIKAN TAULADAN DAN KENANGAN

Sekelip mata, 2011 berlalu terlalu pantas. Seperti orang kebanyakan, aku juga mengalami perkara yang sama. Segala perit, suka dan duka 2011 sememangnya akan terpahat rapi dalam kamus kenangan dalam hidup aku. Aku tidak biasa untuk menyimpan azam dan hasrat kerana aku sendiri takut kalau-kalau aku tidak dapat memenuhi impian itu. Cukuplah sekadar aku cuma yang tahu. Alhamdulillah, segala yang telah dilalui sepanjang tahun 2011 ini, aku berjaya menghadapinya satu per satu. 


Perlu ke azam? Jika ditanyakan pendapat aku, mungkin tidak dan mungkin perlu. Well, setiap perkara ada pro dan kontra-nya. Setiap perkara juga ada susah dan senangnya. Semua orang pun tahu kan, Allah swt tak akan menguji umatnya kalau umatnya itu tidak mampu untuk menghadapi ujian itu. Kalau kita diuji, jangan cepat melatah. Duduk dan berfikir sejenak kenapa dan apa maksud sebenar di sebalik semua ujian yang telah diturunkan kepada kita selama ini. Fikir sejenak, apakah sebenarnya hikmah itu dan mungkin secara tidak langsung dapat mengingatkan kita supaya tidak melakukan kesalahan yang sama berulang kali. 


JANGAN SESEKALI BERSANGKA BURUK DENGAN ALLAH


Itu penting. Sangat penting. Mungkin ada yang tidak sanggup untuk menghadapi ujian yang telah diberikan. Tapi kita kena ingat, semakin banyak kita diuji, semakin dekat amal menghampiri kita. Lumrah manusia untuk mengeluh. Tapi kalau hanya mengeluh sahaja tanpa inisiatif lain, tiada gunanya kan? Think.


random picture with my very the murah camera =P


Bukan semua orang bernasib baik, bukan semua orang juga selalu bernasib malang. Tapi kita kena ingat bahawa setiap nasib itu telah ditentukan oleh yang di atas sana. Terima dengan hati yang terbuka. Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah. Segala kesilapan dijadikan sempadan. Jadikannya sebagai titik tolak dalam setiap perbuatan kita dalam kehidupan. Goodbye 2011. 

:: Okey kanak-kanak, sila baca poem yang tah hape-hape kat bawah ni dengan penuh rasa syahdu tapi bersemangat oke. ready, set, go !


 
"2011 mengajar aku erti kesabaran.
2011 juga mengajar aku untuk menjadi seorang yang kuat.
Segala rintangan yang mendatang pasti ada hikmahnya tersendiri.
Aku akan terus maju untuk membuka hati menerima kedatangan 2012."


Welcome to papa, chubby 2012! ececehh~
bye.


regards,
mr right.



notakakikudidalammulutmu : kepada sesiapa yang sudi nak share entry-entry aku, silakan la ye! jemput 'like' jugak. tak kena bayar pun =P

Friday, December 23, 2011

7 WARNA PELANGI KEHIDUPAN AKAN MUNCUL TIBA

Niat di hati tak mahu 'klik' langsung button New Post.. tapi nak buat macam mana, jari ni nak jugak tekan. Asyik bukak dashboard, lepas tu benda yang sama jugak yang keluar. Asyik tekan View Blog, juga benda yang sama juga keluar. Well, jadi malam ni aku dengan tergerak hatinya nak update blog. wehee><! Sila pasang fireworks yang berapi berwarna-warni ituww~ haha

Orang kata, pengalaman mengajar kita untuk jadi lebih matang. Orang jugak ada cakap, kalau ada banyak pengalaman, bermakna kita akan lebih tahu senario kehidupan kita sendiri. Tapi sejauh manakah pengalaman yang sering kita tempuhi itu dapat mengajar kita erti kehidupan? Dalam kehidupan ada dua jenis manusia. Orang yang gagal, dan orang yang berjaya. Tapi dari situ kita juga dapat melihat hikmahnya sama ada orang yang gagal itu akan memperbetulkan kegagalannya dan orang yang berjaya itu akan terus bersenang lenang dan berpuas hati dengan kejayaannya. Allah tidak akan menguji kita kalau kita sendiri tak mampu. Usaha selagi ada daya, ikhtiar selagi dikurniakan akal. 




Semua orang mengimpikan terlukis secebis senyuman dari air muka orang yang disayangi. Kalau tiada usaha, mana mungkin kejayaan itu dapat dicapai. 
Tipikalnya: setiap manusia telah ditentukan rezeki masing-masing.. Mungkin juga rezeki itu boleh berubah jika tiada usaha dan ikhtiar dari kita sendiri. Belon itu tidak akan terapung bebas di udara jika tiada bekalan yang menampungnya. Sama juga keadaannya dalam senario kehidupan kita sebagai manusia. Lepas usaha, baru tawakal. InsyaAllah, jika sudah rezeki kita, ianya akan tetap akan menjadi milik kita. Jika tidak, mungkin ada salah di mana-mana dan Allah simpan 'rezeki' kita itu untuk masa yang betul-betul sesuai. Allah Maha Mengetahui.


Mungkin aku tergerak hati untuk menulis entri yang berkonsepkan 'motivasi' ini sebab final exam just around the corner and all my juniors tengah down sebab course work diorang. Dan aku macam tak rasa juniors aku akan baca entri ini. Jangan risau, entri ini jugak untuk korang semua. Jom kita motivasi diri sendiri ! Well, what do you expect from university life? Inilah realiti kehidupan di universiti. Ada yang dapat straight A's masa SPM dan 4rata mungkin dalam STPM/Matrikulasi.. Tapi itu lain. Yes, sangat lain. Kehidupan di universiti banyak cabarannya. Kalau nak berdiri kukuh, kita kena ada pendirian. Kena ada jati diri supaya kita sendiri tak hanyut dek arus gelombang keseronokkan kejutan budaya itu. Yup, aku bukannya bagus sangat, dan aku bukannya pandai mana pun. Tapi mungkin dengan cara menulis entri ini, insyaAllah aku harap dapat menaikkan semangat enkorang semua yang tengah down mungkin. Sentiasa ingat untuk 'Menjadikan Hari Esok Lebih Baik Daripada Hari Ini' (=


motif aku letak gambar macarons ni 
sebab kempunan tak dapat merasa lagi benda alah neh:(


Apa yang perlu kita buat kalau kita tengah down? urm.. Cara yang paling senang ialah dengar muzik. Mungkin korang dah basi dengan cara yang macam ni tapi inilah cara yang paling mujarab untuk hilangkan stress. Muzik itu kan terapi. Oh yah! Sila karok kuat-kuat juga macam dunia ni engkau yang punya! hahahha. Kedua maybe kau kena cari seorang teman means kawan yang boleh ceritakan masalah kau orang neh. Sedikit demi sedikit, masalah itu akan kurang. Makan mungkin cara yang best sebab tak semestinya kau makan, kau akan jadi gemuk terus kan. Tak perlu la nak judge orang sampai macam tu sekali. Contohnya kalau seseorang ni tengah stress dan dia mengunyah keropok ker, coklat ker... dan tanggapan kau dalam sekelip mata dia akan jadi gemuk? erk, please open your mind. Takkan la setiap masa dia nak mengunyah kan. Takkan tiap-tiap hari dia nak stress. So berpada-pada la kan. Tapi kalau udah setiap masa mengunyah, memang teman edoklerrr boleh nolongnyee. heh


LANGIT KEHIDUPAN TAK SELALUNYA CERAH. SELEPAS HUJAN, 
PASTI AKAN MUNCUL PELANGI(=


Ayat ni tetiba aku terpikir bila lepas aku baca buku Meteorology aku. Taksub? Kadang-kadang buat ayat sendiri pun macam best jugak kan. hee. Memang betul pun. Jangan expect sesuatu yang tinggi dalam kehidupan kau sebab kau sendiri tak akan tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Contoh paling mudah, mungkin kau gagal hari ni tapi selepas itu kau terus dan terus berusaha and at the end, kau berjaya. haa.. Itulah yang dimaksudkan dengan 'Pelangi' tuh. 7 warna pelangi itulah yang sebenarnya menceriakan kehidupan seharian kita. Jangan khuatir, 7 warna pelangi itu akan mucul tiba suatu hari nanti^^


Erk, tetiba aku terasa macam panjang gila la pulak aku taip malam ni. Dah jadi ahli psikologi ke apa. Sila abaikan jika ada sebarang kecacatan kerana sesungguhnya, aku bukan ahli psikologi mahupun ahli motivasi. Hakhak. btw, fanpage facebook mr right akan ditutup buat sementara waktu. Jangan risau, nanti akan bukak balik ek. Bubye!


till then,
mr right.



notakakididalammulutmu : Usaha kita itu yang akan menentukan jurang perbezaan kejayaan antara kita dengan orang lain.

Friday, December 2, 2011

SETULUS NUKILAN MR RIGHT - REMAJA

Hello semua. Jangan keliru dan pening-pening. Jangan tekan 'x' kat hujung belah kanan tuh. Yes. Ini blog mr right tapi kali ni kita tukar mood plak. Entri asyik selalu nak serius je kan. Tape, kali ni kita relax-relax di petang jumaat. hee. Tapi pelik ada yang kata lately ni entri-entri aku asyik berbaur sedih jaa.. yeke? haha. Jangan risau, aku tak sedih, tak jiwang mane pun. Itu cuma penulisan semata-mata. Bila budak yang tak amik subjek sastera nak berkarya, gitulah jadinya=P

Okey, kembali kepada tajuk asal. Ade la dalam dua hari lepas, ada sesuatu yang 'peliks' berlaku dalam hidup aku. haha. pelik ka? Tak semena-mena aku kena beli Majalah Remaja. Kenapa? Gini ceritanya.. Honestly aku memang tak tahu langsung yang segmen review dalam blog remaja edisi kali ni ade blog Mr Right. Pada satu petang tetiba kawan blogger; Afif El Nino pm aku pasal neh. Tengah kusut-kusut balik dari kelas yang sangat panjang, tiba-tiba Afif bagitahu;

"GUA NAMPAK MACAM LU JE DALAM MAGAZINE REMAJA. HAHA"

Oke, masa ni aku dah tak keruan. Betul ke tipu-tipu sebab blog aku ni takde la hebat benau nak masuk majalah segala kan. Semua perempuan yang ada dalam kedai tu semua dah tengok aku semacam sebab beli Remaja. choi~ muka dah tebal so beli ajelah! huu

kitewww sukkkewww seemuuaaa 
covewww versionn shilaaa amzahh!



 sila beli Remaja sekarang untuk tengok Shila Amzah ! haha. 
poyo dan sila abaikan=P


Terasa cam melampau la pulak aku nak buat entry pasal neh, tapi lantak lah. Dulu-dulu ade la jugak teringin nak tengok blog sendiri masuk majalah. Asyik tengok blog orang lain ajekan.. Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak impian. hee. Itulah orang kata, sabar itu kan separuh dari iman. Mungkin sesuatu yang kita nanti-nantikan tu lambat dapat, walau apa jua sekalipun selagi ianya masih milik kita, InsyaAllah kita akan dapat juga. Hamboiihh! Kemain bermadah petang-petang jumaat neh. hee


Terima kasih sangat-sangat kepada pihak Remaja sebab sudi review blog mr right yang tak seberapa neh. Follower pun tak beriban.. ehhh~~ tapa-tapa. biar follower tak beriban, asalkan kita puas dengan blog kita. hehe. btw Remaja, nama aku 'Muhammad' not 'Mukammad'. hee. Anyway, thanks jugak kepada follower dan readers yang sudi baca blog aku yang tak seberapa neh. InsyaAllah, aku akan terus berkarya selagi blog ini masih wujud(: Tetiba blog ni dah tak jadi private. Jiran tetangga kat kampung pun dah tahu. homaii ~


bye !

regards,
mr right.


notablogencikkanan: sudah hampir final, jadi akan kurang blogging. jumpa lepas final semua! doakan aku ><

JEMPUT 'LIKE' DAN KOMEN(=