ahli sarcasm

Thursday, January 19, 2012

FACEBOOK VS TWITTER

Peace be upon you. Nampak tak apa yang lain? Blog aku dah bertukar wajah! Konon-kononnya sempena tahun baru lahh.. Tapi aku tak tukar header sebab aku suka header tuh yang Cik Kumbang buat. hee.. thanks! 

Well, macam dah lama gila aku tak update kan. Maaf sangat-sangat sebab rituh aku dalam tempoh memencilkan diri. Memencilkan diri? haha. Macam hape je bm aku. Tapi takpelah. Sebab itu semua benda elektronik aku dah tak aktif. Blog, Facebook, etc. Twitter? Well, sejak dua menjak aku dah pandai sikit main tweet-tweet ni, aku #aktif la jugak nak bertwitter kan. Ada orang ajukan pendapat dia kepada aku pasal ini:

TAK ADA MAKNANYA KALAU KAU DEACTIVATE FACEBOOK, DAN KAU ACTIVE TWITTER

Ladies and gentleman, Brothers and sisters, Pak cik dan mak cik.. Facebook dan Twitter memang sangat banyak perbezaan. Facebook kau ramai followers, tapi twitter suam-suam kuku macam aku nie, berapa je yang aku ada kan. Cuma Dr Fazley je yang follow twitter aku. Hahah. Ayat aku macam nak bagi penampar kan. Dah takle nak riak lagi kann. Padahal Dr Fazley follow ramai lagi, bukan aku ja. HAHA. Bagi aku, kalau kau melayan twitter, serius kau tak akan menghadap lama-lama sebab yahh.. Orang buat twitter pun bukan nak jadi macam Facebook, dan orang buat Facebook, bukannya nak jadikan Facebook tu macam Twitter yang kau boleh update status setiap masa. Okey, point aku kat sini, the reasons y aku active Twitter and deactivate my Facebook account is just untuk releasekan tension aku. Hidup aku serius tenang masa tak ada Facebook rituh. Mungkin, mungkin reasons aku ni tak ade lah nak munasabah benau tapi aku bagi kau orang senario ini:

Senario 1:

'Facebooker' update status : Hari ni aku gadoh dengan minah jongang sebelah rumah. Cilaka kau minah! Aku rejam kau cukup-cukup !!

Friend 1 komen : Ish kau nie. Kalau nak update status sekalipun, tak payah la nak guna bahasa macam tuh sekali. Malas la nak kawan ngan kau dah. Putus kawan ><

Friend 2 komen : Oit! Minah jongang tu kawan aku oke. Aku tak kira, aku nak report kat dia. Tak kira. Tak kira. Tak kira. (sambil hentak-hentak kaki)

Minah Jongang komen : Hoy! Hang pasaipa? Nak cari gadoh dengan aku? Mai la jumpa kat padang malam nanti. Aku gigit hang !!!!

Perbualan tamat dan depa gadoh sambil tarik-tarik rambut kat padang.

----------

Faham situasi tuh? Kan tak best kalau kau update status berbaur 'perasaan' macam tuh. Kan tak best kalau orang baca. Nanti timbul pergaduhan and bla bla bla.. Kan tak best. Kan tak best. erk, bape kali aku nak ulang kann.. Well, aku sendiri ada pengalaman macam tuh. Sebab tu aku up entry ni supaya pengalaman aku tu tak akan jadi pengalaman untuk korang jugak kann. Sama-sama kita belajar dari kesilapan:)

Let's assume senario dalam twitter:

Senario 2:

Peng-twitter tweet : Hari ni aku gadoh dengan minah jongang sebelah rumah. Cilaka kau minah! Aku rejam kau cukup-cukup !!

Peng-twitter 1 : 'Retweet'.

Peng-twitter 2 : 'Favorite'.

Selang beberapa minit... *krik*krik*krik*

Selang beberapa jam... *krik*krik*krik*

Dan akhirnya tweet tu hilang macam itu sahaja. Kembali buat benda yang tak lagha. 
Dan lepas tu tweet lagi :

Peng-twitter tweet : Nak gi makan Itik Panggang. Hampa makan dak???
Peng-twitter 1 : Kat mana weh?
Peng-twitter empunya tweet : Kat Kampung Kak Jah.
Peng-twitter 1 : Okey2.

Selang beberapa minit... *krik*krik*krik*

Selang beberapa jam... *krik*krik*krik*

Tutup lappy.

----------

Twitter ada limit. Limit yang korang tak boleh nak tulis banyak-banyak. Secara tak langsung, limit tu buatkan kita untuk fikir banyak kali setiap kali nak tweet/reply tweet. So bila kita limitkan apa yang kita nak tulis, mungkin itu tak akan mengguriskan hati sesiapa. Buat-buatlah masa tu kau tengah meroyan, then kau tak boleh taip panjang-panjang dalam twitter. For sure, ko kena limit-kan 'kemeroyanan' kau tuh kan (Okey, aku lah perosak bahasa dunia masa kini) So, aku sendiri tak rasa yang twitter suatu benda yang buang masa instead kalau kau guna facebook, memang kau akan menghadap benda alah tuh berejam-rejam. 

FACE THE BOOK, NOT THE 'FACEBOOK' . HAHA

Okey people, think first before you say something to others. Diorang ada reason diorang sendiri kenapa dia buat itu, kenapa dia buat ini. Tak akan semua benda nak kena bagitahu semua orang kann. Apa-apa pun, aku tak salahkan sesiapa dalam hal ini. Tak salahkan orang yang bertanya dan orang yang mengajukan pendapat sebab semua orang mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapat kan:) 




Main point aku kat sini bukannya aku nak cakap yang Facebook tu melalaikan. Aku tak cakap yang aku tak akan active facebook dah. Kalau melalaikan, kenapa pendakwah-pendakwah semua menggunakan Facebook sebagai ruang untuk diorang sebarkan dakwah kan. Kenapa ada yang jumpa kawan-kawan lama melalui Facebook kan. Kenapa ada yang boleh buat Facebook sebagai ruang perbincangan tentang study kan. Itulah kebaikan Facebook yang orang lain tak tahu. Dan disebabkan aku deactivate Facebook ritu la, tak ada sapa nak jenguk blog aku. T.T sebab Page aku automatically deactivate jugak so entry latest tidak diupdate kat page la kan. Jangan risau. Kalau ada yang terlepas nak 'like' page aku dan baca entry-entry yang lepas, sila klik link di bawah:

PAGE FACEBOOK : PAGE MR RIGHT


Till then, bye !

Mr Right.

kakimukabelog : Aku ramai follow retisss sebab aku macam bajet yang aku #retiiissss ... puihh! Follow my twitter @encikkanan :)

17 25 SARCASM BERKATA-KATA:

myra abdullah said...

itulah gayanya di Facebook dan tweet.
sometimes melampau-lampau.
yg penting jgn join sekaki..ambik tauladan and jgn wt bnde yg same.
bende elok kite shared bersame,yg tak elok biar kite saje yg tau.
tak elok tunjuk aib org..

anyway,nice sharing =)

CekbOlat-bOlat said...

aku pun suke tweet!
tweet la bolat jugak! >_<
heheh..

mmg tak dnafikan fb vs twitter

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Pergh!
Fazley follow tu :)

Miss Red Apple said...

waiting for mr Right to update his blog again...:D

Lady Diana said...

hahaha...kelako ler...hikhik :))

Doktor Love said...

Agaga...dah lame xjejak cini. menghilang yer...
anyway,nice one mr.Right.
Dr.Love pon skarang dah bertwitter. huhu.. meh la folo @FatinDanea.
=)

mr_right said...

@MYRA ABDULLAH..

THANKS MYRA. BETUL TUH. BUKAN SEMUA BENDA BOLEH KITE UPDATE KAT STATUS FB KANN:)

mr_right said...

@CEKBOLAT-BOLAT

HAHA. APE TWEET BOLAT? MAI NAK FOLLOW:)

mr_right said...

@LORD ZARA..

ELEHH... ZARA LAGI FEMES KOTT.. 5 K GITUUWWW!!!

mr_right said...

@MISS RED APPLE..

OUCH! THANKS:) TERHARU. HEE

mr_right said...

@LADY DIANA..

HEE. TERIMA KASIH:)

mr_right said...

@DOKTOR LOVE..

THANLS DR LOVE. KEMAIN KANN~~ HEE. DAH FOLLOW !

Nyamuk Terbang said...

i like twitter
ekeke
lg pn leh update 1 minit skali..haha

mr_right said...

@NYAMUK TERBANG..

KAN? IMAGINE KALAU KITE UPDATE SETIAP MINIT KAT FB, TAK KENA HAMBAT ~ HAHA

Azham Vosovic said...

Hai Encik Kanan...baru singgah sini... sehat ke?

.........cP~ said...

Kesimpulannya, jangan buruk-burukkan orang walau di mana jua anda berada. kan?
Suka FB seabb simple.

Fee Hafeezah said...

hehe..hello kawan..free time lah sekarang..cuti lame..ape da..update..update..update.. :D

aku bkk fb cek noti je kot la de bnde penting..

tweet aku jarang-jarang..hehe..dah follow encik kanan dah..

:)