ahli sarcasm

Tuesday, January 31, 2012

IF YOU WANT TO BE A FAMOUS BLOGGER, BE A GIRL #MITOS

Peace be upon you. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku open 'New Post' ni. Selama ni nak je aku klik, tapi tak tahu nak update apa. Dalam orang lain sibuk menjalani kehidupan seharian, aku sibuk menyibukkan diri dengan Facebook, Twitter, Blog. Aku tengah cuti semester, dan mungkin sebab itu jugak lah otak aku tak boleh berkembang, jadi ilham pun susah nak dapat untuk update blog. Ouch, so pathetic !


IF YOU WANT TO BE A FAMOUS BLOGGER,
BE A GIRL !


Ayat tu aku dapat dari twitter kawan aku. Damn right ! Tapi jangan la si lelaki nak menyamar bertukar jadi perempuan pula kann. It's much better kalau kita jadi diri sendiri kan. Kalau jadi orang lain, sama ada anda tipu orang lain dan anda sendiri tipu diri sendiri. Enough mumbling ~


Mungkin dekat sini aku boleh katakan yang diorang-diorang ni public figure dalam dunia blogging. Sapa tak kenal Fatin Liyana, Maria Elena, Hanis Zalikha, Dunia di Sebelah Zara , Dena Bahrin dan blogger-blogger famous yang lain? Frankly to say, these girls buat blog memang ada isi. Aku bukan nak membodek, nak mengayat ke ape tapi serius kalau diorang ni semua update blog, memang ada isi. Memang itu sebab utama kenapa diorang-diorang ni famous. Gorgeous + Educated. Itu sebabnya diorang ni famous. Nak-nak kalau dah masuk majalah, model sana-sini kan. Tak ke beriban followers. Pergh ! Serius kagum. Ouh yah ! Aku sangat suka dengan artwork Dr Cinta neh. Check it out !


Mungkin ramai akan tertanya-tanya kenapa aku up-kan entry ini. Honestly dah lama aku perhati isu neh. Sejak dari aku mula-mula berblogging dulu cuma mungkin serunya tak sampai lagi. So sekarang aku nak cakap yang seru aku dah sampai la kann.. Mungkin Ya=P


Aku sendiri dapat rasa yang diorang ni pun sebenarnya bukan senang nak capai tahap macam sekarang. Kau engat senang nak dapat followers beriban? Aku pun tak dapat-dapat lagi tau tak? hahah. #GilaFollowers. Lain la kalau ada yang masih guna trick 'I follow you, Please follow me back'. Enough said, sila bawak slogan tu canang satu dunia. Kan seronok kalau diorang semua follow kau. Satu dunia woo ~ Mesti kau buat kenduri sekampung kannn #sarcasm . Well, cuba tanya blogger yang hebat sekarang, ada ke yang guna slogan macam tu masa diorang masih hijau dulu-dulu? Jangan jadi terlalu ingin mengharapkan jalan yang mudah untuk berjaya. Kalau readers rasa engkau punye blog patut di-follow, diorang akan follow dengan rela hati. 
Jangan risau. 


BLOGGING IS A PART OF MY LIFE
 

Dalam isu ni, aku tak ade la cakap yang blogger Lelaki tak se-famous blogger wanita. Sila potong jari kaki siapa tak kenal dengan The Other Khairul, Ayeem Ayam. Paling kuat pun kepada sesiapa yang suka gosip-gosip retisss ni, Beautiful Nara ade kan. Sampai dapat award Nuffnang amende tah baru-baru nehh.. Haa, sape cakap yang blogger lelaki tak se-famous blogger wanita. Cuma ada kelebihannye kalau blogger wanita pergi photoshoot sikit, lepas tu update blog, tup tup ramai yang follow. Kalau blogger lelaki yang pergi photoshoot dan update blog, ade yang nak bace? Haremmmm~ Apa-apa pun, semuanya bergantung pada usaha kita kan.


Manusia memang diciptakan untuk menyukai benda-benda yang cantik kan. Nak-nak perempuan. Kalau aku bukak blog dak-dak perempuan ni, jangan cakap laa.. Selagi ada ruang, mesti nak letak aksesori, pink sana, pink sini. Hee, tak salah pun. Itu blog anda kan. Jadi itu hak anda. Tak menjadi satu kesalahan pun. Kadang-kadang benda-benda yang macam tu yang boleh menarik perhatian orang untuk membaca kan. So pegang prinsip yang 'Kalau kita nak jadi blogger yang bermaruah, Jangan hanya omong kosong, Update selagi ianya mampu untuk memberi kesan kepada readers dan juga followers' . Tak gitu Mak Jemah? 


Rasanya cukup la kat situ aku merapu. Harap Kaum Adam tak salah sangka dengan apa yang aku update kali ni. Kaum Adam pun ada kelebihan kami sendiri. Mungkin tak ramai sebenarnya Kaum Adam dalam dunia blogger ni, tapi percayalah yang 'sikit' tu sebenarnya berkualiti. Ecewah! Kemain angkat bakul sendiri. Haha.


Till then, bye u'olls !
Mr Right.



Notakakikudidalammulutmu: Isu gender kalau nak diikutkan memang tak akan habis sampai bila-bila. Apa yang penting dan perlu kite tahu ialah; Setiap kejadian yang Allah ciptakan itu sememangnya ada keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri:)

23 25 SARCASM BERKATA-KATA:

Fee Hafeezah said...

tiada yg benar melainkan ia benar..

setuju doe kau cakap! seriously mmg lumrah idup mcm tuh..manusia semua nak berada di atas..

actually, kena ikhlas dan jujur..buat sesuatu ikhlas, jujur semua menjadi..tp tak lupa jugak dgn ketentuan-Nya..insyaALLAH..am i right mr right? :D

Muttallif said...

Yap, saya sendiri tengok ramai blogger perempuan yang ramai follower. Tapi bukan satu isu besar.

Bagi saya, follower adalah mereka benar2 follow apa yang kita tulis dan mereka sememangnya menanti apa yang kita akan "Post".

Bagi "i follow u, follow me back", terpulang kepada mereka sendiri.Mungkin dengan ramai follower, mereka akan menghasilkan sesuatu yang menarik nanti. :) Doakan sesuatu yang terbaik bagi mereka.

Sekadar pandangan. Salam

Azham Vosovic said...

PANAS! PANAS! PANAS! ENTRY PANAS Hehe

setuju dgn pendapat Encik Kanan ni....blog perempuan yang selalu saya jumpa, mesti ada guna warna pink, letak glitter2 tu, ada lagu...hurm, gambar boyfriend, hurm...byklah hehe

Dianaa said...

Err, semua lelaki blogger yg komen entry ni. Hihi! Yeah, memang betul perempuan lagi famous dalam dunia blog. Lagi2 kalau perempuan tu cantik, confirm ramai yg gatal tangan klik button follow tu. Kaaan? Tak pun kalau blog perempuan tu cun melecun. Kadang2 lelaki pun famous juga dalam dunia blog. Contoh macam blog abg Ben :) ramai woo follower dia
#first time komen entry orang panjang2 gini, hihi.

Aesya Zealous said...

tipu..blog aku takde pink pun..hahaha (patutla x femes)

haha! btw, ade betulnya. ala, ramai je yg bloger laki femes. cume tak disebut2..

mizmarmalade said...

Berblogging utk kepuasan diri sendiri... Itu yang penting :')

visitme@FaTiN cOrNeR said...

yes..agree..tp bg aku, blogging just for fun.xkesa psl follower.*err..yeke??haha..jnji ada yg komen..d=>

Hana Foswana said...

nasib baik blog hana pehpel sana, pehpel sini..tade pink sana sini~ heee..best entry! tq~ :)

mr_right said...

@Fee Hafeezah

yes you r right fee retiss ! hee. lepas ni kena lebih ikhlas dalam mengarang neh ! hahha

mr_right said...

@Muttallif

yup, followers jugak salah satu elemen yang penting untuk kite terus berkarya kan. kadang2 perbuatan diorang spam kat link group blogger dekat facebook macam agak kurang menyenangkan. dulu ada pihak yang melarang, tapi sekarang dah senyap. hmm, tak tahu kenapa. btw, thanks for the opinion bro:)

mr_right said...

@Azham Vosovic

hee. thanks azham. tamau tukar background pink ker?? =P

mr_right said...

@Dianaa

hee. terharu komen panjang2. serius itu betul. tapi semuanye nasib la kann.. kalau cantik dan berilmu, lagi advantage. tak gitu?

mr_right said...

@Aesya Zealous

elehh.. yeye je tak femes =P itulah.. tercari-cari jugak blogger laki yang femes. ada cadangan?

mr_right said...

@mizmarmalade

itu sangat setuju mizmarmalade:) kepuasan untuk diri sendiri lagi penting kann.. thanks for coming and read !

mr_right said...

@visitme@FaTiN cOrNeR

kan? kan? kalau ada yang komen entry, rasa nak blogging lagi seronok. hee. thanks for comment here:)

mr_right said...

@Hana Foswana

cepat tukar pink ! hahahahha. thanks jugak datang baca n komen sini ye Hana:)

cik najihah said...

nk pemes x semestinye jadi orang lain kan..
cume perlukan usaha je :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Awww.
Terima kasih sebab tulis tentang DSZ. Itu satu penghormatan dengan meletakkan sebaris dengan figura blogger lain yang cantik dan terkenal. Dan saya bukan sebahagian daripada mereka.

:)

Apa pun, baru-baru ni je DSZ ada warna sedemikian rupa. Kalau tak, warna putih paling minimalis. :)

mr_right said...

@cik najihah

yup, usaha kan tangga kejayaan. kan?? hee

mr_right said...

@♛ LORD ZARA 札拉 ♛

u'r welkam. satu penghormatan juga dsz datang komen sini. terharu. huu. btw, blog dsz sangat bagus. jangan berhenti keh:)

vshnu narav said...

ERK? mesti trafik entri gile tinggi...HAHA!! btw gud job buddy...n i cant agree more when u say abt pink sana pink sini...mne2 blog pompuan pon, ta sah klu tade pink...even lil bit pon jdk laa...haha...

mr_right said...

@vshnu narav

eheh. tinggi? edokler.. bese2 jek. hii

tomatokering :) said...

nak jadik pompuan lah ceni. hahahaha :PP