ahli sarcasm

Friday, February 17, 2012

NIKMAT SYUKUR ITU INDAH ♥

Peace be upon you. Hye semua. Tahukah anda yang bukan semua benda yang kita idamkan dalam dunia ni, kita boleh dapat? Mungkin kalau kita bernasib baik, benda yang diidamkan itu insyaAllah akan menjadi milik kita. Bukan semua juga berlaku tanpa diduga. Jadi, kita kenalah sentiasa bersedia dengan apa yang bakal berlaku kan:) 


Orang Malaysia selalu cakap yang hidup ini bagaikan roda. Roda takdenye yang berbentuk segi empat/segitiga/whatsoever lah bentuk kann. Roda berbentuk bulat. Kadang-kadang kita dekat atas, kadang-kadang kita dekat bawah. Tapi aku nak buat satu analisis sendiri. Kemain nak buat analisis segala macam la aku ni pandai sangat. HAHA. Okey, bayangkan kalau kita mempunyai sebuah pasu dan sebuah pasu bunga dan sebuah kebun bunga dan kite juga diberikan benih-benih bunga. Mungkin ramai yang terfikir kenapa perlu ada dua medium yang memang berbeza saiz : Pasu Bunga dan Kebun Bunga. Kalau anda, yang mana satu pilihan untuk membenihkan benih bunga itu?




Senario 1 : Pasu Bunga

Okey, Si A pilih untuk ambil inisiatif pasu bunga untuk menanam benih bunga itu. Mungkin Si A terfikir yang kerja lebih senang jika dibandingkan kalau nak amik kebun bunga sebagai inisiatif. Si A kemudiannya menanam benih bunga itu dalam pasu bunga. Tiap-tiap hari dia semangat siram dan jaga dengan sebaik yang mungkin. Ada dua situasi. Situasi I yang mana Si A menjaga benih itu dengan sebaik mungkin. Jaga dengan penuh rapi dan akhirnya bunga itu tumbuh dengan mekarnya. Situasi II yang mana pada mulanya Si A sungguh-sungguh jaga tapi lama kelamaan, Si A sudah jemu dan tinggalkan pasu bunga itu dalam keadaan yang tak terjaga. Nampak perbezaan? Perbezaan yang mana kalau kita ada usaha untuk menjaga , sudah pasti bunga itu akan tumbuh dengan baik kan. Silap-silap haribulan, kita boleh jual bunga itu. Kalau kita hanya buat kerja dengan sambil lewa, memang tak boleh nak cakap apa.


Senario 2 : Kebun bunga

Cuba bayangkan yang Si B ada kebun bunga dan juga diberi benih bunga untuk ditanam. Pada mulanya Si B sangat rajin menjaga bunga-bunga itu. Bayangkan juga dua situasi yang mana situasi tersebut seperti senario 1. Situasi I yang mana Si B sangat menjaga bunga-bunga tersebut dan akhirnya berjaya membuat 'duit' dengan hasil kerja kerasnya itu dan situasi II yang mana Si B lama-kelamaan meninggalkan kebun bunga tersebut dalam keadaan yang tidak dijaga dengan rapi. Nampak perbezaan antara dua situasi ini? Dan persamaan dengan senario 1 dan senario 2 ? 


Pengajaran situasi di atas, sebanyak mana usaha kita, sebanyak itu yang akan kita dapat. Memang situasi sama yang mana situasi Si A dan Si B menjaga amanah yang diberikan sebaik yang mungkin, bersungguh-sungguh dalam menanam bunga-bunga tuh, tapi perbezaan yang ketara sudah semestinya Si B akan dapat lebih keuntungan kerana lebih besar usaha yang diberikan, lebih banyak keuntungan yang kita dapat peroleh. Tak gitu?


**********


Dalam hal ni, usaha menentukan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Bukan semua orang senang untuk sentiasa bernasib baik dalam kehidupan. Kalau yang mula-mula celik lihat dunia dah ada harta karun dekat tepi dia, memang tak payah risau apa lah. Memang 7 keturunan tak habis dimakan. Walaupun kalau kita tidak begitu bernasib baik, mungkin inisiatif kita sendiri yang bakal mengubah nasib itu. Hikmah yang bakal menyusul mungkin awal dan mungkin lambat. Namun, kita kena sedar yang hikmah itulah yang akan menyedarkan kita tentang apa maksud sebenar 'kesalahan' itu sendiri. 





Walau apa pun yang terjadi, senyum itu mungkin ubat yang terbaik. Mungkin senang untuk diucapkan bagi kita yang tak mengalami nasib itu, tapi kite kena percaya yang setiap yang berlaku pasti ada sebabnya yang tersendiri. After the rain, there are always rainbows. Mungkin Allah nak sedarkan kita apa yang betul dan apa yang tak betul. Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan everything would be fine. Percayalah, Allah ada sebab Dia yang tersendiri. 
Allah Maha Mengetahui :)


Sabar it perlu sebenarnya. Orang kata 'Sabar itu separuh dari Iman' kan. Kalau kita hadapi sesuatu masalah, please and please keep telling yourself yang setiap masalah ada hikmah. Jangan terlalu mengikut perasaan dalam buat sesuatu tindakan. Tak kira lambat atau cepat, hikmah itulah yang akan menyedarkan kita. One more thing, bersyukur ketika menghadapi sesuatu musibah. Bukan semua orang akan diuji dan bukan semua orang juga mampu menghadapinya. Allah akan uji apa yang kita mampu kan? 
Okey, stop mumbling. Bye.



Till then,
Mr Right. 




Notamulutsendiri: Warna hari esok, kita yang bakal tentukan pada hari ini. Jangan putus asa dan teruskan untuk mencuba. Teruskan bersyukur dengan apa yang ada supaya tak timbul Kufur Nikmat:) Lastly, Nikmat syukur itu sememangnya indah. Jap, simpulan bahasa untuk 'kebun' tu 'sebuah' ke ek? HAHA. Fail BM !



p/s : Tamau bosan-bosan bace entry aku ni ek ! Entry berbentuk motivasi mungkin. hee
 

2 25 SARCASM BERKATA-KATA:

wanabee said...

salam ,
hai ..hallo hallo ..
hehe..teruja2 bcause this is my 1st comment kat blog ni ...
yes ! i agree ...
hehe..dan kadang2 ,
orang kita selalu ucap syukur..
but nak tunjukkan rasa syukur pada Allah tu punya payah ...

huu..yes everything yg jadi mesti ada hikmah ..

nice entry anyway ! keep it up .

nadira shahid said...

kadang2 generasi sekarang sudah banyak dimanjakan. tak nak usaha sendiri, mengharapkan bantuan orang lain..