ahli sarcasm

Saturday, February 11, 2012

'RABBITS' ITU 'ARNABS'.

Peace be upon you:) Hey semua ! Udah lama tak ketemu seh.. Yahh, yahh.. Aku tau aku dah lama tak update blog. Sampai satu tahap follower aku kurang. Meroyankah aku? Tidak. Jangan risau. Memang salah aku pun sebab salah aku yang dah tak update blog sangat kan. Kalau aku, aku pun akan unfollow. Maaf, bukan sengaja tak mau update. Cuma ilham saje tak mau hinggap dekat kepala otak ni. Tengah cuti semester, memang macam ni la kan. Hee.


Cuti semester tinggal lagi seminggu. Sekejap je haa cuti semester kali ni. Cuti semester lepas empat bulan, tapi semester ni cuma sebulan jek. Kalau cuti lama-lama pun, malas bertambah-tambah la nanti kan. Okey, ape sudah aku merapu neh=.= Nampak tajuk kat atas? Macam orang tak belajar bahasa je kan. Untuk pengetahuan korang, aku memang perosak bahasa sedunia. Lawak jek. Ampun, jangan saman aku sebab aku tak punya apa-apa. Hahah. 


Semenjak aku balik cuti ni, mak aku sudah bela arnab nama Putih ! Nak tengok gambar? 


Ouh, ini bukan arnabs nyee.. ini cuma gambar hiasan. Tapi warna sama. Haha


Actually bukan mak aku je yang bela arnab, akak aku pun bela. Jiran pun ada yang baru-baru ni yang bela arnab. Tah kenapa tetibe semua orang nak bela arnab. Musim bela arnab kah? Hahah. Arnab mak aku dok kawan dengan arnab jiran tuh. Tup Tup dah kapel=.= Takdak gheja betoi. 


 Ini ialah budak yang peminat setia bermain dengan arnab mak aku. Hahah



Ini arnabs akak aku. Ape tah nama depa.. Hahah. Comel ka? Aku cam geli=.=
Lepas pegang mesti basuh tangan guna sabun.


Alhamdulillah, hasil 'pernikahan' mereka, mereka telah dikurniakan 3 ekor arnabs junior yang agak comel. 2 ekor putih, sekoq hitam. Heheh.




Nampak yang tengah bergolek dalam bakul merah tuh? Haa.. itulah anak-anak mereka. 28 Januari hari tu lahir. Dah le bukak mata pun sekarang. Anak jiran dah cop nak sekoq-.-"


Dulu aku ada sekoq kucing siam yang sangat comel. At last kucing tu mati sebab kena langgar dengan kereta Pak Cik aku. Memang sedeh gila la kan. Masa tu raya kalau tak silap aku. Dah lama rasanye. Lepas tu family aku dah tak bela apa-apa. Disebabkan dah lama tak bela binatang perliharaan, so aku ada sedikit 'fobia' dengan binatang-bintanag neh. Actually aku tak suka sangat binatang-binatang perliharaan neh. Nak buat macam mane kan. Tapi aku sure orang puan mesti suka sangat dengan kucing, arnab, etc kann.. Well, orang puan kan penuh dengan kasih sayang. Ayat macam nak mengorat je kan. Chooii gila ! Hahah


Tapi selain sebab kat atas, aku wondergurls la jugak kenapa orang puan ni suke sangat dengan binatang-binatang ni ye? Mesti ada sebab lain kan. Cer kongsi, Cer kongsi. Mana la nak tau ceq bole buat pool survey ke kan. Oke tipu sebab aku tak serajin itu. HAHA. Boleh jugak kongsi kalau-kalau korang ade binatang peliharaan yang 'eksotik' dan 'tak eksotik' ke kan. eheh.


Bye.


Notakakiarnabarnabku : Blog aku kadang-kadang merapu. Tapi nak buat macam mana kan. Aku bukan ahli pemikir yang selalu ada ilham. Takpe la kot kadang-kadang kite nak merapu kan. Santai sekali-sekala. Hee. Orang puan = Orang Perempuan. Peace y0w !

10 25 SARCASM BERKATA-KATA:

Athira Azrin said...

Pandai awak menulis. :)

Athira Azrin said...

Pandai awak menulis. :)

pencinta kucing said...

lebih suke bela kucing yg terbiar di tepi jln... xperlu penjagaan yg rapi.. sebab hti yg suci susah di cari (ala2 iklan sabun)

Nana said...

besar jugak anak dia ek??awak x letak arnab kat luar rumah ke?cer buatkan kandang,pastu korekkan lubang..mesti arnab2 tu happy.

cik abbit said...

aaah suke nye ngan Arnab. suke sgt. tp xberkesempatan sbb parents tak kasi. geram tengok pic dalam cawan tuh

Azham Vosovic said...

dulu sy pernah bela arnab....tp x lama sbb dia suka berak! last2 jual balik kt kedai haiwan tu huhu

huda jamil said...

haha. awat comel sgt word 'pernikahan' tu. cute ohh rabbit yang 1st pic tu :)

syira rahim said...

ya Allah, comelnya arnab-arnab tu. Nak bela tp mak taknak :(

cik wanie Lovela (CWL) said...

rabit comel kan

Fee Hafeezah said...

OMG, the arnabs , the rabbits, the very the chumilllsss..meletups pommpooom arnabs u masuk blog..awwww...hahaha :P