ahli sarcasm

Saturday, February 25, 2012

SABAR HADAPI KETENTUAN

Peace be upon you.


Duduk berseorangan, aku hanya memikirkan setiap nasib yang bakal tiba pada masa yang mendatang. Sebagai manusia yang kerdil, akal fikiran tidak dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku di kemudian hari. Tabah dan reda menjadi pegangan untuk memperoleh ketakwaan-Nya.


Aku sendiri tidak pernah merasa bagaimana kehilangan orang tersayang. Namun aku dapat merasakan bagaimana perasaan sahabat apabila kehilangan orang yang disayanginya. Seperti kebanyakan berkata, Berat lagi bahu memikul jika ingin dibandingkan dengan penderitaan batin yang kita lihat. Aku pasti, setiap manusia akan terus diuji oleh Penciptanya selagi ianya disayangi. Kekuatan diri menjadi titik tolak dalam menghadapi setiap ujian itu. Akal menjadi garis panduan bagi meneruskan peperangan hidup duniawi.


YANG PASTI, SETIAP MANUSIA AKAN MENJADI KUAT SETELAH DIUJI.



Rasulullah SAW pernah bersabda :

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah: 214)



Aku sendiri akui yang kita sebagai manusia yang kerdil tidak akan pernah lari ujian daripadaNya.Cakap senang, tapi hati yang akan menghadapi. Sabar menghadapi ujian sememangnya salah satu kekuatan yang hanya akan dibina oleh orang-orang yang mempunyai hati yang murni dan bersih. 



Dari Abu Malik al-Asy’ari RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Sabar adalah cahaya…” (HR Muslim)



Sifat sabar bukan hanya meniti di bibir sahaja. Begitu juga bukan hanya dengan menyatakan sabar apabila menghadapi ujian. Sabar merupakan suatu ketegasan yang mana membenarkan hati sekaligus reda dengan ketentuan daripadaNya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap hikmah pasti akan muncul tiba sama ada cepat mahupun lambat. Yang penting, kita harus kuat menghadapi segala musibah yang datang.


Till then, 
Mr Right.



p/s : Kepada readers, mohon agar sedekahkan Al Fatihah atas pemergian arwah ayah kepada sahabatku, Faiqah Mohamad kelmarin. Semoga arwah ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman, soleh dan solehah.              
     

5 25 SARCASM BERKATA-KATA:

.........cP~ said...

Ye, saya baru kehilangan sahabat saya..Semalam pagi..Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman..

Anonymous said...

thanks hafiz...aku dah redha dgn ketentuan illahi..dan aku cuba jadi kuat..kalau tak hadap sekarang pun nanti2 aku kena hadapi jugak kan..thanks lagi sekali..

Nurulbadiah Lai said...

dugaan itu menjadikan kite kuat..
kehilangan itu kadangkala mengajar kite untuk lebih tabah dan redha dengan ketentuan Allah

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

sabar itu separuh dari iman :)

vshnu narav said...

Takziah buat keluarga Faiqah, semoga hadapi dugaan ini tabah. Ingatlah, sesungguhnya Tuhan suka menguji hamba2nya~