ahli sarcasm

Wednesday, March 7, 2012

HAKIKAT DITIPU.

Aku sememangnya tak nafikan yang bukan semua orang boleh bahagia tanpa ada peneman di sisi. Benar, Allah menciptakan seseorang itu dengan pasangannya sendiri.
Aku juga tidak menafikan bukan semua orang boleh hidup tanpa pasangan hidup. Pasangan hidup untuk berkongsi suka duka. Tapi kenapa ada sahaja yang boleh terus mengembuskan nafas di dunia yang fana ini?


Konsep menerima dan memberi bukan sesuatu yang mudah untuk diambil ringan. Bukan semua orang sanggup menerima di samping memenuhi kehendak memberi. Hati semua bukan boleh dijaga dengan perfect. Hati orang juga bukan seperti air, yang sentiasa mengalir dalam masa yang sama juga sanggup menerima segala bahaya dan halangan di hadapan. Hati seperti penjara. Terkunci bila diperlukan. Terperangkap bila ingin dibebaskan.






Aku sendiri bukan jenis yang boleh hanya menerima pengalaman lama sebagai satu titik noktah untuk memulakan kehidupan yang baru. Ini bukan dendam. Ini bukan ego. Tipu kalau ada yang katakan jika tidak terkesan dengan pengalaman buruk yang berlaku pada masa lampau. Sebagai manusia biasa, aku sendiri membuat kilaf dengan makluk manusia itu sendiri. Aku memaafkan. Tapi bagi sesetengah perkara, aku maaf kerana sehingga sekarang aku masih lagi tidak boleh terima. Ditipu hidup-hidup selama beberapa tahun lamanya.


Nasihat terbaik yang boleh diberikan kepada seseorang adalah 'Sabar' . Yup, kita kena sabar. Tapi bukan semua orang boleh sabar. Bukan semua orang boleh menerima sesuatu and say, 'Let bygone be gone' . Pasti akan ada secoret calar di hati. Jangan risau, aku akan belajar untuk memaafkan dan akan terus memujuk hati dan melepaskan apa yang pergi.


Well, jangan hipokrit kalau hati katakan hakikat ditipu sememangnya pedih. Pedih bagi yang merasa, mungkin suka bagi yang melakukan. Tapi ingat, insan yang ditipu bukan semudah untuk melupakan. Tambahan apabila ianya bertahun lamanya. Namun, aku harus akui. Kita harus saling memaafkan tentang kilaf yang telah berlaku. Dan aku masih belajar tentang itu. Jangan gusar, aku masih pegang pada prinsip , 'Memaafkan itu lebih baik' .


Tapi buat masa sekarang, aku masih tidak boleh terima "kau" lagi. I am tired.


Till then,
Mr Right.


notakaki : cepat nak buat kuiz neh. siapakah 'kau' itu? jengjengjeng!!


13 25 SARCASM BERKATA-KATA:

sea_lavender said...

seseorang pernah hadir dalam hati la tu ;p
hehe =D fhm perasaan mcm ne d tipu..
tapi belajar memaafkan org lain scara berterusan walaupun ianya m'gambil masa..sye akui ianya akan muncul bahagia dan tenang jiwa kte dalam kehidupan.. krn berusaha menjga hubungan dgn manusaia.. dan lebih utama dengn Allah...

Pateh Adnan said...

aku rasa, ce hg hantar entry yg ni g terfaktab weh. mane tau hg dpt jadik member ke. weh, best kot cara hg tulis

fahmi / mie said...

Damn..1st time lepak sini...entry ni memang ohsem

Maryam said...

yang pasti bukan haku laaa.hehe
halamakk post2 ko skg dewasa sgguh.aku aje yg ada bau budak2 :)

Miss Red Apple said...

klau dpt jwb btul siapa ''kau'' tu, dpt ole2 tak? (^_^')>...

waiting mr right not mr perfect :D

mr_right said...

@sea_lavender

Indeed:)

mr_right said...

@Pateh Adnan

uishh.. besar sangat nama 'Terfaktab' bagi aku weh. segan. segan. hee. btw, thanks weh^^

mr_right said...

@fahmi / mie

thanks bro. terharu gila:) jangan lupa datang bace entry lagi yep ! hee

mr_right said...

@Maryam

hopkoslaa bukan hang. tape2, blog ade banyak jenis. ikut selera masing-masing:)

mr_right said...

@Miss Red Apple

urm. urm. jap nak pikir ole2 ape. heh. btw, saya pasti juga your mr right also has been waiting for u as his mrs always right for a long time:) #bersabar

MISS IMAKASIHDANI said...

org selalu ckp " menipu utk menjaga hati" terutama nya lelaki. ~

~nature lover~ said...

~Dpt tahu ttng blog ni dr REMAJA...
Memang best...Keep it up...

http://iramalaguhidupku.blogspot.com/

nooraziey said...

Memaafkan mmng boleh tp utk trima x mungkin..