ahli sarcasm

Friday, April 20, 2012

AKU SUKA ENGKAU. AKU TAK SUKA ENGKAU.



Aku merenung di jendela. Ternampak kerdipan bintang-bintang di langit yang seperti tahu perasaan aku sekarang. 'Persahabatan' yang terukir dalam kamus hidup aku telah menjadikan ianya salah satu kenangan terindah dalam hidup aku. Namun, aku harus percaya, aku harus mengerti dengan apa yang berlaku pasti akan ada maksud tersirat di sebaliknya.



Aku hanya mengintai jika ada kerdipan bintang yang menyapa. Mungkin ada sebutir, dan mungkin tiada langsung. Tidak mengapa. Seperti orang lain cakap, bukan semua yang kita mahukan akan terjadi. Keredaan sebagai seorang insan memang menjadi kekuatan dalam menghadapi ombak yang membadai dalam kehidupan. Stay strong.



Aku hanya kenal engkau pada 6 tahun yang lalu tapi bukan engkau yang sekarang. Segalanya berubah dalam sekelip mata. Bila tiada depan mata, semua perkara yang baik mahupun tidak akan berlaku. Tidak mengapa. Aku tak salahkan keadaan. Dan aku juga untuk mendesak diri aku untuk tidak salahkan sesiapa. Semua perkara berlaku bukan kehendak kita. Semua perkara yang berlaku hanyalah ketentuan dariNya. Namun, mungkin bukan masanya lagi. Aku terpaksa lupakan engkau. Aku terpaksa hapuskan semua kenangan.





Bumi tidak berputar hanya pada satu paksi. Musim berubah mengikut kekuasaan tuhan. Begitu juga manusia. Manusia tidak selama-lamanya akan jadi baik, dan tidak selama-lamanya akan jadi jahat. Akan tiba pada satu keadaan bila mana akan ada satu perkara yang berlaku tanpa kita duga. Kita sendiri akan berubah mengikut arus masa kehidupan. Berubah kepada yang lebih baik atau lebih buruk? Pilihan itu di tangan kita. 



Terdetik satu ketika, hati aku diketuk oleh satu perasaan yang sudah lama aku tidak rasa. Perasaan yang membuka segala isi kehidupan yang mengajar aku untuk membuka hati dan menerima orang lain selepas kekecewaan dahulu. Apakah perasaan ini? 



Aku mula langkah. Aku mula mengikut isi hati untuk menerima orang lain. Tapi aku masih berhati-hati untuk tidak mengulangi kesilapan yang dahulu. Engkau. Engkau. Yup engkau yang sentiasa menjadi igauan setiap masa. Mengapa hati selalu berdegup kencang setiap kali aku nampak kelibat engkau? Apakah perasaan ini?



"Aku suka engkau.." Adakah engkau dapat mendengar? Mungkin tidak. Orang kata, kalau kita mahukan sesuatu, biarlah hanya berdiam diri. Hanya diri sendiri yang mengerti dan mengadu kepada Yang Maha Esa. Bila kita sendiri percaya kepada ketentuanNya, insyaAllah Dia sendiri yang akan tolong kita.  



USAHALAH DENGAN APA YANG TELAH TUHAN BERI, BUKAN FIKIRKAN APA YANG TUHAN AKAN BERI. JANGAN JADI NUJUM JODOH 
- Hilal Asyraf -





Kenangan lama? Sila hapus serta merta dari kamus hidup aku. Kenangan baru? Semoga ianya menjadi titik tolak dalam kehidupan aku untuk terus menjadikan aku matang dalam menjalani kehidupan seharian dan tahu menilai yang mana yang baik, dan yang mana yang buruk. Semoga ianya direstui olehNya.




ftnote: percubaan pertama buat cerpen pendek. cerpen kah? erkk. sangat mengharapkan respon daripada kalian:)

4 25 SARCASM BERKATA-KATA:

myra abdullah said...

wah nice try..
=D

Azwa Ghazali said...

yeke cerpen tu..cam cter pengalaman jer..heheh...anyway nice try la encik kanan..=)..

Anonymous said...

i guess i know who that girl you are talking about...haha..i'm watching

Trica Jus murah said...

waiting next post ! good job !