ahli sarcasm

Wednesday, June 27, 2012

RULES OF LIFE

Assalamualaikum wahai readers kesayangan. eh.


Hari ni lepas aku habis exam, dan nyebok baru nak layan Running Man sedangkan orang lain dah berapa kali katam cerita tuh, aku tetibe dapat semangat baru. Semangat baru nak update blog. Sape suka? Sape suka? *DANG!* Perasan yang amat. OkayFine, straight to the main point. Hari ni aku mahu cerita pasal Rules of Life. Pelik bukan bunyinya? So now, sila tukar mood anda kepada santai serius. Jom baca apa yang aku cuba nak sampaikan. 
Here we goooo ;)


*switch mood*

Akan ada satu saat dan ketika bila kita semua ditimpa musibah. Akan tiba satu ketika kita akan rasa yang hidup kita tak berguna. Mengapa kita rasa macam tuh? Kenapa kita sering rasa macam tuh? Sebenarnya kita lupa yang jadi seorang yang gembira dengan kehidupan bukan sahaja hanya berdasarkan material semata-mata. Jadi seorang yang gembira sebenarnya bila kita dapat memaafkan kesilapan orang lain dalam masa yang sama, kita dapat mendidik diri kita sendiri untuk terus berubah ke arah kebaikan.




Semua orang akan pernah rasa bila semua benda yang kita lakukan serba-serbi tak kena. Buat itu tak kena, buat ini tak menjadi. Bila sampai satu 'turning point', kita akan give up dengan kehidupan kita sendiri. Sehebat mana pun kita, sekuat manapun jasad kita, kita takkan lari dari menjadi lumrah seorang manusia biasa. Lumrah manusia biasa bila kita rasa diri kita tak sempurna seperti orang sekeliling. 




Rules of Life. Kau paham apa maksud tuh? Rules of Life ni sama jugak macam theory yang engkorang belajar dekat sekolah, universiti dan etc. Tapi mungkin Rules of Life ni lebih realistik. Sebab apa yang berlaku sekeliling kita sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan Rules of Life. Realistik bukan? Rules of Life akan kita sedar bila kita sudah rasa yang diri kita perlukan perubahan. Rules of Life akan muncul bila kita berada dalam situasi yang memerlukan kematangan diri untuk membuat sesuatu keputusan yang sukar. Rules of Life jugak bila kau terpaksa pilih sama ada kau sebenarnya perlukan makwe sekarang atau makwe pada masa hadapan. (#eh?). Senang cerita, Rules of Life ni semuanya terjadi dalam kehidupan sekeliling kita. Kau tak perlu lah nak bukak buku setebal-tebal 5 inci dan paham makna sebenar apa yang dimaksudkan dengan Rules of Life. 






Maaf. Bila kita sentiasa memaafkan orang lain, aku tak nafikan yang hidup kita akan lebih tenang. Yah, akan juga tiba sampai satu masa yang ego akan merintangi segala-galanya. Bila ego menguasai diri, perasaan rendah diri untuk meminta maaf itu akan serta-merta terus lupus dan akhirnya, kita akan terus hidup dalam keadaan yang penuh dengan hasad dengki dan iri hati. Kenapa aku cakap macam tuh? Sebab aku pernah mengalami situasi ini. Situasi yang mana ego aku mengatasi segala-galanya. Aku tak nafikan sebab aku manusia yang biasa. Pada satu malam, aku berfikir sejenak. Kenapa aku perlu bersikap macam tuh? Sedangkan Rasul pun ampunkan umatnya, ye edak? Jadi, aku ambil keputusan untuk meminta maaf kepada si polan si polan. Alhamdulillah, kehidupan aku lebih tenang selepas itu. Jauh lebih tenang daripada kehidupan aku yang sebelumnya.


Mesti akan ada yang cakap, "Eh, tak malu ker dedahkan rahsia sendiri?" . Bro and sista, aku cuma beri contoh. Contoh yang lebih realistik dan ianya memang pernah terjadi kepada diri aku. Mungkin itu lebih nampak impak? Aku berkongsi cerita supaya kita sama-sama dapat ikhtibar dan belajar dari kesilapan. Bukan semua orang diberi peluang untuk berubah, kan? Jangan risau. Aku lebih gembira menjalani hari-hari aku sekarang :) Indahnya kemaafan bila kau tahu macam mana dapat memaafkan orang lain dan buang jauh-jauh ego yang pernah kau simpan selama ni. 


Musa bin Imran bertanya : "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: " Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu membalas kejahatan orang lain."



Bila semuanya terjadi, satu je kau kena ingat. Allah akan beri kita sesuatu musibah bila kita dapat mengatasi musibah itu. Dengan satu syarat. Kita kena tenang dalam melalui segala musibah yang telah ditentukan itu. Pelangi akan muncul selepas hujan, bukan? Jadi, tak perlu gusar dan takut dengan masalah yang datang dalam hidup. Kau hanya perlu berusaha dan matangkan diri dalam menyelesaikan masalah yang membelenggu diri. Di sini wujudnya Rules of Life. Rules of Life bila kau uji diri kau dengan segala masalah yang dihadapi. 




[ Picture by Blade-bd on deviantART ]



Bukan semua orang akan pernah selalu diuji dengan Allah. Kalau Allah sayang kita, Allah akan uji kita dengan pelbagai bentuk ujian. Ujian itu buatkan kita terus tabah. Ujian itu juga akan membuatkan kita untuk terus terima hakikat yang langit kehidupan tak selalunya cerah. Pasrah dan Redha dengan ketentuanNya akan membuatkan kita untuk terus kuat dan terus ingat kepadaNya.

See yah!

Wassalam.



ftnote: Maaf kalau sudah lama tak update blog. It has been 2 months I guess. Sangat sibuk dengan kehidupan seorang pelajar. Nanti kalau ada masa lagi, aku update yep. By the way, please freely drop your comments for this entry. Tata. [twitter @encikkanan]




1 25 SARCASM BERKATA-KATA:

Aremieroul Akim said...

betul3.. ^^ apa2 pun live your life.. he3.. untunglah dah cuti, mmang hapdettt selalu lah tu.. :P