ahli sarcasm

Friday, November 23, 2012

#SaveGaza #PrayForGaza

Assalamualaikum.


#SaveGaza. #PrayForGaza.


Kekejaman Israel laknatullah di bumi Gaza yang berlaku selama lapan hari sangat meruntun jiwa umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Mereka di sana berperang demi Islam, dan apa yang telah kita lakukan di sini? Hanya bergoyang kaki? Adakah kita hanya akan berpeluk tubuh dengan melihat penderitaan saudara Islam kita di Gaza?



"Ini bukan soal hak kemanusiaan sahaja, ini soal hak untuk membantu saudara sesama Islam"


Masih ada orang #Islam di luar sana yang masih mempertikaikan mengapa kita perlu tolong saudara Islam kita di Palestin. Masih ada orang #Islam di luar sana yang masih membelenggu diri sendiri dengan persoalan mengapa kita perlu memberi sumbangan tak kisah dari wang ringgit mahupun harta benda kepada warga Gaza. Here are the reasons why you SHOULD know:

  •  Bumi Palestin diberkati kerana terletaknya kiblat pertama umat Islam iaitu Masjid Al-Aqsa yang juga merupakan masjid ketiga paling suci kepada umat Islam.
  •  Bumi Palestin bumi israk mikraj.
  •  Bumi Palestin merupakan tempat Padang Mahsyar selepas hari kiamat.

Sebenarnya banyak lagi keistimewaan bumi Palestin. Just google it. Tapi apa makna semua ni kalau kita sendiri tiada kesedaran? Apa makna semua ini jika kita di bumi Malaysia masih seronok bersuka-ria, sedangkan saudara Islam kita sedang berjihad dengan menegakkan Islam di bumi Gaza sana. 
 



"The rockets may be above us, but they have forgotten Allah is above them" 
-Ayesha Ahmed, a child in Gaza-


Ayat di atas sangat menyentuh sanubari. Seorang anak Palestin sungguh tabah menghadapi segala liku ujian Allah sedangkan dia tahu bila-bila masa sahaja bom Israel laknatullah akan memusnahkan mereka. Kebanyakan penceramah yang mempunyai pengalaman pergi ke Gaza banyak bercerita tentang anak-anak kecil Palestin ini. Mereka tidak pernah menuntut dan menadah tangan untuk meminta sedekah. Malah, mereka sendiri kuat untuk menghadapi segala onak duri cabaran liku dalam pertempungan nyawa dengan Israel laknatullah itu sendiri. Kata-kata yang sangat memberi kesan:


"Anak-anak kecil Palestin tak menangis akibat kecedaraan yang menimpa mereka. Tapi anak-anak kecil kita di Malaysia menangis hanya kerana terjatuh akibat berlari berkejar-kejaran" 


Fikirkan.


Aku sedar semua orang sedang berusaha untuk memberi kesedaran dengan menyebarkan segala jenis bentuk boikot terhadap produk Israel laknatullah. Paling ketara, boikot terhadap Mc*. Aku mengaku satu ketika dahulu aku juga penggemar restoran makanan ini. Aku sedar yang McVa*** L**** sangat murah untuk student universiti macam aku. Aku sedar yang betapa seronoknya kalau dapat tambah air coca-cola tanpa dikenakan bayaran. Aku sedar betapa sedapnya Double Ch**seburger, Oreo M*Flurry,  Mc******, etc. Namun, aku terlupa dan tidak sedar tentang satu perkara. Penderitaan anak-anak kecil dan pejuang keamanan di Palestin. Allahhuakbar. Apa yang telah aku lakukan selama ini? 


 

Selepas apa yang aku buat selama ini adalah salah, aku telah bertekad untuk menahan diri dengan membeli produk dari Israel laknatullah ini. Memang banyak lagi produk Israel laknatullah yang boleh kita boikot. In Sha Allah kita boleh selagi kita terdaya, selagi kita mampu demi Islam dan Allah SWT. Kita usaha apa yang mampu. Mohon kita sama-sama mempunyai usaha yang istiqamah dalam menyelamatkan bumi Palestin ini. Amin. 


Gencatan senjata telah dilaksanakan. Alhamdulillah. Namun, Israel laknatullah sememangnya tidak boleh menyimpan dan menepati segala janji mereka. Pagi tadi (23 November 2012) Israel melepaskan beberapa das tembakan yang mencatatkan satu kematian dan mencederakan beberapa pemuda yang lain ketika mereka cuba memanjat pagar tersebut untuk memacakkan bendera Palestin. Mari kita sama-sama berdoa kemenangan tetap menjadi milik kita. Mereka hanya perlukan doa kita.




Wajah-wajah Para Syuhadah yang meruntun jiwa.







Poster ni aku dapat dari page Aman Palestin. Jadi kepada sesiapa yang berkemampuan, in sha Allah ada kesempatan untuk melawat Gaza ini:





Untuk menghulurkan bantuan dan memberikan sumbangan:



 
 
"Barang siapa mengejarkan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa mengejarkan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya" - Al-Zalzalah: ayat 7-8
 
 

Tanya kepada hati sendiri; Sanggupkah anda masih mampu membiarkan anak Palestin ini terus meratapi kepergian orang tersayang mereka pergi menghadap Illahi?



THE CHOICE IS IN YOUR HAND.


Wassalam.




0 25 SARCASM BERKATA-KATA: